Wednesday, May 8, 2013

Edisi Patah Hati: MD BB

Opsss...harus diperingat bukan aku yang patah hati walaupun kes patah hati ini terlalu sinonim dengan aku...hehehe!!!


Baik...

Aku sudah pun selesai membaca novel BB, " Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati".  Ya, seperti yang telah aku jangka, ia banyak mengajar aku tentang hidup-mendepani dan melansgungkan hidup aku dengan baik-baik saja.  

Satu yang terkesan, seperti entri2 aku yang berkaitan "Pilihan", dalam novel ini aku menemukan satu lagi kebenaran betapa, "hidup adalah tentang pilihan".  Membaca novel BB ini, sikit banyak kisah hidup aku terangkum di dalamnya.

Dalam siri ini, ia banyak mengajar tentang bagaimana cinta-rupa cinta-bila perlunya-apa perlunya-sehinggalah putus cinta, yang akhirnya menyedarkan kita bahawa, segala sesuatu kesusahan-kerunsingan-kesedihan-yang disebabkan oleh cinta, ubat mujarabnya adalah Tuhan dan diri kita sendiri.  Iaitulah, berbalik kepada; apa pilihan kita.

Cinta itu subjektif.  Sekalipun cinta yang terkenal adalah cinta antara lelaki dan perempuan.

Sekali lagi, aku tidak tahu penilaian orang yang sudah membaca novel ini, mungkin saja pengajaran tentang cinta yang aku maksudkan dalam perenggan di atas adalah berbeza sama sekali dengan tanggapan dan penilaian mereka, tapi bagi aku, ia cukup mengajar aku bagaimana cinta itu seadanya-sepatutnya-selayaknya.  Tetap saja cinta itu sesuatu yang indah-cantik-asyik-mengkhayalkan.  Tetap saja cinta itu berlansgung dengan cerita dan kemanisan yang berbeza rasanya-caranya-nilainya.

Baik,

Untuk aku yang selalu patah hati kerana cinta(amboi 3x), aku terima kata-kata ini sebagai sandaran untuk aku mendepani badi yang terlalu rapat dengan aku-iaitulah: Kecewa

bahawa...

"Patah hati itu bukan untuk dijadikan beban, tetapi untuk kita ikhlaskan"...



2 comments:

  1. mari kita bangunkan hati dgn sentiasa mengingati Allah dn menganggap semua itu ketetapan Allah untuk kt,jrn dia tahu kita adalah insan yg hebat krn terpilih untuk dipathakan hati...mari beramal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sentiasa bersama orang yang benar dan sabar...mari mempermudahkan urusan dan kehidupan orang lain...In Shaa Allah...mari beramal

      Delete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...