Thursday, June 7, 2012

Projek Mural Hari Ke-11



Projek Mural hari ke-11 bermula dengan semangat berkobar-kobar, kenapa??? sebab hari ini nak gantung "Papan Kenyataan" sebagai final touch untuk projek mural fasa 1 kami.   Seawal jam 8 lebih sedikit, aku da gerak bawa kancil buruk aku tu ke RSK, beli sarapan.  Aku beli nasi lemak dan ayam goreng sebab hari ini kami bakal bekerja lebih keras sikit.  Sampai di sekolah aku lihat fatine da sampai, dan aku lihat juga Sirut *tukang kebun sekolah kami dibantu dengan Rosli*satpam(hehehe!!!) sudah mula memotong plywood dan less.  setelah sejam, akhirnya siap juga "Papan Kenyataan".  Tinggal tunggu Oboi bawa paku simen, sambil tunggu aku dan Fatine sarapan dulu.  At-last,  Oboi datang dan dia bagi free je paku simen tu.  Final Touch yang ditunggu akhirnya siap, aku gembira sangat, aku yakin Fatine pun gembira bila melihat "Papan Kenyataan" itu tergantung kemas di dinding.

TQVM Sirut, Rosli & Oboi
Apa yang aku tengok time ne aaa.....ayaks!!!

TQVM Sirut & Rosli......Papan Kenyataan 1....siap!!!

Final-Touch......hasil siap setelah bertungkus-lumus 11 hari...

Hari ini aku dan fatine membuat kerja secara berasingan, fatine meneruskan menulis beberapa tambahan mural, manakala aku pula membuat carta guru2. Tapi, lupa punya pasal....aku tidak dapat mengambil gambar, aku lupa bawa HP...barulah ni kali pasal telupa bawa HP, aku rasa kesal yang amat sangat.  Hari ini hari penting sepanjang 11 hari membuat projek mural ini.  Hari ini sepatutnya aku ambil banyak gambar2 penting.  tapi tidak apalah, aku da minta Fatine tolong ambil gambar untuk entry ini hari.

Carta Guru SKAK....jom kenal2....kepada guru2 SKAK minta maaf sebab ambil gambar kamurang diam2...gambar2 ini sia ambi masa hari raya Aidilfitri 2011, hari guru SKAK 2012 dan Spelling Competition 2010

Hari ini juga ada satu insiden lucu, kes telampau pandai...hahaha!!! hari ini aku cat papan kenyataan tu guna varnish*sepanjang hidup belum pernah aku buat kerja ni.  Masa buat lapisan pertama, hasilnya memang cantik, dan pasal ikut arahan dalam label*luar tin cat varnish, "untuk hasil terbaik, cat sebanyak dua kali"(lebih kurang gitulah arahannya), jadi setelah agak2 lapisan pertama tu da kering, aku dan fatine buat pula lapisan kedua, aku cat bahagian kiri dan fatine cat bahagian kanan, hasilnya, bahagian fatine agak beketul*pekat, mula tu aku ingat, pasal berus fatine sebelum tu basah. jadi fatine berhenti mengecat dan menyurh aku mengecat seorang.  Siap papan kenyataan 1, aku pindah pula pada papan kenyataan 2(papan kenyataan tu ada dua...Ok).  Aku mula proses mengecat pada bahagian kiri dulu, hasilnya agak baik dan cantik, tapi bila aku mula mengecat bahagian kiri, tone varnish jadi gelap, semakin cat semakin gelap tone varnish, kemudian aku terfikir,  alamak...kes belum kering sepenuhnya...hahaha.....sudahnya papan kenyataan 2, ada dua tone warna...da jadi macam lukisan yang mengguna pakai konsep pengcahayaan...hehehe!!! 

Cuba kamurang tingu tu varnish....tone sebelah kanan telampau terang.....hehehe!!!

 Balik rumah, bila aku cerita kat Abah dan Mama, durang bilang kena tunggu lapan jam baru boleh buat lapisan kedua, sedangkan masa aku dan fatine; cat untuk lapisan kedua, tidak sampai pun sejam...hahaha!!! ketara sangat tak tau apa2 pasal bab cat-mengecat.

Tapi...
hari ini aku gembira sangat, projek mural fasa 1 kami sudah siap 98%.  2% akan siap besok setelah proses varnish dan tambahan perkataan "LORONG INFORMASI" siap.  Esok projek mural fasa 1 kami akan siap 100%.  Terima Kasih Ya, Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami sepanjang menjalankan projek ini.  Terima Kasih Ya, Allah kerana menetapkan hati2 kami supaya istiqamah dan ikhlas dalam projek mural ini.  Aku yakin Fatine juga gembira.  Besok kami nak tolong buat mural kat pondok pengawal SKAK...korang tunggu pic besok ya....hehehe!!!

P/s: besok aku akan ambil lebih banyak gambar, untuk malam ini, layan dulu pic2 yang Fatine send via MMS*sebab line broadband yang lambat macam siput babi ini ok!!!...besok projek mural kami akan siap 100%.  Terima Kasih Ya, Allah atas segala berkat dan izin dariMu.
Hari ni kami siap kerja jam 5.15 p.m.....since 8.30(fatine), 9.00(aku)......

P/s: Teen, Well done dear....Kita Berjaya Kasi Siap Projek Mural Kita....TQVM my dear BFF

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...