Tuesday, December 4, 2012

Diari Comel

Ada cerita tentangmu yang masih belum siap
lembaran itu carik sebelum aku sempat menulis
Sebenarnya aku mahu menulis satu rahsia
Cuba melantun misteri tentang perasaan
Saat rindu menyapa hati
Dalam bentuk cerita
Pada  muka surat pertama dalam diari comel itu....

Puas aku cuba melekatkan lembaran carik itu
kerana aku tidak mahu menulis pada lembaran kedua
dalam diari comel itu.....

Sungguh...

Aku tidak mahu
Aku tidak mampu....

No comments:

Post a Comment

Entah dari mana

Entah dari mana Tiba-tiba dia hadir Sungging sederhana di bibirnya Adalah hukuman Dalam aba-abanya tersirat jari telunjuk Dia menunjal tiap ...