Thursday, June 7, 2012

Projek Mural Hari Ke-10

Projek Mural Hari ke-10.....

Hari ini aku dan Fatine tinggal berdua menyiapkan projek Mural, 3 murid yang setia ada Kem Kerohanian, kelmarin mereka bertiga sudah memaklumkan lebih awal yang mereka tidak dapat membantu kami mulai rabu hingga khamis nanti. 

Hari ini aku dan fatine buat kartun berserta dengan frasa yang aku kira ia sangat 'ngam'* korang tengok besok la ya...*sekali lagi bajet ada readers yang sudi tengok2, jenguk2 dan baca2...hehehe!!! lebih kurang jam 2.40 p.m baru siap dan hari ini kami membeli barang keperluan untuk final touch projek mural ini.  Walaupun isi dompet masing sudah semakin berkurang*malah hampir tidak ada, kami adakan juga barang2 yang sangat diperlukan untuk final touch besok.  Tadi sedaya upaya aku tahan tangis lihat fatine sahabatku yang paling baik, tidak apalah, aku yakin Allah pasti mengurniakan rezeki dalam bentuk yang lain untuk aku dan Fatine. 

Tadi, walaupun isi dompet semakin ciput, aku merasa bahagia bila kami dapat membeli plywood, less, gam kayu dan varnish* rukut2.  Bahagia bila ada sahabat begini.....hehehe!!!

P/s: excited punya pasal, sampai lupa mahu ambil gambar tadi-bermaksud perubahan mural untuk hari ke-10....ada tambahan dalam pelangi senja....besok baru upload pic ya....besok lagi best sebab ada "final-touch"....tidak sabar tunggu besok....hahaha!!!

Malam ni, waktu menaip entry ini, aku tengah siapkan huruf2 dan pic guru2 untuk carta organisasi.  Fatine bilang, carta ni kita kena siapkan sebelum cuti.  Besok aku harap, semua yang kami rancang dapat berjalan dengan lancar.  Ya, Allah...Permudahkan Segala Urusan Kami...


No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...