Wednesday, February 1, 2012

Salahmu, bukan salahku....

Mode: Teringat-ingat
Jam: 10:09
Kondisi Perut: Kenyang....


Dear Diary, aku luah rasa di sini ya...tadi sudah luah pada Jue si BFFku yang baik hati dan cantik sekali,  tapi aku sudah tidak sanggup mahu luah2 lagi rasa ini pada dia-Jue juga sibuk jadi aku tidak mahu menggangunya. 

Teringat kejadian kat sekolah hari ini. Huh....hari ini jumpa dengan manusia yang pentingkan diri sendiri.  Padahal secara nyata punca kepada kejadian hari ini adalah dirinya dan kemahuannya sendiri-bermaksud pilihan manusia itu sendiri.  Aku faham kondisi manusia itu, dia perlukan BISP untuk menambah GAJI-untuk menampung keluarganya-tapi haruslah dia bertanggungjawab ke atas pilihannya.  Janganlah menyalahkan pihak lain-terutama bekas GB XBA1052 yang sedang sakit-konsikuennya, betul2 menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri.  Alangkah mulianya kalau dia berterus-terang dengan GB baru XBA1052-bahawa masa 1080 itu adalah pilihan dia sendiri kerana mahu terus kekal mendapat imbuhan BISP tanpa menyalahkan mana2 pihak lain.  Mahu ampu-mahu kelihatan perfect depan GB-tolonglah-bagiku yang kurang pandai dan masih perlu banyak belajar dan memperbaiki diri adalah lebih baik berterus-terang bahawa dia yang memilih masa 1080 tanpa paksaan dari mana2 pihak-berterus-terang yang dia perlukan BISP untuk menambah angka GAJI-itu lebih adil dan saksama.  Ini sanggup2 lagi berbohong dengan GB yang dia gagal menemukan aku waktu GB meminta dia memanggilku untuk membincangkan perkara ini-nampak sangat mahu dia kelihatan tidak bersalah dalam hal ini-mahu lepas tangan-padahal sudah terang lagi nyata masalah ini berpunca dari dia-Tolonglah...aku sebu dengan jenis manusia bermuka-muka seperti ini.  Mana letaknya harga diriku depan GB-syukur PK1 memahami dan dia akan menyelesaikan masalah ini esok.  Aku bukan kaki ampu-aku juga bukan kaki mengadu-tapi bila ia bakal melibatkan perubahan jadual waktu secara keseluruhannya-baik sebelum itu,  secara teknikalnya untuk mengubah jadual waktu menggunakan gadget canggih itu memang sangat mudah, gampang bagiku-tapi ia bakalan menyusahkan guru2 lain yang sudah mula terbiasa dengan jadual sedia ada dan mungkin sudah ada yang menyusun masa dengan terancang seperti ambil dan hantar anak ke sekolah, mungkin juga hal2 lain-dan setelah BFFku Julia Jay menyuruhku berjumpa dengan PK1-dan setelah berfikir dan mempertimbangkan semua aspek-akhirnya barulah aku berjumpa dengan PK1-konsikuennya, PK1 akan menyelesaikan masalah ini dan berjumpa dengan GB dan manusia itu esok.  Apa akan jadi esok? akan marahkah dia(manusia) itu kepadaku? biarlah-teringat pula kata BFFku Julia Jay-dia bilang kalau dia masih di XBA1052 pastilah suaranya sudah tinggi kepada manusia itu. Kepada manusia itu, tolonglah der....terus-terang dengan GB,  PK1 masih simpan semua SMS anda kepada GB yang memaksa untuk mengajar MPSAINS.-bertujuan untuk kekal dapat imbuhan BISP.  

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...