Baru saja menyiapakan kertas kerja program Perkampungan UPSR, aku betul2 terasa lega. Sebenarnya semalam aku sudah menyiapkan kertas kerja program ini, dan sudah menyerahkan draf untuk semakan Pn. Raginah dan Pembantu Tadbir Kewangan, En. Aljalati Madi. Alhamdulillah, kertas kerjaku diterima dan diluluskan cuma aku perlu mengubah bahagian nota minta. Syukurlah, semuanya sudah selesai dan aku cuma perlu menunggu besok untuk menyerahkan kertas kerja lengkap kepada pihak pentadbiran. Esok juga ada mesyuarat bersama ibubapa dan guru-guru untuk membentangkan kertas kerja. Rasa syukur sekali lagi kerana besok Pn. Raginah yang akan membentangkan kertas kerja ini. Aku??? deiiii...senak perutlah kalau kena bercakap depan ibubapa. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar, bermula dengan mesyuarat besok dan semasa program ini berlangsung isnin depan. Tapi kalau terpaksa, aku redah sajalah.....
Projek ini merupakan kesinambungan daripada projek Revolusi Kecemerlangan UPSR 2012 yang aku, fatine dan Joss anjurkan masa bulan Julai lepas, untuk projek terakhir nanti, aku dan fatine bercadang akan mengadakan majlis graduasi murid tahun 6 dan skrol yang diterima adalah slip keputusan UPSR 2012. InsyaAllah....semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.
Projek paling terdekat dan akan dilakukan semasa UPSR ini, adalah mengubahsuai rekaan dalaman bilik kesihatan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.
Next projek.....aku dan sahabatku fatine Lee, mungkin kami akan menambah mural...hehehe....kali ini ramai kudrat yang sangat sudi membantu, ada Najihah AR, ada Nik, ada Farra, ada Hazirah, ada Joss.......Aku kira ini sudah jadi satu pasukan kerja yang hebat.
P/S.....aku kerja bukan cari nama, bukan cari penghargaan, apalagi untuk dapat markah SKT dan Penilaian Prestasi tinggi dan; apatah lagi untuk dapat APC, aku kerja sebab aku suka dan aku ikhlas demi kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan SKAK.
P/S.....kopipes dari kawan saya Issa Norisah yang gojes.....
"Orang Yang Ingin Membuat Sesuatu Walau Susah Akan Mencari Jalan Bukan Mencari Alasan"
ermmm...tiba2 rasa satu kebenaran yang nyata dari madah madah ini.....
No comments:
Post a Comment