Thursday, August 30, 2012

Perasaan itu Pelik: hati

Perasaan manusia kadang2 pelik sifatnya.  Mulut yang letaknya di muka mungkin boleh menipu, tapi perasaan yang letaknya di dalam hati tidak boleh menipu.  Kadang2 walau sekuat mana pun kita cuba untuk menidakkan perasaan yang ada dalam hati, kita sebenarnya tidak mampu untuk menipu walaupun mulut kita menidakkannya.  sebab itu, aku menyifatkan yang perasaan manusia itu kadang2 terkesan pelik.  Apabila perasaan kita menyatakan rasa suka, maka hati dan perasaan akan menyatu dan sebati dalam diri, sehingga kepala yang padanya ada otak dan fikiran akan sentiasa memikir dan mengenang watak2 yang terlibat sekalipun watak2 itu mungkin tidak pernah sama sekalipun membalas perasaan suka dan sama sekali juga tidak pernah mengenang dan memikirkan kita.  Walau hanya mampu mengenang dan memikirkan dan sekaligus mendoakan watak2 itu, kita sudah merasa sedikit bahagia, sebab itu aku menyifatkannnya sebagai pelik.  Cuma ada satu anggota yang mungkin boleh menipu, iaitu mulut yang ada dua bibir.  Rongga yang ada pada mulut mampu mengeluarkan kata-kata tipu untuk menidakkan perasaan.  Bibir tanpa tulang itu sangat kuat hingga mampu menipu perasaan, tapi hati yang terletak utuh dan dipagari oleh tulang2 dada dan diselaputi daging pula sangat lemah hingga tidak mampu menipu perasaan. 
 
Tuhan menjadikan hati kita kecil sahaja, tapi mampu menyimpan perasaan yang banyak ragamnya, walaupun hati sarat menyimpan banyak perasaan, ia tetap mampu menampung betapa banyak pun jumlah perasaan yang lahir dan hadir-samada baru lahir dan hadir dan telah lama lahir dan hadir.  Hati tetap menyimpan utuh perasaan itu selagi kita tidak memadam, membuang dan melepaskannya.  Ada juga watak2 dan cerita2 yang sudah mampu dipadam, tapi ada juga perasaan yang tidak mampu atau masih belum boleh untuk dipadam dan dilepaskan-ia tetap segar dan bercambah setiap hari.

P/s: HATI MILIK ALLAH, HANYA DIA YANG MAMPU MERUBAHNYA

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...