Assalammualaikumwarahmatullohiwabarakatuh....sebagai pemula bicara.
Ceh...ayat sebagai pemula bicara(bukan ucapan salam itu, okey) itu kedengaran begitu antik bila disebut sekarang (tolong ignore kecelaruan minda aku...waktu aku menaip entry ini). Sudah lama juga tidak menambah enrty baharu dalam blog kesayanganku ini...(lek lu...asal nak taip entry je misti nak tulis, blog kesayangan (sekali lagi tolong ignore kemintapujian aku waktu menaip sehingga ke ayat ini). Rindu sangat nak taip cerita pasal hidup aku yang dua tiga menjak ini memang agak gembira walaupun banyak sangat perkara yang perlu aku selesaikan, terutama pasal kerja aku-iaitu fail-fail KSSR yang menuntut untuk aku siapkan. Waktu menaip entry ini, sahabat aku Jihah dan Nik sedang membuka fail-fail KSSR untuk diupdatekan. Malah sejak dua tiga hari ini, kami bertiga memang menyasarkan penyiapan dokumen KSSR tahun 1-3. Huh...!!! akibat terlalu menangguhkan kerja...alahai! Hidayah Allah datang, maka sekarang kami berkerja keras untuk menyiapkan dan melengkapkan fail-fail itu sedaya mungkin.
baik,
berbalik kepada tujuan entry ini ditaip...
Sebenarnya aku mahu menulis entry ini menggunakan retorik bahasa gila-gila-rojak-atau bahasa basahan. Tapi bila memikirkan yang aku juga seperti si Mat Despatch bernama Rayyan bukan nama sebenar, sedang giat belajar menggunakan terma Bahasa Melayu Tinggi (BMT) maka aku membatalkan niat songsang itu. Adalah lebih baik jika aku juga turut menyahut saranan Dato' Rais Yatim untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kalau bukan kita siapa lagi, bukankah begitu? ini kalilah.
Baik...entry seterusnya, aku akan menggunakan BMT. Biarlah beberapa kerat pembaca senyap aku atau kalau tidak menyinggung mana-mana pihak aku gelarkan pembaca senyap aku sebagai pembaca hantu, sebab kalau pengundi ada istilah pengundi hantu, kenapa aku tidak boleh menggelarkan pembaca senyapku sebagai pembaca hantu; menganggap aku skema yang akhirnya membuatkan mereka bosan. Tapi harus aku ingatkan di sini, yang aku bukan ahli politik apatah lagi calon bebas untuk PRU13 Mei nanti.
20-21.April.2013
Wah! tarikh ini jadi tarikh keramat kerana pada tarikh ini aku mengikuti kursus kahwin yang diadakan di IPGK. Sebenarnya, seminggu lebih sedikit sebelum tarikh ini aku telah banyak kali mahu membatalkan hasrat murni disebabkan oleh sifat malu kurang bertempat. Tapi, aku menguatkan azam dan sedapat mungkin membuang sifat malu aku jauh-jauh. Aku ingat lagi waktu aku mahu bergerak ke IPGK dan waktu aku memberitahu emak dan abah aku tentang tujuan aku ke Maktab, aku lihat senyuman emak lebar semacam. Aku harus gelak sedikit...hahaha!!!
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi sampai ke hari ini, aku masih belum mendapat sijil kahwin itu walaupun penganjur kursus itu berjanji akan menyerahkan sijil itu pada hari rabu lepas. Tidak apalah, aku yakin pasti Zulieqah akan tolong aku untuk menyimpan sijil aku itu dan menyerahkannya pada aku dalam masa terdekat.
Ironinya, Perkenalan dengan Zulieqah (Guru Pelatih di sekolah aku) dan Mengikuti kursus kahwin ini membuatkan aku gembira. Malah ada satu kebaikan tapi aku simpulkan ia sebagai kebaikan berganda, iaitu aku berjaya membeli novel "Diari Mat Despatch" yang sudah lama aku idamkan. Sejak kali pertama ternampak kulit novel dan sedikit review mengenai novel ini, aku sudah jatuh hati; dan sekarang novel itu sudah habis aku baca. Penilaian aku; novel itu lucu dan sangat mengesankan. Banyak segmen cerita dalam novel itu buat aku ketawa sampai sakit perut. Penyampaian yang bersahaja dan jalinan cerita yang santai serta bersifat lebih realisitik menyebabkan novel itu begitu mengesankan. Aku tidak tahu penilaian pembaca lain novel ini, tapi bagi aku ia memang mengesankan.
Perkenalan dengan Zulieqah juga membuatkan aku menukar lagi genre novel yang aku baca. Kali ini aku memberanikan diri membaca novel inggeris. Sebenarnya, aku sudah terpikat dengan novel inggeris milik Zulieqah masa bulan Febuari lepas, waktu itu kami mengadakan sambutan Maulidur-Rasul; cuma saja aku segan bertanya lebih lanjut mengenai novel itu pada Zulieqah kerana waktu itu mereka masih baru beberapa minggu menjadi guru pelatih di sekolahku. Sudahnya, aku cuma menjeruk rasa ingin tahu itu. Untuk itu mengikuti kursus kahwin, akhirnya membolehkan aku memiliki novel inggeris yang kulit depannya sangat cantik. Lagi pula aku merasa teruja kerana novel itu akan dikirimkan dari UK. Bermakna, novel itu bukan diterbitkan semula di Malaysia. (Ignore kemintapujian aku, menerangkan asal-usul novel itu, serta kemintapujian aku yang bakal membaca novel berbahasa inggeris). Tapi...persoalannya adakah novel yang diterbitkan di UK, dan apabila memasuki pasaran buku di Malaysia perlu diterbitkan semula? setahu aku cuma buku inggeris yang dialih-bahasa sahaja yang akan diterbitkan semula, ermm...jadi untuk itu izinkan aku perasan sekejap...okey, bolehkan???
Baik...
berbalik kepada novel inggeris yang bakal aku baca dalam tempoh sebulan dari sekarang...
Sudah tentulah, bukan semua perkataan inggeris dalam novel itu nanti akan aku faham maksudnya. Aku bukannya pandai dalam bahasa inggeris, malah aku sangat bodoh sebenarnya dalam bahasa inggeris. Tapi, keazaman dan keinginan untuk pandai dan mencuba sesuatu yang lain daripada kebiasaan terlalu tinggi. Lagipula, aku percaya pada kemampuanku. Paling penting, menurut sahabat terbaik aku Fatine Lee (Nama dalam FB) seorang guru bahasa Inggeris dengan pengalaman hampir 17 tahun termasuk pengalaman beliau semasa menjadi guru sandaran dahulu, tidak semua perkataan harus difahami dalam konteks ayat. Sekiranya ada satu perkataan tidak difahami dalam struktur atau frasa ayat, cuba fahami perkataan lain dan kita boleh memahami maksud ayat itu dengan sendirinya. Sejauhmana kebenaran kata-kata sabahat terbaik aku itu, pada pengamatan dan pengalaman aku membaca beberapa artikel dalam bahasa inggeris ada kebenaran di situ. Sikit atau banyak, sekurang-kurangnya ia sangat membantu.( pendapat umum yang lain, aku tidak tahu, aku cuma menggunakan justifikasi aku sendiri).
Banyak lagi yang aku mahu taip, tapi penggera bateri laptop aku ini sudah mengeluarkan amaran bertaip bahawa bateri laptop aku sudah hampir habis dalam kolum empat segi tepat tadi. Bermakna aku harus memberhentikan catatan diary aku untuk waktu ini.
Hari ini, aku dan Jihah mahu meninjau harga rak buku dan peti ais, harap-harap ada harga yang murah.
Sekian adanya cerita. (ini bukan cerita rakyat, okey!) lappy off....babai Che Pinky....