Thursday, September 27, 2012

Cerita Jadual Waktu Ganti

Sudah sehari sejak kejadian "jadual ganti" itu berlalu, hati aku masih terbekas rasa sedih dan ralat.  Kelmarin aku menangis semahunya,  sebak betul rasa dalam dada.  Lebih2 lagi bila mengenangkan kata-kata kawan cikgu itu, "mungkin dia ingat ko free saja niari sebab hari rabu".  Berpura-pura tidak rasa sedih hari ini buat aku rasa seperti ada batu yang menghimpit dadaku.  Aku betul-betul teringin bersemuka dengan cikgu ego melangit itu hendak menerangkan kenapa aku bagi jadual ganti itu begitu padanya, tapi mengenangkan sikap ego melangit dan tindakan tidak profesional malah aku simpulkan sebagai BANGANG, aku rasa hanya buang masa.  Serius aku cakap, bahawa tindakanku untuk bersemuka secara terus dengan cikgu ini satu tindakan yang sia-sia.  Lebih-lebih lagi dengan kesombongan dan keegoaan yang sudah jadi rencah atau pegangan hidupnya, aku rasa apa saja bentuk penerangan sikit pun tidak akan masuk dan sama sekali cikgu itu tidak akan mahu mengerti.  Sudahnya, sejak dari peristiwa itu, aku lebih rela mengganti kelas kosong itu semua.  Minggu depan, sebagai balasan; cikgu ini harus mencari sendiri pengganti kelasnya.  Aku sebagai guru jadual waktu sama sekali tidak akan mencari guru ganti bagi kelas yang bakal ditinggalkannya untuk mengikuti kursus KSSR DM TAHUN 3.  Setelah tindakan kurang wajar dan tidak profesional cikgu itu kelmarin, aku betul-betul lepas tangan, biarlah aku juga turut dicop tidak profesional, aku rela dan aku sanggup dicop sejuta kali, tapi untuk cikgu ini, aku angkat tangan.  Coplah aku hingga habis seluruh badanku sekalipun, aku tidak akan buat mana2 jadual ganti untuk cikgu ini lagi.  Sekali ini biarlah cikgu ini merasa bagaimana dilayan dengan tindakan kurang wajar.  Paling tidak dapat kuterima, bila cikgu ini bertindak tidak wajar dengan PK1, dengan ego dan tanpa rasa hormat, bertanya kepada mengenai jadual ganti yang diserahkan kepadanya.  PK1 sedikit terasa dengan tindakan cikgu itu hingga dia hilang selera makan.  Hal inilah yang betul2 membuatkan aku betul-betul terasa. 
 
Apa yang terjadi padaku kelmarin, kuanggap ia sebagai kifarah atas dosa-dosaku, aku terima dengan redha dan bersyukur kerana Allah menyayangiku dengan memberiku ujian sebegini, namun aku tetap meminta Allah memberi juga sedikit balasan yang setimpal dengan perbuatan cikgu itu, sekadar untuk peringatan bahawa kita tidak boleh terlalu sombong. 
 
Alhamdulillah...waktu kejadian itu, aku dapat merasa nilai kasih sayang sahabatku, TQSM Jihah kerana berada bersamaku waktu itu, menenangkanku dengan kalimah dan zikir Allah yang maha agung.  Paling mengharukan bila, ada kawan yang tidaklah terlalu rapat denganku, memelukku memintaku bersabar dan membiarkan saja perangai cikgu itu.  Aku betul-betul terharu waktu dia memelukku dengan ikhlas. 

 
 "Mungkin dia ingat ko free saja niari sebab hari rabu", kata xxx.  Kata orang yang mendengar butir bicara itu, nada suaranya ada bau xxxxx.  Kata orang itu dia tidak suka mendengar nada suara xxx.
 
P/s: Aku juga meminta agar Allah membuka kebenaran yang sebenar-benarnya supaya satu masa nanti semua cerita sebenar akan terbongkar. Sekarang ini sahaja, sudah terbuka sedikit cerita yang diputar belit, cuma lagi kami yang mengetahuinya tidak mahu membesarkan hal ini lagi.  Biarlah masa yang akan menentukannya.  Aku percaya kebenaran akan tiba juga akhirnya.

1 comment:

  1. terbaca entri ini sewaktu saya mencari penyelesaian untuk buat jadual guru ganti...saya pun hadapi masalah yang sama...guru lain tak faham kita pun terseksa buat jadual ganti ni..last2..nama kita yang banyak kena letak untuk sit in...

    ReplyDelete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...