Monday, January 16, 2012

Pujian Dari Sahabat Cantikku

Mendapat pujian bahawa puisiku cantik betul daripada sahabat cantikku Luna Zura,  sangat membuat aku gembira.  Rasa gembira itu terbit ikhlas dari hati kerana sahabat cantik yang aku sayang itu adalah seorang penulis yang sangat baik.  Mendapat pujian dari idola yang kuangkat menjadi mentor dan guru belum rasmi untuk memperbaiki cara penulisanku memang sangat bermakna buatku.  Apalagi puisi "penggoda jeruk rasa"ku itu di tulis semula di dalam blognya yang sudah ramai pengikutnya.  Apalagi dia adalah penulis puisi yang baik dan hebat bagiku sudi menulis semula puisiku itu.

Saat menulis puisi "Penggoda Jeruk Rasa" itu,  aku sedang dalam rindu yang amat.  Terkejut dengan sikap seseorang yang selalu mendera hatiku sehingga dia selalu membuat hatiku yang kecil mengalun elegi rindu,  sepi dan sedih.

klik di sini.....http://rineyramley.blogspot.com......Artifak Dalam Botol....Sebuah Blog yang best.....Teacher Zue....(JU Negeri KSSR DSV...Papar)

No comments:

Post a Comment

Yang Tak Kufahami

Kau adalah aksara yang menulis bait kata dalam hatiku, yang tak kufahami maknanya, tapi membekas benar dalam sukmaku. Kau adalah runut bunyi...