Hari ini aku dapat tau tentang satu perkara yang buat aku jadi celaru hati, celaru fikiran, celaru mental. Namun, aku bersyukur kerana ia sebenarnya merungkai segala persoalan yang meraja fikiran dan hati aku sejak beberapa hari ini. Cuma yang buat aku sedikit terkilan, ia sikit banyak menjatuhkan maruahku. Entah apa fikiran rakan sekerja bila si tukang cerita mencanang cerita itu. Hari ini aku buang egoku sedikit untuk terus bertanya pada orang yang terlibat dalam perkara ini. Sungguhpun aku bakalan malu dan segan besok sekiranya terserempak dengan dia. Aku berharap dengan membuang sedikit egoku, masalah ini dapat dirungkai dengan lebih jelas. semoga keputusanku ini tidak salah dan direstui oleh Allah. Aku cuma mahu menjernihkan suasana.
Wednesday, May 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cerita di kaki langit petang itu
Menurutku langit paling indah adalah ketika kaki langit memencarkan horizon jingga pada petang ketika menghampiri senja waktu hilal lahir me...
-
Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...
-
Namanya juga cita-cita, jadi harus digantung setinggi langit. Biarpun kau cuma mampu mimpikannya dalam tidurmu, sekurang-kurangnya, cita-c...
No comments:
Post a Comment