Aku baru saja selesai membaca novel "Diari Mat Despatch: Hati Emak". Cerita kali ini banyak rmenggali persoalan mengenai hak ibu. Tidaklah persoalan itu dikupas seumpama buku motivasi atau ditulis secara lebih ilmiah, ia disampaikan dengan proses pencarian, mengenai "bagaimana memujuk hati emak supaya dia tidak berkecil hati". Pencarian Rayyan untuk mencari teknik memujuk ibunya, membawa kita menyelami hak ibu-siapa yang lebih berhak-apa yang perlu kita dahulukan-paling akhir, apa pilihan paling bijak?.
Sebenarnya, ibu tidak pernah menetapkan hak-hak dirinya, melainkan Allah-lah yang telah menetapkan hak itu untuk kita hayati dan laksanakan demi mendapat redha Allah. Benar maha benar bahawa Redha Allah itu adalah dari Redha Ibubapa. Tanpa sedar, segala musibah yang berlaku kepada diri kita adalah berpunca daripada kesalahan-dosa kita pada kedua ibubapa. Berbuat baik-lah kepada kedua orang tua, sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka dan meminta mereka mendoakan kesejahteraan kita selalu.
bahawa...
Kuasa doa ibu dan bapa kita jangan dibuat main-main...DMD: HE karya BB
P/s: Diakhir muka surat novel ini, aku terkedu dan merasa sebak. Aku sayang mama aku. Tapi aku tahu yang sering kali juga aku gagal menjaga hati mama aku. Aku perlu mengubah diri aku, supaya lebih istiqamah dalam menjaga hati mama aku.
No comments:
Post a Comment