Kadang-kadang kita akan membuat keputusan dan pilihan yang salah dalam hidup, dan saat menyedarinya kita sudah terperangkap dalam keputusan dan pilihan yang kita buat. kadang-kadang keputusan dan pilihan itu sangat memalukan, saat itu kita terasa seolah mahu memutar semula waktu, atau paling tidak memegunkan masa dan waktu.
P/s: macam benci dengan diri sendiri hari ini, membuat keputusan yang akhirnya memalukan diri sendiri. Waktu berperang dengan diri tengahari tadi, jika aku boleh simpulkan ia sebagai hati baik, aku sebenarnya memilih untuk berbuat baik sempena hari baik dan bulan baik, sementelahan; jika aku simpulkan ia sebagai hati jahat, aku sebenarnya memilih untuk mempertahankan egoku yang bodoh. Sebagai mempertahankan kesilapan dalam percaturanku memilih strategi ini dalam peperangan hati-semasa membuat keputusan untuk diri-aku membuat kesimpulan yang aku tidak mahu dicop sebagai orang jahat dan sombong dan tidak matang walaupun nanti aku akhirnya bakalan dicop sebagai orang tidak tahu malu bila masih tanpa segan silu menjenguk-jengukkan muka padahal muka inilah yang paling menjengkelkan dan memualkan tekak.
No comments:
Post a Comment