Monday, January 16, 2012

Kapsul Masa

Kenapa selalu ada manusia yang suka menimbulkan kemarahan dan kejengkelan manusia lainnya.  Apa manusia itu sudah merasa dirinya hebat atau sebenarnya manusia itu terlalu mementingkan diri sendiri sehingga meminggirkan perasaan manusia lainnya.  Apa manusia itu hanya mahu dirinya dilayan dengan baik sedangkan dirinya tidak pula melayan manusia lain selayaknya.  

Pening dengan sikap sesetengah orang yang minta dirinya dilayan seperti anak kecil tapi tidak mahu mengerti kesibukan orang lain.  Jengkel sangat dengan sikap orang seperti ini.  Tolonglah mengerti bahawa ada masanya manusia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri, berada dalam kapsul masanya sendiri.  Bukan lama cuma sekejap saja kerana mana mungkin manusia terusan mengasingkan diri dari manusia lain.  Itu tidak baik malah Islam tidak menganjurkannya. 

Ya aku memang sibuk, tapi hari ini aku memperuntukkan sedikit dari masaku untuk membuat sesuatu yang aku sangat suka, iatu menulis "diary"ku.  Tolonglah mengerti untuk sekali ini saja.  Aku juga manusia biasa yang selalu khilaf.  beri aku masa dan ruang, nanti bila kesibukanku ini sudah berkurang; akan kuperuntukkan masa untuk kamu.

sekali ini, tolong.......fahami aku

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...