Sunday, July 1, 2012

JULAI = Satu Amanah Penting

Selamat datang Julai

Alhamdulillah.....segala puji hanya padaMu Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani....

Terima kasih atas nikmat hidup ini
Terima kasih atas segala kurniaMu
Terima kasih atas segala rahmatMu

Ampunilah dosaku ya Allah
Ampunilah dosa kedua orangtuaku
Peliharalah mereka
sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil

Ya Allah jadikanlah aku seorang yang istiqamah
dalam menjalani hidupku

Berkatilah
Permudahkanlah semua urusanku.....

Bulan Julai datang lagi, tahun ini bulan Julai datang membawa diary baharu dan jadual baharu-aku agak sibuk dengan tugas dan amanah yang bagiku berat sedikit.  Berat kerana ia bersangkut-paut dengan masa depan murid tahun 6-bermakna murid UPSR 2012.  Hujng bulan lalu, hasil cetusan idea Joss, kami berbincang untuk mengadakan 1 program untuk murid tahun 6.  Syukur waktu mengusulkan program ini dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh aku dan Fatine, mendapat sokongan padu PK1 dan semua guru tahun 6 dan beberapa guru yang terpaksa kami libatkan dalam program ini.  Paling mengharukan, bila ada guru secara sukarela, mahu terlibat dalam program ini dengan mengorbankan masa free mereka-guru bukan tahun 6 yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung(sukarela) akan menggunakan masa free mereka.  Kami-bermaksud aku, Fatine Lee dan Joss; sebagai pemula projek, maka tanggungjawab untuk memastikan program ini berjalan lancar, terletak dibahu kami.  Doaku agar kami semua-guru2 SKAK akan bersatu hati, istiqamah di dalam menjalankan amanah ini.  semoga kejayaan akan bersama kami.  semoga maruah yang tercalar tahun lalu boleh dibersihkan semula. 

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...