Sunday, February 12, 2012

Ayat Selusuh untuk Hazirah

Petang sebelum maghrib menjenguk dan memanggil kita untuk melunaskan perkara wajib dilaksanakan ini, aku teringat kat kawan aku, Zirah yang masih lagi belum bersalin padahal duenya sudah telat 5 hari.  Kasihan pula aku dengan dia. Jadi aku cuba google sendiri ayat2 selusuh yang boleh bantu dia untuk cepat2 rasa sakit melahirkan anak. 

Ya, Allah kau permudahkanlah urusan kawanku ini.  Permudahkanlah dia untuk melahirkan anaknya dan semoga engkau memberinya anak perempuan seperti yang dia impikan selama ini.  Kau perkenankanlah hajatnya Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar, yang Maha Memberi dan Maha mengasihani, 


Ayat-Ayat Selusuh


Ikhtiar untuk mudah bersalin dan betulkan kedudukan janin yang songsang:

Ayat-ayat ini dibaca kepada:

Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut

Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 - (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 - (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)

Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).

Dipetik dari:

http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

TQVM...blogger INFINITY

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...