Menjelang Raya.........tidak sabar menanti pengumuman raya....esok raya atau lusa??? esok atau lusa...yang penting kita puasa dulu dan menghayati Ramadhan yang penuh barakah, menambah ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Apa yang penting? puasa dulu......
Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, Syawal bakal menjelang tiba, rasa sayu dalam hatiku mengenangkan Ramadhan bakalan berakhir, doaku agar masih berkesempatan berada pada Ramadhan 1434H.
Ada sesuatu yang aku tunggu dalam Syawal kali ini, aku harap doaku dimakbulkan Allah, andai belum termakbul aku akur dan faham bahawa Allah hanya menundanya pada satu tarikh yang paling terbaik untuk diriku.
Raya tahun ini tinggal kami anak2 bujang beraya bersama Abah dan Mama. Tahun ini giliran adik2 aku yang dah berkahwin beraya di rumah mentua masing2. Nak Vogue dan happening masa raya pertama, kenalah tunggu Raya 2013-1434H.
Apapun, Aidilfitri punya kerahmatan dan keberkatannya yang tersendiri. Hari Raya adalah hari kemenangan kita semua-umat Islam seluruh dunia. Cuma kita perku hayatinya dari sudut keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. InsyaAllah hati yang sedih bakalan terawat dengan sendirinya.
aku harap ada sinar baru dalam Syawal kali ini....
No comments:
Post a Comment