Untuk menulis entri ini, ada sedikit rasa malu-malu kucing yang terpaksa disembunyikan. Untuk menulis entri ini aku memerlukan sedikit kegilaan yang masih tersisa rasa menahan diri dari menjadi gila nyata. Kenapa aku harus punya rasa-rasa begitu-malu2 kucing dan sedikit kegilan. Huh...apa ada kaitan dengan umurku yang nombornya sudah mencecah dua angka ganjil pada tahun ini??? barangkali juga. Apa ada pada umurku itu? mahu disembunyikan hingga habis seluruh magik diguna-pakai seribu kali pun umur itu tetap begitu, tidak menurun tapi meningkat terus. Aku harus kembali pada realiti.
Diumur sehari selepas rasmi memegang dua angka ganjil bermula dengan kepala 3 dalam senarai nombor di dunia ini, ada dua rakan-yang salah seorangnya sahabat paling terbaikku, Fatine Lee telah menjanjikan hadiah buatku dan seorang lagi seorang kawan yang berpangkat adik walau telah aku katakan bahawa ia tidak perlu. Ikhlaskah aku bila aku katakan tidak perlu??? ermm...hadiah tidak perlu, ucapan saja sudah cukup manis buatku. Tapi kalau mereka mahu memberikan sebagai tanda mata pada harijadiku kali ini, terima kasih banyak-banyak buat kalian. Mungkin ada sipi dari diriku mahukan hadiah...siapa juga tidak suka pada pemberian berupa hadiah harijadi, bukan begitu? :)
Tahun ini, aku memegang umur dua nombor ganjil, siapa tahu ada rezeki besar daripada Allah swt buatku....
Terus-terang, diumur ini aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik buatku. Sebab itu ada rasa segan berupa malu-malu kucing dan memerlukan sedikit kegilaan yang tidak melampau supaya aku masih mampu untuk kembali ke realiti hidup. Supaya nantinya kalau impian dan harapan aku tidak menjadi, aku boleh redha dan pasrah pada ketentuan Tuhan. Aku harap gelaran yang ku pegang selama ini bakalan bertukar nama. Itu saja doaku buat masa ini dan sepanjang bulan kelahiranku. Yang pastinya, siapa juga suka dirinya kekal pada satu gelaran yang sudah dipegang selama hidup. Hidupkan perlu perubahan. Sarkastik kah?? naif ka?? biarlah, itulah aku.
Semoga Allah merahmatiku dan kedua ibubapku...
P/s: tidak ada kek harijadi sempena harijadiku tahun ini seperti tahun-tahun yang berlalu juga...mungkin aku perlu beli kek sendiri dan makan sendiri....kasihan!!!