Thursday, September 13, 2012

Program Perkampungan UPSR SKAK 2012 : part 1

Alhamdulillah, syukurku panjatkan pada Allah, Tuhan Yang Maha Esa.  Hanya dengan keizinan dan limpah kurnia dariNya, maka Program Perkampungan UPSR SKAK 2012 telah terlaksana yang berani aku katakan sebagai berjaya.  Hikmah daripada program ini,  ia telah dapat menyatukan beberapa orang daripada kami, dan aku dapat mengesan yang mereka sejak dari awal memang menyokong projek dan program yang sebenarnya dirangka dan direncanakan oleh aku dan Fatine Lee.  Paling menyedihkan bila ada beberapa dari rakan-rakan guru yang dalam diam dan dari belakang rupanya sangat tidak menyokong usaha yang aku dan Fatine Lee jalankan; yang buat aku terkilan, kenapa semasa mesyuarat bulan Julai lepas, manusia2 itu tidak pula membantah waktu aku dan Fatine Lee meminta pendapat dan persetujuan daripada rakan2 guru. 
 
apapun usaha yang aku dan Fatine Lee rangka dan telah jalankan, ia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk melainkan ia sebagai satu destinasi hijrah yang cuba kami bawa untuk SKAK.  Destinasi hijrah di sini bermaksud, biarlah kali ini SKAK membuat satu revolusi yang natijahnya nanti, InsyaAllah dapat membawa manfaat dan kebaikan kepada semua warga SKAK terutama kecemerlangan akademik.  Kalau pun ia tidak dapat membawa manfaat atau kebaikan atau perubahan kepada prestasi sekolah, sekurang-kurangnya ada usaha baharu yang telah diambil dan dijalankan daripada terus berada dalam takuk yang lama.
 
Benar maha benar, sesuatu usaha yang padanya ada bau pembaharuan, ia tidak mungkin berjalan dengan senang tanpa ada bersamanya kisah suka dan duka, pahit dan manis.  Sejarah sendiri membuktikan bahawa setiap perjuangan tidak mudah dan sangat memeritkan; hanya yang kuat dari segi mental dan fizikal akan mampu bertahan.
 
Sepanjang PPUPSR 2012, banyak perkara suka dan duka, pahit dan manis yang berlaku.  Suka dan manis bila ramai rakan guru yang sanggup datang bersama-sama kami menjayakan program ini, mereka memberi komitmen yang baik.  Aku betul2 bangga dengan mereka semua.  Duka dan pahit sepanjang program ini ada dua, pertama; bila ada juga manusia yang hanya tahu mencari kesalahan.  Manusia itu seolah-olah menunggu waktu untuk melihat kami (aku dan Fatine Lee) jatuh tersungkur dan terduduk malu.  Namun, aku masih yakin yang Allah masih memberi restunya sedikit, bila rakan2 guru akhirnya berpihak pada kami dan tidak pula menyokong manusia pelik itu.  kedua; ada juga manusia yang kalau boleh aku simbolkan ia sebagai tanda sombong dan ego tidak bertempat, manusia inilah yang dalam diam menentang program yang kami jalankan bulan Julai lepas dan mungkin kerana sifat ego itulah yang menyebabkan manusia itu langsung tidak memandang walau sedikitpun pada program Perkampungan UPSR 2012 yang aku dan Fatine Lee jalankan.  Padahal secara terus terang, kami memang sangat memerlukan kudratnya untuk bersama kami dalam program ini.  Kepada manusia yang menyebabkan duka dan pahit memalit-malit dalam hatiku dan Fatine, aku serahkan pada Allah untuk mengadili kalian.  Sekiranya kalian mengunjungi blogku dan terbaca entry ini, aku mohon seribu kemaafan daripada kalian, mungkin kalian sudah terlalu benci malah jijik melihat aku, tapi janganlah kalian melibatkan murid-murid yang memerlukan kalian dalam program ini sebenarnya. 
 
Aku ikhlas dengan kerjaku, aku tidak meminta penghargaan menggunung dan paling penting aku tidak meminta jasaku dibalas dengan markah penilaian prestasi yang tinggi, aku lakukan pekerjaanku kerana aku suka melakukannya demi kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan SKAK.  Saya sayang SKAK bah sebenarnya........
 
" ORANG YANG INGIN MELAKUKAN SESUATU WALAU SUSAH AKAN MENCARI JALAN BUKAN MENCARI ALASAN "........

Terima kasih paling banyak dalam dunia buat sahabat terbaikku Fatine Lee.  Tanpa ko Teen, tedalah PPUPSR SKAK 2012, terima kasih paling banyak dalam dunia buat Najihah AR, Hazirah P, Nik Nur Ruhaizan NL, Punitha S, Julitah A, Wong LF, Farra E, Marcus T, Azmil AJ,  kerana sudi bersama-sama kami dalam PP UPSR 2012.  Kamurang guru paling manang bukan alang-alang...paling superb dan paling sporting...ini kalilah....

Buat Cikgu Raginah, terima kasih paling banyak dalam dunia kerana sentiasa menyokong penuh usaha kami dari dulu sampai sekarang.

Pihak RMT & Kantin Sekolah, Security terima kasih tidak terhingga kerana sudi bersama-sama kami dalam PP UPSR 2012.
 
P/s: ini kalilah....saya rindu betul sama bantal busuk, katil bujang dan selimut kain ihram saya. Ni malam boleh sudah tidur atas katil setelah 3 malam 4 hari tidak berjumpa dengan semua item penting saya untuk tidur....hahaha!!!
 
Jom layan beberapa PIC PPUPSR yang diambil dan diupload oleh kawanku Zirah........TQVM Zirah, aku sendiri tidak dapat mengambil PIC, padahal aku kepingin sekali.  Maklum saja, HP SONY ERICSONku sudah benar2 uzur, sudah tidak dapat lagi menampung gambar2 yang hendak diambil.

Hari Pertama PPUPSR 2012, sesi Evening Prayer, sementara murid Muslim pula
solat Asar.


Tersey sebagai pembimbing Evening Prayer

Abang Echam (Baju Merah) yang paling sporting, anak kepada kawanku Zirah

Bilik Agama dan Surau SKAK, tempat penginapan PPUPSR 2012

Kesian Nik, sanggup turun padang biarpun sambil dukung anak

Kesian Nik, sanggup turun padang biarpun sambil dukung anak

Aku dan anak-anak murid tahun 6 SKAK....sesi belajar santai terbimbing (ayat Zirah)

Slot petang, sesi belajar santai terbimbing.......MP MATHS DAN BM K1


Aku dan Rahil....

Aku, Rahil dan Ally

Rahil, Betty dan Lyen(pipi separuh).....belajar ka atau??? hehehe

Cikgu Julitah dan kertas BM K1....terima kasih banyak2 cikgu...sanggup turun padang membantu murid2 membuat ulangkaji BM K1.

Aku, Nik(dukung anak yang sedang tidur nyenyak) dan anak2 muridku yang agak tekun membuat ulangkaji MATHS....

Pengorbanan seorang cikgu yang ikhlas sanggup mengetepikan hal2 peribadi demi anak2 murid dan komitmen pada tugas yang diberi....Terima kasih banyak2 Nik...




No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...