Kegilaan yang berlaku di bumi bertuah, Sabah: Hak dan Konspirasi jahat.
Ada manusia berotak gila, berhati jahat, sadis. Matanya merah, kukunya panjang. manusia itu manusia raksasa sebenarnya. Setelah berabad, dia muncul semula dari dasar laut hitam. Menuntut hak lama katanya. Setelah melakukan pencerobohon, dibunuhnya manusia yang mahu mempertahankan tanah airnya sendiri. Dasar manusia raksasa, tidak tahu diuntung-dasar manusia buruk siku. Memang manusia jika punya hati hitam, tidak pula sekalipun mahu mencuci kotoran pada hati; maka sifatnya selalu rakus. Jangan saja wujud konspirasi jahat penyebab kemunculan manusia gila ini.
Kegilaan ini terlalu bodoh sebenarnya. Perebutan Hak; setelah berdekad dan sudah ada penyelesaian ke atas isu hak, kenapa isu ini wujud semula? kerana isu hak, bumi Sabah jadi berantakan. Jangan saja apa yang berlaku di Lahad Datu menular ganas ke daerah tercinta, Keningau. Jangan saja isu hak ini disebabkan oleh bias tersembunyi, Hak: The Untold Story atau Hak: The Hidden Story. Semoga Allah merahmati dan memberkati bumi Sabah.
P/s: Pray For Lahad Datu. Pray For Sabah. Tidak mahu komen lebih-lebih. Aku bukan pakar sejarah. Ijazah Sejarahku belum melayakkan aku untuk mempertikaikan isu hak yang ditulis dalam sejarah Sabah. Apa yang aku ingin sampaikan adalah, satu persoalan. Kenapa isu lama ini mucul semula dan menjadi ganas? sejarah menulis dan membuktikan bahawa sudah ada penyelesaian atau win-win situation. Ada pula kematian segala. Jangan pula selepas ini rakyat sabah di bumi Lahad Datu ada yang mati disebabkan isu panas ini. Jangan pula nanti, kita di Keningau-yang selama ini hidup baik-baik saja, nanti baru tegisil bahu sikit seja sama pilak di kedai, terus berbunuh dan bergaduh.
No comments:
Post a Comment