Friday, May 11, 2012

Terima Kasih

Maha suci Allah yang Maha mengetahui segala sesuatu dengan sifat IradahNya.  Maha suci Allah yang maha mengetahui tentang perkara yang tidakku ketahui selama ini.  Maha suci Allah kerana memberiku peluang untuk mengetahui perkara ini.  aku yakin Allah telah memakbulkan sipi dari doaku selama ini, dan Maha Suci Allah, yang sipi itulah telah membawa kepada terungkainya beberapa persoalan yang meraja fikiran dan hatiku selama ini.  Terima kasih Ya Allah kerana belas kasihanmu kau mengutuskan sahabat yang baik kepadaku agar aku mengetahui perkara ini.  Terima kasih ya Allah kerana belas kasihanmu, aku mengetahui perkara sebenar.  Hikmah disebalik semua perkara ini, aku mendapat kekuatan untuk berterus-terang dengan orang yang terlibat biarpun lewat orang tengah.  Cakap-cakap orang dibelakangku-yang sepatutnya kekal rahsia menyebabkan semua perkara terungkai dengan tiba-tiba tanpa perancangan.  Pada mereka yang terlibat dalam kasus ini, aku ucapkan terima kasih semua.  Aku cuma berasa hairan bagaimana kalian mengetahui rahsiaku, yang selama ini hanya sahabat baikku sahaja yang tahu, bagaimana kalian tahu, sedangkan aku tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi atau perbuatan menunjukkan sesuatu yang menjadi cakap2 kalian dibelakangku.  nah....hari kerana bijaknya cakap2 kalian, aku berani menyatakan kebenaran pada orang yang terlibat agar tidak lagi timbul kesangsian dan pelbagai hipotesis kalian mengenai diriku.  Aku tidak tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik semua ini. 

Kepada orang yang mungkin menjadi tukang sampai cerita-walau siapapun kamu, kerana aku sampai saat ini tidak tahu siapa sebenarnya yang memulakan cerita, jangan risau, aku tidak marah dan tidak ada sedikit pun dendam. Aku malah mahu mengucapkan terima kasih kepada kamu.  Aku mendoakan kesejahteraan kamu.  Dengan rendah hati dan ikhlas dari hati, aku mohon kemaafan sekiranya ada ulahku yang menyinggung hati sampai kamu tega bertindak menyampai cerita yang patut kekal menjadi rahsia.  Mungkin kamu tidak menganggap aku sebagai kawan oleh kerana itu kamu sanggup menjual rahsia yang tidak pernah pula aku ceritakan pada kamu. 

P/s: Allah sayang Saya, Allah sayang kedua Ibubapa saya, Allah sayang Family Saya, Allah sayang sahabat baik saya, Allah sayang orang yang saya sayang.  Sebab Allah sayang Saya, maka Dia mengutuskan seorang sahabat untuk menyampaikan cerita ini(cakap2 orang dibelakang saya) kepada saya.  Terima kasih ya Allah, kerana memberi petunjuk untuk merungkai mimpi2 saya selama ini.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...