Entry ini sepatutnya aku tulis semalam, namun atas beberapa sebab maka aku menangguhkannya sehingga ke hari ini.
Akhirnya, pada 07.08.2012 mesyuarat yang dirancang pada Rabu lepas terlaksana dengan jayanya Jumaat lepas, syukur kupanjatkan pada Allah SWT yang maha Esa. Sebenarnya, aku agak risau dengan jumlah kehadiran ibubapa, aku takut panggilan mesyuarat ini tidak mendapat sambutan daripada ibubapa, tapi ketakutanku nyata terubat dengan kehadiran ibubapa. Aku sangat bangga dengan ibubapa murid tahun 6 kerana komitmen yang mereka berikan. Semoga Tuhan membalas mereka semua dengan kebaikan yang berpanjangan. Terima kasih kepada guru-guru yang sudi menghadirkan diri semasa sesi mesyuarat bersama ibubapa. Semoga Tuhan membalas mereka semua dengan kebaikan yang berpanjangan. Jumaat lepas, adalah hari yang membuatku lupa sedikit pada perkara2 yang menyedihkan aku.
Ini kalilah......
Setelah 10 tahun berada di SK. Ansip, inilah kali pertama aku bercakap di depan ibubapa semasa dalam mesyuarat. Inilah kali pertama, aku membentangkan kertas-kerja di depan ibubapa. Mengikut rancangan, Pn. Raginah (GPK) yang sepatutnya membentangkan kertas kerja ini, tapi GB telah menjemputku untuk membentangkan kertas kerja Program Perkampungan UPSR. Senak juga perutku sebenarnya, syukur aku dapat menahan rasa malu dan gugup di depan ibubapa. Alhamdulillah, aku akhirnya dapat membentangkan kertas kerja ini dengan lancar. Aku terasa lega bila tidak ada ibubapa yang membantah program Perkampungan ini dijalankan. Semua bersetuju dan menyokong penuh program ini. Paling menggembirakan aku, bila melihat senyuman di wajah para ibubapa.
Setelah ibubapa bergerak ke jamuan ringan, aku dan fatine menjemput pula semua guru SKAK untuk membentangkan senarai AJK Kerja dan AJK pengelola. Mesyuarat ini dikendalikan oleh Fatine. Sekali lagi, aku bersyukur ke hadrat ILAHI kerana semua guru menerima tugas yang telah diagihkan tanpa bantahan. Mulanya aku risau juga, kerana sebagai SU Program Perkampungan UPSR 2012, aku telah menetapkan senarai AJK Kerja dan Pengelola tanpa berbincang terlebih dahulu dengan para guru. Terima kasih guru-guru SKAK yang begitu komited dan sporting. Semoga usaha kita akan diberkati dan ukhuwah sesama kita sentiada erat dan terjalin mesra.
Gambar2 sepanjang sesi mesyuarat bersama ibubapa yang diambil oleh Zirah.....sayang tiada gambar diambil semasa sesi mesyuarat bersama guru-guru SKAK.
Antara ibu2 yang hadir..... |
Kali pertama aku duduk di depan semasa mesyuarat bersama ibubapa, naaa...kau, Ini Kalilah...dekat GB lagi.... |
Farra Eliza..... |
Paling hujung, antara bapa2 yang hadir |
Farra, Joss, Azmil.....antara guru-guru tahun 6 UPSR 2012 yang hadir |
En. Unsot, antara bapa2 yang hadir......
|
P/s : Orang yang ingin melakukan sesuatu, walau susah akan mencari jalan bukan mencari alasan.
Aku bangga menjadi warga SKAK.
No comments:
Post a Comment