Masa Mesyuarat KOKUM rabu lepas, Fatine sekali lagi memaklumkan kepada semua guru2, bahawa dia dengan rela hati akan menjadi pengerusi dan aku sebagai pembantu untuk sambutan hari guru kali ini. Sepanjang minggu lepas, kami telah berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan semasa majlis itu nanti.
Kelmarin, aku dan fatine meminta izin dari cikgu Raginah(PK1) untuk membeli hadiah dan beberapa barang keperluan untuk majlis sambutan hari guru keesokannya. balik dari membeli-belah, kami terus menyiapkan hadiah guru dibantu oleh Suzie dan Marcus untuk aktiviti exchange gift dan hadiah untuk acara sukaneka guru. Jihah pula, tolong beli dan ambil hamper untuk hadiah murid. Paling menggelikan hati, apabila hadiah berupa hamper yang dibungkus oleh kami seolah-olah membentuk rupa "angry bird"...hahaha!!! ketara sangat gagal dalam membungkus hamper. lebih kurang 10 minit jam 3 pm, barulah semuanya siap. Semua tidak sabar menanti hari esok.
sewal pagi aku lihat Fatine telah sibuk di dewan, aku terlewat sedikit. Kasihan lihat fatine sibuk menguruskan dewan. syukur, beberapa rakan lain turut membantu. aku memulakan tugasku untuk mencari guru2 untuk mencabut nombor kumpulan. Juga membantu Fatine untuk menambah sedikit hiasan pada banner...sekadar untuk menaikkan seri....keeehoi!!!
Hari ini, aku lihat terpancar kegembiraan pada wajah setiap guru2. Aku tidak tahu sejauh mana keihkhlasan mereka, dan aku sama sekali tidak mempersoalkan itu. Aku lihat, pada setiap wajah terpamer keseronakan, apalagi semasa acara sukaneka. Masing2 melahirkan rasa yang mereka gembira dan hilang stress. Apapun aku gembira, kerana aktiviti yang dirancang membuatkan rakan2 sekerjaku gembira.
Bila mengenang semula kejadian hari ini dan gelagat rakan2 semasa acara sukaneka, ia benar2 menggelikan hatiku sebenarnya. Semua pakat main tipu dan masing2 dengan kelicikan untuk mempastikan team menang.....dalam sukaneka pun ada main tipu....hahaha!!! selesai acara sukaneka, masa minum pagi, semua pun bilang tahun depan, kalau main boling kelapa lagi, setiap orang kena bagi 5 kali peluang untuk membaling....hehehe!!!. Apa yang paling menyeronokkan semua sporting habis, termasuklah PK1, PK Hem, PK KoKum....jadi tidakkah aku dan fatine dan kami semua harus berbangga????....well....hari ini semua happy dan ukhuwah itu terjalin erat dan mesra.
banyak yang hendak aku tuliskan dalam entry ini, tentang setiap kejadian lucu dan menggembirakan hari ini. Namun, aku seolah tidak punya rahi untuk menulis. Rasanya, bila melihat video ini, kalian yang mungkin membaca entryku ini*bajet ada orang yang nak baca, pasti dapat melihat dan merasa keseronokan kami semua tadi.
Sayang aku tidak sempat merakam acara berbalas pantun tadi, dengan keupayaan HP Sony Ericsonku yang sudah tua ini, manalah dapat menampung banyak ruang untuk merakam. Nantilah, kalau aku sudah punya modal cukup, akan ku cekau juga Android sekampit dua....hahaha!!!
Aku simpulkan hari ini adalah pembalasan kepada perkara2 yang kurang menggembirakan aku beberapa hari ini. Kata Tina, Pipi dia sakit sebab banyak ketawa...sampai2 dia mengurut pipinya tadi. Ya, hari ini hari ketawaku. Aku harap jangan pula ketawaku pada hari ini diganti dengan menangis lagi. cukuplah......
Fatine Lee.....TQVM....kita berjaya anjur majlis ini dengan pertolongan semua rakan.....
Terharu sangat dengan ucapan cikgu Raginah tadi......Rasa macam mau nanges...tapi maci tahan!!!
Paling tidak boleh lupa.....dalam main sukaneka semua pun main buyuk....hahaha!!!!
.............Kenangan itu Kerinduan.........16Mei2012
Syabas cikgu, terbaek..teruskan mendidik anak bangsa kita..('',)
ReplyDeletetima kasih tuan punye laptop....
ReplyDeletex silap kamu pun bakal2 cikgu kan...KPLI or DPLI??? apapun....jom sama2 mendidik anak bangsa kita....(>___<)....