Mulai malam ini, aku akan cuba sedayaku menutup semua pintu dalam diriku, perasaanku terutamanya, rapat-rapat dan ketat-ketat. Aku akan cuba sedaya upayaku agar tidak ada seorang pun tahu perasaan sebenarku. Tapi aku berani bertaruh, akhirnya cuma fatine saja yang akan dapat memahami apa yang tersembunyi dalam diriku, perasaanku juga tanpa perlu aku luahkan, tanpa perlu aku beritahu.
Setelah semua kejadian kurang mesra berlaku dalam beberapa hari ini, aku belajar banyak perkara. Ada hikmah tersembunyi di sebalik semua kejadian ini, Allah telah membuka hijabnya, sehingga memberiku peluang untuk muhasabah diri dan berfikir berpandukan kasih-sayang Allah kepadaku. Ia juga semakin mematangkanku dan memberiku semangat untuk hidup dengan baik-baik selepas ini. Paling penting aku belajar bahawa, ada rahsia yang patut kekal jadi rahsia.
Hari ini, daripada seorang sahabat, aku dapat tahu masih terlalu banyak cakap2 orang mengenai aku dibelakangku. Sahabat itu bilang, dia tidak mahu beritahu apa cakap2 itu dan mahu berhenti setakat itu, dan aku dengan seikhlas hatiku, aku juga tidak mahu tahu. Aku beritahu pada sahabat itu, aku juga tidak mahu tahu apa cakap2 mereka di belakangku. Sedikit pun aku tidak mahu tahu apa cakap2 mengenai diriku itu. Aku sudah memaafkan semuanya. Demi Tuhan, aku ikhlas memaafkan mereka. Lagi pula, kelmarin waktu hari guru berlangsung, ukhuwah antara kami semua terjalin mesra, dan aku ikhlas dengan kemesraanku. Aku tidak mahu merosakkan suasana bahagia dan kenangan gembira itu dengan sikap manusia yang penuh dengan ego-ego bodoh. Dipihakku, aku sudah memaafkan dan tidak ada sebarang dendam. Past is Past...aku sudah tua untuk bergaduh macam budak2. Mungkin dulu dengan sikap panas baran dan mudah melenting, aku sudah pun bersemuka dengan amarah dan dendam, tapi diusia ini, aku kira semua itu hanya menampakkan ego bodohku cuma. Apalagi ada nasihat untuk pengajaran diri yang dibuat oleh seseorang....
"Utk renungan kita bersama jg la kita jangan suka menyibuk pasal org lain la , paling penting sblm kita mo dihormati org lain kita hormat dulu dengan diri kita sendiri ambil sikap utk merenung apa yang kita sudah buat mana tau kita jg bnyk kesilapan yg kita x ketahui ...pastu suda hormat diri sendiri...bru hormat org lain ...n percayalah semuanya akn jadi ok...cewwwahhhh...tp pengajaran utk kita semua jika kita buat baik..orang akn baik dgn kita bila org jahat org akan jahat dengan kita..so pa yg patut kita lakukan ambil sikap jangan kisah hal org..ckap2 org la...paling penting saling mendoakan ingat Tuhan kehidupan pun akan jadi baik..."
Aku juga tidak kisah lagi dengan cakap2 orang disekelilingku. Aku bahagia dengan mengetahui bahawa Aku punya Abah dan Mama, adik2 yang setia dan anak-anak buah yang menyayangiku dengan seikhlasnya, aku juga bahagia dikurniakan sahabat sebaik Fatine yang sejak dulu paling setia dan paling memahamiku. Untuk sahabat sebaik fatine yang kuangkat menjadi saudaraku dunia dan akhirat(InsyaAllah...semoga Allah memelihara persahabatan kami) seperti dia menganggap aku juga sebagai saudaranya sekalipun semua benda di dunia ini bertunggangan(waktu dia bilang ini, aku sangat bahagia dan tersenyum), aku sangat menghargai dia. Semoga sahabatku ini mendapat sebaik-baik pembalasan. Mungkin inilah baru dinamakan persahabatan yang benar2 JUJUR...(aku kira). Aku bahagia bila ada seseorang yang menganggap aku sebagai istimewa, dan waktu mendapat tahu itu semasa "Hari Guru", aku betul2 terharu. Aku mahu dia juga tahu, bahawa dihatiku dia juga istimewa dan menghormatinya sebagai ibu keduaku. Dengan manusia2 ini dibelakangku, tidakkah aku harus berbangga. Aku juga dikurniakan dengan sahabat2 setia yang lain, Jue, Jihah, Suzie. Oleh itu, dibandingkan dengan cakap2 orang dibelakangku, mereka2 ini sudah cukup jadi penawar mujarab untuk hatiku. Kerana manusia2 baik ini, aku maafkan semua mereka yang telah melukakan hatiku. Aku juga sudah tidak kisah tentang penilaian orang lain. kerana aku sedar, bahawa setiap manusia punya penilaian masing2, punya pertimbangan sendiri. Biarlah mereka dengan labu dan labinya....(biar Haji Bakhil ja denda durang dengan tok-ketampi).
Tipulah kalau aku tidak bersedih dengan berita daripada sahabat itu, cuma seperti yang aku bilang, aku tidak mahu tahu dan malas untuk ambil pusing pada perkara remeh-temeh yang hanya menyesakkan dada bila difikirkan. Aku halalkan semuanya dan aku harap mereka juga menghalalkan segala yang aku juga mungkin pernah tercakap mengenai mereka dibelakang. Pusing depan belakang, muka itu juga yang akan dilihat selagi masih bekerja di bawah satu bumbung. Sampai satu masa, pastinya kudrat mereka kita perlukan juga. Lagi pula, sudah 10 tahun berkawan dan dalam diam aku benar2 menghargai mereka semua.
Kini, aku ambil sikap berlebih-kurang dan memaafkan semua orang. Jangan mudah melatah dengan cakap2 orang, lebih2 lagi kalau mereka rakan sekerja. Terus ikhlas membantu dan terus ikhlas dalam persahabatan. Bagaimana mereka mengukur sejauhmana keikhlasanku dalam persahabatan apalagi dalam erti kata JUJUR, terpulang kepada mereka. Setiap orang punya pendapat mereka, punya penilaian sendiri terhadap pengertian JUJUR dalam persahabatan. Aku tidak mahu mahu tahu cara mereka. Aku punya caraku sendiri. Setakat mana sahabat baikku mengadiliku dalam erti kata JUJUR, itu terpulang pada penilaian mereka sendiri. Dipihakku, aku akan sedaya upaya menjadi sahabat yang baik.
Aku percaya bahawa setiap manusia akan melalui fasa perubahan dalam diri seiring dengan usia dan tahap pertimbangan dan penilaiannya terhadap sesuatu perkara. Perubahan itu pula tidaklah perlu kita khabarkan pada semua orang, tidak perlu mencanang ke sana ke mari, tidak perlu memukul gendang perubahan. Fokus saja pada perubahan yang ingin kita buat-kita lakukan untuk diri, percayalah sampai satu detik, manusia di sekeliling pasti akan dapat melihat perubahan dalam diri kita.
Aku juga percaya, bahawa kita harus punya pertimbangan yang betul dalam mendepani sesuatu perkara tanpa ada unsur bias dan berat sebelah. Sekalipun dia sahabat, jangan sekali membuat pertimbangan yang ada bias dan berat sebelah, kerana sikit banyak ia bakalan melukakan hati orang lain. sahabat yang baik akan selalu ada pertimbangan yang baik dan bijak sehingga dia dapat memisahkan 2 unsur kurang baik itu, dan sahabatnya malah semua orang juga akan berpuas hati dengan tindakan yang diambil tanpa ada hati yang terluka dalam diam.