Sunday, February 19, 2012

Laskar pelangi

Mode: Rindu Setengah Mati
Jam: 12:17am
Kondisi Perut: Teringin makan Big Apple Donut

Malam ini aku tonton lagi filem yang kuangkat sebagai filem hebat dan paling berkesan dalam hati aku.  Setiap kali menonton filem ini, ia banyak menerbitkan kesedaran dan membangkitkan semangat adiwira dalam diriku yang selalu lemah dan lesu.

Aku ingin sekali anak2 muridku seteguh dan sekental hati si Lintang dalam mencari dan mencintai ilmu, sekalipun dialah murid yang paling miskin di kalangan murid2 msikin di sekolahnya.  Kemiskinan bukan penghalang mereka untuk belajar mencari ilmu. Justeru, kemiskinan itulah penguat azam mereka untuk terus belajar. 

"kita suka jadi miskin"....

"Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya"

"Kejar pelangimu sehingga ke hujung duniamu nak"....

Aku suka pada dialog2 berunsur sastera dalam filem ini.  sangat berkesan dan mengujakan.  Ia juga banyak memberi pengajaran kepadaku-berkaitan dunia kerjaku.

Aku suka pada laut Belitung yang indah dan cantik itu.

Aku suka pada semangat yang ada dalam filem ini.

Filem ini terkandung erti pengorbanan...

Seorang Bapa
Seorang Ibu
Seorang Guru
Seorang Sahabat
Seorang Anak

Betapa setiap watak dan perwatakan dalam filem ini sebenarnya adalah cerminan sebenar kehidupan.

Kejar Pelangi
Kerana ia tidak selalu di situ
Di langit juga ia tidak lama

justeru,

Lari laju
kejar cepat
si pelangi cantik
gapai cermat
jangan terlepas




No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...