Friday, February 10, 2012

MAULIDUR RASUL SKAK 1433h: RAHMAT HUJAN

Nikmat Allah selalu indah, Rahmat Allah selalu berkat....itu kesenian yang maha Agung....

Malam ini, perancangan yang sudah dibuat sejak minggu lalu sudah terlaksana,  sungguhpun pagi tadi acara perarakan tidak dapat kami jalankan kerana hujan gerimis.  Jauh di dalam hati, aku merasa sedikit terkilan, tapi aku yakin pasti Allah menggantikannya dengan rahmat dan nikmat yang lain. 

Petang tadi, walau agak telat sampai ke sekolah-bermaksud tidak mengikut perancangan asal untuk datang seawal jam 5 pm ke sekolah-malah kelewatan itu disebabkan oleh aku-aku berdebar-debar sebenarnya memikirkan mengenai sambutan daripada semua pihak yang dijemput hadir untuk mengimarahkan surau SKAK.  Hujan mengiringi perjalanan kami berempat.  kata sahabatku Jihah, "hujan rahmat ni".  Aku mengakuinya.  Saat sampai di sekolah, kelihatan agak lengang. kelibat ibubapa tidak kelihatan, tapi aku berusaha memujuk hati-kalaupun ibubapa tidak dapat datang, aku yakin anak2 muridku akan datang.  

Riuh suara anak2 muridku mengubat rasa resahku.  Waktu aku dan Suzie tersembul di depan pintu, anak2 murid semua meluru ke arah aku dan Suzie, menyalam tanganku dan Suzie.

Resahku terubat bila nenek salah seorang anak muridku pula tersembul pada pintu yang sebenarnya menunggu kehadiran mereka.   Resahku hilang semuanya bila wajah rakan sekerja tersembul di pintu surau, resahku bertukar gembira bila semakin ramai ibu-ibu, bekas anak2 murid datang mengimarahkan surau dan meramaikan majlis.  betapalah rahmat dan nikmat Allah itu selalunya indah.

Malam ini aku gembira sangat, benar maha benar, bahawa nikmat Allah itu selalu indah....

kesimpulannya,

Malam ini aku gembira sebab dapat berjemaah bersama sahabatku Suzie, rakan sekerja, anak2 murid dan ibubapa.

Malam ini kami solat Maghrib bersama-sama
Malam ini kami solat Isya bersama-sama
Malam ini kami solat sunat Hajat bersama-sama
Malam ini kami baca Yaasiin bersama-sama
Malam ini kami bersolawat bersama-sama
Malam ini kami berdoa bersama-sama
Malam ini kami menyambut Maulidur-Rasul bersama-sama
Malam ini kami makan malam bersama-sama

Ada senyuman pada semua wajah yang hadir
Ada iman terpancar pada wajah-wajah mereka

Terima Kasih Ya, Allah...
Terima Kasih Rasulullah, Selamat Harijadi Untukmu.
Terima kasih Jihah, kau pencetus kepada kejayaan hari ini.
Terima kasih Suzie, kerana setiamu
Terima kasih Ain, kerana pertolonganmu
Terima kasih cikgu Justar, kerana sudi hadir dan  sudi membantu
Terima kasih cikgu Azmi, kerana sudi hadir dan sudi membantu
Terima kasih Guru2 pelatih kerana sudi hadir
Terima kasih Ibubapa kerana hadir dan membawa juadah
Terima kasih anak2 muridku kerana hadir

Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua
Semoga Kita mendapat Syafaat Rasulullah
Sepanduk Tahun lalu, guna-pakai....

Mode: gantung2 sepanduk

Anak-anak murid tahun 6, Amy, Nurul, Awi

Anak2 muridku yang selalu setia dan rajin membantu

Mural separuh siap

Galeri kenangan

Galeri lukisan yang belum banyak lukisannya

Mode: Aku paling suka Bunga Tulip


Sesi P&P Ain bersama anak murid tahun 1

TQVM Sirut, tolong *burr


kerjasama anak murid dan ustazah mereka


Quote dari HP Ain

Ain yang ayu

Paling *terer pasang langsir, Mode: bagai menyambut petang raya 7 bulan lebih awal.
Raya di bulan Rabiul-Awal

Wajah Pencetus kejayaan SMR SKAK 1433h

Khusyuk, Mode: Lukis2 & warna2


Belum pasang....Mode: sebelum dan selepas

Julia Jay, TQVM dermakan Langsir biru yang cantik ne....

Mural baru Bilik Agama a.k.a Surau SKAK

Para Ibu2 yang hadir...terima kasih banyak2...semoga Allah merahmati kalian semua

Jihah & Ain, Mode gambar2....

BFFku yang setia, sempat update *fesbuk sambil tunggu slot seterusnya

Mode: bersedia untuk slot seterusnya
Semoga hati2 kita selalu bersih....

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...