Soalan 1.
1. "Sejarah itu adalah sejarah dan adalah tidak wajar ia dianggap sebagai sains. Secara umum, apatah lagi sebagai sains yang tepat" (muhd Yusof Ibrahim.1990. Halaman 271). Tepatkah pernyataan ini? Bincangkan persoalan wajar atau tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah?
Pembaca budiman, jawapan ini adalah cadangan untuk menjawab soalan semasa exam, maaf kerana 'citation' tidak disertakan. korang google sendiri ok....(>___<) sebab semua bahan untuk menjawab soalan ini saya dapatkan dari en. Google.
Pengenalan
Sejarah merupakan satu bidang ilmu dalam sains sosial. Ia dapat dibuktikan melalui teori dalam sejarah dan kedudukan teori dalam ilmu sejarah. Ahli sejarah perlu mengaplikasikan teori dalam menjalankan tugas dan penglibatan mereka dalam perkembangan teori2 baru. Hipotesis sejarah akan membawa kepada aplikasi baru dalam teori. Ahli-ahli sejarah lebih berhati2 menggunakan teori agar penulisan sejarah lebih berkualiti dan dapat dipertahankan. Namun, berlaku perdebatan samada sesuatu teori itu benar2 boleh digunakan.
Isi
Bagi menjawab persoalan samada kenyataan Muhd Yusof Ibrahim, 1990. Halaman 271, “Sejarah adalah sejarah dan tidak wajar ia dianggap sebagai sains secara umum apatah lagi Sains tepat”, ia harus dilihat melalui 3 perbezaan utama antara sejarah dan sains.
Dalam bidang sejarah, penerimaan terhadap konsep universal mengenai istilah-istilah teknikal tidak dapat diterima(ketiadaan istilah-istilah teknikal sejarah untuk diterima sebagai ilmu sains), sejarah bukan kaedah sains yang menggunakan kaedah pemerhatian terus dan andaian dalam sejarah adalah kurang berkesan dengan sains tulen(sejarah membolehkan manusia menjangkakan sesuatu peristiwa tetapi terbatas). Oleh yang demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Muhd Yusof Ibrahim (1990) ada ketepatannya.
Kenyataan mengenai sejarah sebagai sains secara umum[sains] yang tepat mungkin disebabkan oleh beberapa teknik atau konsep; atau metadologi penulisan sejarah yang mengguna pakai teori dan hipotesis yang turut digunakan dalam sains.
Wajar atau tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah harus dijawab dengan meneliti beberapa perkara sebelum membuat ketetapan wajar atau tidak sewajarnya penggunaan teori sebagai asas sesuatu pengkajian sejarah seperti; sebab munculnya teori, kritikan teori sejarah, metadologi sejarah, kepentingan metadologi sejarah, perbezaan antara sejarah dan sains, teori kedatangan Islam ke Malaysia, bentuk kaedah penyelidikan dalam sejarah, tanggungjawab/karektor ahli2 sejarah.
Kesukaran menghubung setiap perkara mengenai pengalaman manusia dalam sesuatu zaman serta peluasan bidang penyelidikan sejarah beserta dengan beberapa jumlah besar bukti telah menyebabkan munculnya teori sejarah. Selain itu, tekanan terhadap bidang kepakaran menuntut penyelidikan yang lebih luas mengenai sejarah sesuatu peristiwa. Factor lain yang menyebabkan munculnya teori sejarah adalah perubahan ilmu sejarah kepada bidang2 yang lebih khusus, penumpuan ahli sejarah untuk menerangkan perubahan dalam sejarah yang berlaku kepada manusia dan masyarakat khususnya seperti sejarah ekonomi, diplomatic dan sains. Factor-faktor ini membolehkan kewajaran penggunaan teori sebagai asas dalam pengkajian sejarah.
Kritikan dalam teori sejarah berlaku kerana teori sejarah berbentuk spekulasi. Ini bertentangan dengan prinsip asas ilmu sejarah. Teori menjadikan ahli sejarah lebih berminat menggunakan kaedah mereka sendiri dan menggunakan interpretasi sumber. Penggunaan teori sejarah akan mencabar kesahihan hampir keseluruhan bidang ilmu. Teori menolak keunikan sesuatu peristiwa dan harga diri seseorang individu yang terlibat terutamanya apabila sesuatu peristiwa yang dikaji akan mengkaji faktor manusia sebagai penyebab kepada berlakunya sesuatu perkara buruk (mendedahkan ahli sejarah kepada mencari kesalahan dan meletakkan kesalahan itu kepada seseorang individu). Teori sejarah juga boleh menyebabkan matlamat ilmu sejarah tercabar sebagai satu bidang dan medium yang mengkaji masa lepas (kesukaran mencari sumber yang boleh dipertahankan). Kupasan mengenai kritikan dalam teori sejarah, secara teknikalnya menjadikan alasan tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah.
Apabila membicarakan mengenai teori, sudah pasti ia tersabit dengan penggunaan metadologi di dalam menghuraikan kejadian sesuatu peristiwa yang lepas. Oleh itu, dalam 2 perenggan seterusnya akan menerangkan definisi metadologi sejarah dan sedikit huraian untuk menjawab persoalan wajar atau tidak sewajarnya penggunaan teori dalam pengkajian sejarah. Metadologi adalah penggunaan tatacara yang betul mengikut kaedah2 yang ditentukan dalam menghuraikan sesuatu peristiwa itu berlaku. Metadologi merupakan satu bentuk yang sistematik mengenai prinsip dan peraturan. Prinsip dan peraturan merupakan instrument penting dan berkesan dalam usaha mengumpulkan bahan2 sejarah, mengkaji secara kritikal dan mempersembahkan secara sintesis hasil yang diperolehi. Meneliti dari sudut teknikal definisi dan konsep metadologi sejarah dapat menjawab persoalan bahawa adalah wajar penggunaan teori dalam pengkajian sejarah.
Metadologi sejarah mempunyai kepentingan bagi menentukan hasil pentafsiran dan penulisan sesuatu tajuk itu mempunyai ciri2 sejarah. Ia juga bertujuan untuk memastikan penulisan mengenai sesuatu peristiwa itu adalah tepat dan dapat diterima oleh masyarakat, membantu ahli2 sejarah membuat kajian mengenai sesuatu peristiwa sejarah dan membuat criteria lengkap untuk menilai sumber2 yang diperolehi.
Kekuatan hujah mengenai kewajaran penggunaan teori untuk dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah (dalam dua perenggan di atas) dapat dilihat melalui operasi yang menggunakan kaedah ini[metadologi] iaitu heuristic(pencarian bahan untuk sumber maklumat), kritikan(penilaian sesuatu bahan/sumber itu dapat dibuktikan) dan yang terakhir; sintesis(kaedah mengumpulkan data2 sejarah dan mempersembahkan data dalam bentuk terma2 objektif kebenaran dan keberkesanannya). Operasi2 ini sinonim dengan ilmu sains yang menggunakan kaedah ini untuk sesuatu pengkajian, namun dari sudut teknikal; terdapat perbezaan antara sejarah dan sains.
Tiga Perbezaan utama antara sejarah dan sains secara tuntasnya menjawab persoalan wajar atau tidak sewajarnya penggunaan teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah. Bidang sejarah tidak dapat menerima konsep universal malah tiada konsep universal mengenai istilah2 teknikal. Factor ini merupakan kelemahan dalam sejarah berbanding ilmu sains. Kelemahan ini menyebabkan penolakan total sejarah diterima sebagai ilmu sains. Selain itu, penggunaan kaedah dalam sejarah(banyak mengkaji peristiwa silam) bukan seperti ilmu sains yang mengguna pakai kaedah pemerhatian terus. Andaian dalam sejarah adalah kurang berkesan berbanding dengan sains tulen sekalipun sejarah membolehkan manusia menjangkakan sesuatu peristiwa namun ia terbatas. Oleh itu, perbezaan-perbezaan ini menyebabkan, adalah tidak wajar penggunaan teori sebagai asas pengkajian sejarah.
Kewajaran penggunaan teori sebagai asas bagi sesuatu pengkajian sains masih mampu berdiri dengan membawa impak kuat apabila mengaitkannya dengan teori kedatangan Islam ke Malaysia[Tanah Melayu]. Dari sudut general, kedatangan Islam ke Tanah Melayu[Melaka, Terengganu dan negeri2 pantai barat semenanjung] tersebar melalui guru2 agama dan golongan pendagang yang berasal dari tanah Arab. Teori kedatangan Islam ini telah dikuatkan dengan adanya Batu Bersurat yang menceritakan prihal kedatangan Islam di Terengganu telah menguatkan teori ahli sejarah.
Oleh kerana sejarah bersifat kajian masa lepas, maka ia menyebabkan timbulnya teori-teori sejarah. Justeru, teori-teori ini sendiri telah menjadi asas bagi sesuatu pengkajian sejarah. Ahli-ahli sejarah akan giat melakukan penyelidikan dalam sejarah bagi mendapatkan kebenaran fakta sejarah. hujah ini memberi kekuatan kepada kewajaran penggunaan teori sejarah. Terdapat beberapa penyelidikan dalam sejarah untuk menguatkan teori-teori sejarah yang mungkin tercetus dari operasi Heuristik, kritikan dan sintesis dalam metadologi sejarah seperti penyelidikan sumber, kaedah lisan/temubual, arkeologi dan penggunaan kaedah ujian karbon.
Penggunaan teori sejarah mempunyai kelemahan ketara yang menjadikannya resesif. Ahli-ahli sejarah secara dominan menjadikan teori sejarah tidak sewajarnya menjadi asas pengkajian sejarah. Ahli2 sejarah mempunyai tanggungjawab yang harus dilunasi dan mempunyai karektor terbuka. Mereka harus mencari kebenaran dengan menjalankan penyelidikan secara terbuka(tidak bias), mencatat semua fakta penting samada baik atau buruk, bijak membuat keputusan secara kritikal(elakkan unsure negatif), membuat penilaian sesuatu peristiwa kajian dengan tepat dan telus dan sentiasa bertanggungjawab serta bijak menggunakan kebolehan yang ada(untuk elak pembaziran tenaga dan waktu). Sekiranya Ahli sejarah tidak bertanggungjawab serta mempunyai karektor yang berat sebelah(Euro centric atau Malay-centric) juga bias dalam penilaiannya, ia akan menjejaskan sesuatu hasil pengkajian sejarah.
Penutup
Persoalan wajar atau tidak sewajarnya teori dijadikan asas bagi sesuatu pengkajian sejarah adalah bergantung kepada bagaimana teori itu diadaptasi, diaplikasi malah dimanipulasi untuk membuat pengkajian sejarah. Ahli sejarah perlu mengalikasikan teori dalam tugas dan penglibatan mereka untuk mewujudkan teori-teori baru. Sesetengah pengkajian sejarah mungkin tidak sewajarnya menggunakan teori sebagai asas namun hipotesis sejarah akan membawa kepada aplikasi teori. Teori sejarah ada keperluannya dalam pengkajian sejarah walaupun timbul perdebatan kesasihan teori tersbut, walau bagaimanapun ia masih wajar menjadi asas kukuh.
No comments:
Post a Comment