"Sejarah jg kerap dianggap sebahagian drpd sains sosial..Namun demikian, sejarah mempunyai beberapa ciri kelainannya pula sehingga dianggap bhwa sejarah mempunyai kedudukan istimewa di kalangan sains sosial"(Muhd Yusof Ibrahim.2000. Halaman 263-270). Bincangkan pernyataan tersebut.
Pengenalan
Sejarah merupakan satu disiplin ilmu pengetahuan yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedahnya yang berbeza dengan disiplin2 ilmu yang lain. Secara khususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui kaca mata masa kini.
Sejarah sebenarnya bermula sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berunsurkan teoraktik dan mitos. Pada peringkat ini sejarah berkait rapat dan dipengaruhi oleh agama dan kepercayaan manusia. Abad ke-15 sebelum masihi, muncul ilmu-ilmu lain yang bernaung di bawah ilmu falsafah Greek. Sejarah Cuma dianggap sebagai satu cabang falsafah. Kebangkitan agama kristian yang akhirnya mendominasi pemikiran zaman itu, sejarah kembali bernaung di bawah agama tersebut. Kemunculan zaman Peralihan(Rennainsance) pada abad ke-14 (Itali) dan abad ke-17 (Itali) telah melahirkan golongan Humanis yang telah menidakkan kuasa golongan agama. Golongan ini dipengaruhi dengan pengaruh Rasionalisme Descartes yang bersikap skeptis terhadap semua perkara. Akibatnya, ilmu sejarah dipandang sinis, sangsi dan tidak diangkat sebagai disiplin ilmu pengetahuan. Bruni dan Guicciardini menyifatkan sejarah sebagai suatu bentuk propaganda untuk menyemai semangat kesetiaan kepada kerajaan dan Negara.
Turning-point kepada perkembangan ilmu sejarah bermula pada zaman Kesedaran selain beberapa ilmu lain. Dominasi agama dan norma semakin hilang apabila sekularisasi semakin memuncak gerakannya melalui tokoh-tokoh kesedaran di Perancis(Freemason). Mereka menjadikan sejarah sebagai alat propanganda atau ilmu bantu kepada pengajaran mereka. Justeru, konsepsi sejarah yang bersifat fugsional tidaklah berbeza dengan zaman sebelumnya.
Perancis adalah kesinambungan dalam konsep sejarah, Jerman pula secara radikalnya berubah dan akhirnya menjadi benchmark dalam pengajian sejarah berikutan penubuhan Universiti Gottinghen pada tahun 1737. Penubuhan Universiti ini adalah satu revolusi saintifik dalam pengajian sejarah. mereka memperkenalkan tafsiran Hermeneutiks dalam sejarah dan menganggap ilmu2 lain sebagai disiplin bantu kepada ilmu sejarah terutama melalui kaedah untuk meningkatkan mutu penulisan sejarah.
Penubuhan2 ini telah melahirkan golongan professional dalam pengujian atau penyelidikan sejarah. perjuangan mempertahankan sejarah sebagai suatu disiplin ilmu bersifat autonomi atau sui-generis, iaitu yang mempunyai prinsip atau kaedah tersendiri yang berbeza daripada ilmu sains social.
Bagi penyokong konsep sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang tersendiri, antara hujah yang ditekankan ialah, sejarah tidak seharusnya bersifat fungsional atau utilitarian seperti dalam bidang sains social. Sekiranya bidang sains social berusaha mengemukakan prinsip atau generalisasi umum, maka pengkajian sejarah hanya berusaha menampilkan kebenaran peristiwa lampau untuk tujuan pengetahuan diri(self-knowledge) semata-mata.
Isi
Dalam usaha untuk membezakan antara sians social dengan sejarah, perlu dilihat dari sudut konsep “diktomi-nomothetic” yang pertama kali dikemukakan oleh windleband. Mengikut konsep tersebut sekiranya dalam kajian sains social terdapat sifat umum (general) dan sejagat hingga dapat dirumuskan prinsip dan pola hokum, sebaliknya dalam sejarah terdapat sifat2 individu yang khusus atau berciri kendiri(idios) dan berbeza antara satu sama lain. Konsep ini pada dasarnya bertolak daripada pendangan yang memisahkan antara alam yang berkaitan dengan nyata atau sifat2 yang tetap, konsisten dan penemuan prinsip2 umum, sedangkan alam sejarah pula berunsurkan sifat2 unik dan berubah2.
Dalam erti kata yang lain, sejarah sebagaimana yang ditegaskan oleh Leopold dan Von Rank pula mengatakan ia seharusnya bersifat tersendiri. Sejajar dengan sifat manusia dan masyarakat yang berbeza (idiosyn-cratic) maka sejarah sepatutnya dikaji secara tersendiri dan khusus, bukannya menekankan persamaan, pengulangan dan penyeluruhan (holostik) seperti yang dilakukan dalam ilmu sains tabii. Penganut Holisme melihat masyarakat manusia sebagai suatu keseluruhan yang pada keseluruhannya itu tunduk pada hukum2 tertentu. Hakikatnya, setiap manusia dan masyarakat itu mempunyai ciri2 yang menekankan kesatuan kehidupan manusia keseluruhannya tanpa mengakui perbezaan dan kelainan masing2.
Istilah ‘sejarah’ yang dipergunakan pada hari ini menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa Histografi dari Majlis Kajian Sains Sosial (Social Sciences Research Council) di New York adalah sekurang-kurangnya meliputi 5 perkara, iaitu:
1. Penyelidikan yang sistematik tentang gejala2 alam
2. Masa lampau umat manusia atau sebahagian daripadanya.
3. Benda peninggalan masa yang lalu (misalnya artifak) dan penulisan (rekod) baik yang sekunder mahupun
2. Masa lampau umat manusia atau sebahagian daripadanya.
3. Benda peninggalan masa yang lalu (misalnya artifak) dan penulisan (rekod) baik yang sekunder mahupun
primer atau sebahagian daripadanya yang telah ditinggalkan.
4. Penyelidikan, pengajian dan penjelasan tentang masa lampau umat manusia tau sebahagian daripadanya.
4. Penyelidikan, pengajian dan penjelasan tentang masa lampau umat manusia tau sebahagian daripadanya.
Lima pengertian tersebut boleh diketegorikan kepada 3 perkara iaitu, sejarah yang berlaku (rujuk ii di atas), bahan atau sumber sejarah tersebut (rujuk iii di atas) dan penyelidikan dan penulisan sejarah tersebut (rujuk i, iv dan v di atas).
Penutup
Oleh yang demikian penekanan utama perbincangan dalam soalan ini secara khusus aku menumpu kepada pengertian sejarah yang ketiga, iaitu sejarah sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan (akademik) yang memiliki kewibawaan tatacaranya yang tersendiri dalam proses penyelidikan dan penulisan sejarah. pendek kata sejarah bermaksud satu tindakan atau percubaab penyelidikan berbentuk ilmiah yang tertakluk kepada mentaksir bukti, sumber dan sebagainya. Pada umumnya, pengertian Herodotus; iaitu sejarah sebagai penyelidikan iaitu suatu usaha meneliti dan menulis sejarah secara sistematik dan saintifik.
No comments:
Post a Comment