Thursday, August 30, 2012

KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU: Novel A. Ubaidillah Alias

Pengorbanan, keserasian dan cinta bukan syarat bagi memastikan jodoh di tangan kita.  Jodoh di tangan Allah.  Dia yang menentukan segalanya.
 
Jangan pandai-pandai mengaitkan bahagia dengan sesiapa.  Bahagia bukan dalam kekuasaan kita.  Bahagia itu adalah anugerah Allah.
 
Cinta itu adalah anugerah, namun jodoh itu adalah takdir. Kita tidak semestinya berkahwin dengan seseorang yang banyak berkorban untuk kita. Kita tidak semestinya berkahwin dengan orang yang paling memahami diri kita. Yang penting, kita mengahwini seseorang yang mampu membawa kita ke syurga. Apabila cinta itu sudah sesuai dengan kehendak Ilahi, bertepatan dengan wahyu Allah...maka itulah cinta yang membawa bahagia.
 
Tidak semestinya kita mengahwini orang yang paling kita cintai dan yang paling mencintai kita.  Tidak semestinya kita mengahwini orang yang paling banyak berkorban untuk kita.  Percintaan dan pengorbanan itu tidak semestinya membawa kepada perkahwinan.  Jodoh tidak mampu dibeli dengan sebarang harga.  Jodoh tidak boleh dilukis, dirancang, diatur dengan tangan manusia.  Jodoh itu adalah kuasa Tuhan.
 
Doa untuk meminta jodoh dengan lelaki yang kita cinta.
 
" Ya Allah...bawalah lelaki itu kepadaku dengan kuasa cintaMu.  Bukan kerana ucapan lisanku atau kerana sebab yang zahir.  Aku ikhlas mencintainya dan aku mahu dia melihat cintaku dalam hatinya menerusi makrifat cintaMu.

Merdeka SKAK

 
Hari ini berlangsung sambutan kemerdekaan kali ke-55 di SKAK, tahun ini KPM mengadakan program kemerdekaan berbentuk acara larian/perarakan kemerdekaan. Semua sekolah di Malaysia wajib menjalankan acara/program ini.  Sebelum ini pun kami SKAK selalu menjalankan acara perarakan ini.  Cuma kali ini KPM mengarahkan semua sekolah di Malaysia menjalankan program/acara secara serentak pada tarikh 30.8.2012.
 
Sambutan kali ini agak meriah, ramai ibu dan beberapa orang bapa yang datang untuk turut serta dalam sambutan kali ini.  Tahun ini juga ada acara persembahan baharu iaitu Pentomen dan sajak berirama, tahun lalu cuma ada persembahan tahunan seperti tarian dan busana merdeka.  Anak-anak murid yang terlibat dalam Pentomen ini, kulihat mereka begitu bersemangat walau masih malu2. 
 
Aku malas untuk mengambil gambar-gambar dan video semasa persembahan untuk program kali ini, ada juga beberapa gambar yang sempat ku ambil tapi gambar-gambar itu langsung tidak best(kecuali gambar kawan2) dan atas sebab itu aku malas sekali untuk upload dalam entry kali ini. 
 
P/s: Masih dalam bulan Syawal, aku masih menantikan sesuatu, aku harap doaku bakalan termakbul.  Semoga ada sinar baru dan ukhuwah bakal terjalin semula.

Perasaan itu Pelik: hati

Perasaan manusia kadang2 pelik sifatnya.  Mulut yang letaknya di muka mungkin boleh menipu, tapi perasaan yang letaknya di dalam hati tidak boleh menipu.  Kadang2 walau sekuat mana pun kita cuba untuk menidakkan perasaan yang ada dalam hati, kita sebenarnya tidak mampu untuk menipu walaupun mulut kita menidakkannya.  sebab itu, aku menyifatkan yang perasaan manusia itu kadang2 terkesan pelik.  Apabila perasaan kita menyatakan rasa suka, maka hati dan perasaan akan menyatu dan sebati dalam diri, sehingga kepala yang padanya ada otak dan fikiran akan sentiasa memikir dan mengenang watak2 yang terlibat sekalipun watak2 itu mungkin tidak pernah sama sekalipun membalas perasaan suka dan sama sekali juga tidak pernah mengenang dan memikirkan kita.  Walau hanya mampu mengenang dan memikirkan dan sekaligus mendoakan watak2 itu, kita sudah merasa sedikit bahagia, sebab itu aku menyifatkannnya sebagai pelik.  Cuma ada satu anggota yang mungkin boleh menipu, iaitu mulut yang ada dua bibir.  Rongga yang ada pada mulut mampu mengeluarkan kata-kata tipu untuk menidakkan perasaan.  Bibir tanpa tulang itu sangat kuat hingga mampu menipu perasaan, tapi hati yang terletak utuh dan dipagari oleh tulang2 dada dan diselaputi daging pula sangat lemah hingga tidak mampu menipu perasaan. 
 
Tuhan menjadikan hati kita kecil sahaja, tapi mampu menyimpan perasaan yang banyak ragamnya, walaupun hati sarat menyimpan banyak perasaan, ia tetap mampu menampung betapa banyak pun jumlah perasaan yang lahir dan hadir-samada baru lahir dan hadir dan telah lama lahir dan hadir.  Hati tetap menyimpan utuh perasaan itu selagi kita tidak memadam, membuang dan melepaskannya.  Ada juga watak2 dan cerita2 yang sudah mampu dipadam, tapi ada juga perasaan yang tidak mampu atau masih belum boleh untuk dipadam dan dilepaskan-ia tetap segar dan bercambah setiap hari.

P/s: HATI MILIK ALLAH, HANYA DIA YANG MAMPU MERUBAHNYA

Thursday, August 23, 2012

Cerita Raya 5 part 2

Sedar tak sedar sudah masuk Syawal ke-5 hari ini.  Sekejap betul masa berlalu.  Aku masih menunggu "sesuatu" dalam Syawal ini.  Semoga Allah memakbulkan doaku dalam Syawal yang mulia ini.  Kalau pun ia masih belum termakbul, aku tetap redha dan bersyukur pada Allah. 
 
Tiada semangat nak merakam cerita raya dari Syawal 1 sampai Syawal 5, untuk entry ini pun aku macam hilang rahi untuk menulis. 

Menulis untuk update entry...update blog...ermmm...
 
Tekak aku teringin sangat nak makan ketupat palas dan kuah kacang.....emmm.....
 
Rasa gembira bila anak2 buah aku dah balik sini, tinggal tunggu dua lagi anak buah aku...barulah aku bagi dorang berenam duit raya...
 
P/s: Tiba2 aku perasan yang raya pertama tahun ini aku langsung tak ambil gambar....ermmmm......

Saturday, August 18, 2012

Menjelang Raya Part 1

Menjelang Raya.........tidak sabar menanti pengumuman raya....esok raya atau lusa??? esok atau lusa...yang penting kita puasa dulu dan menghayati Ramadhan yang penuh barakah, menambah ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.  Apa yang penting? puasa dulu......

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, Syawal bakal menjelang tiba, rasa sayu dalam hatiku mengenangkan Ramadhan bakalan berakhir, doaku agar masih berkesempatan berada pada Ramadhan 1434H. 

Ada sesuatu yang aku tunggu dalam Syawal kali ini, aku harap doaku dimakbulkan Allah, andai belum termakbul aku akur dan faham bahawa Allah hanya menundanya pada satu tarikh yang paling terbaik untuk diriku.

Raya tahun ini tinggal kami anak2 bujang beraya bersama Abah dan Mama.  Tahun ini giliran adik2 aku yang dah berkahwin beraya di rumah mentua masing2.  Nak Vogue dan happening masa raya pertama, kenalah tunggu Raya 2013-1434H.

Apapun, Aidilfitri punya kerahmatan dan keberkatannya yang tersendiri.  Hari Raya adalah hari kemenangan kita semua-umat Islam seluruh dunia.  Cuma kita perku hayatinya dari sudut keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.  InsyaAllah hati yang sedih bakalan terawat dengan sendirinya.

aku harap ada sinar baru dalam Syawal kali ini....

Monday, August 6, 2012

Parameter Perasaan: Tanpa Kalam

Kadang2 saat mulut jadi bisu tanpa kalam, wajah; yang padanya ada mata dan memencarkan riak beragam, itulah sebenarnya bahasa tanpa lisan. Bacaan parameter ada pada mata, ada pada riak, apa frekuensinya? itu terpulang pada parameter perasaan yang sembunyi jauh dalam hati......
Mungkin.....

Friday, August 3, 2012

Wajah sedih

Ketika merenung wajah langit
Jendela hati berteriak bingit
Melagukan alunan melodi pilu
Lidah diam terasa kelu
Kerana pilu itu menikam tangkai hati
Bayu pagi seakan mengerti
Mengiwir lembut pada wajah

Embun pagi turun menerjah
Seakan memahami hatiku yang basah
Pilu itu makin resah mendesah
Itukah wajah sedih?

Thursday, August 2, 2012

Jemu 1

Sejak akhir-akhir ini entah kenapa hatiku terasa jemu hendak ke sekolah, bosan dan selalu memaksa diri mengikhlaskan hati.  Bukan bermaksuud aku sudah jemu dengan pekerjaanku, aku masih mencintai pekerjaanku.  Syukur kelmarin, ada seorang anak muridku berkata begini,

"Usatazah, saya suka betul bercerita sama ustazah...best bah", dan; ianya memberiku semangat untuk cuba sedaya upaya menghilangkan rasa jemuku yang meronta-ronta dalam lubuk hati. 

Ah...anak2 muridku itu selalu saja membuatku rasa marah, jemu dan sedih tapi selalu juga membuatku ketawa lucu, gembira, dan; itulah yang membuatku jatuh sayang pada mereka.

Wednesday, August 1, 2012

Happy Birthday Mama

Ya Allah Ampunilah Dosa Kedua Orangtuaku, Peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sewaktu kecil

Tanpa sedar, masa berlalu begitu pantas, dan hari ini; hari jadi ibuku.  Semoga Allah merahmati dan memberkati Ibuku, Semoga Allah melindungi ibuku selalu.  Semoga Allah memberi nikmat sihat yang berpanjangan serta rezeki yang melimpah-ruah pada ibuku.  Tiada material apapun di dunia ini yang dapat menandingi ibuku di dunia ini, dan tiada material apapun di dunia ini yang dapat menzahirkan betapa aku sangat menyayangi dan menghargai ibuku.

Selamat hari jadi Mama....Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...Semoga Allah mempermudahkan urusan Mama dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal Aalamin.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...