Saturday, August 31, 2013

Islam: Lets Unite

Starting from:
Palestine, Bosnia, Afghanistan, Syiria and now, Egypt...
Bloodbath,
Brutality...
Ridiculous...
yet,
Silence, is not an option...
Stop being brutality
Stop the bloodbath
Stop being sentiment
Lets Unite...
We can't stand together with one ideology perhaps..
yet,
We definitely can stand together with one decency and humanity...

P/s: sila ignore segala kesalahan grammar yang ke laut.  Bahasa Inggeris saya sangat teruk.  
This poem, inspired from my favourite novelis: Hlovate.

Friday, August 30, 2013

GARIS MERAH


            Odah berlari anak menuju ke Pejabat Am.  Nafasnya sedikit mengah waktu dia sampai di kaki pintu.  Odah melirik ke buku biru yang sedang tertutup.  Odah membuka buku biru itu, dan seperti yang telah dijangka, ada garis merah.  Buku biru itu akhir-akhir ini sering menyebabkan senyum Odah jadi suku.  Benci betul Odah melihat garis merah itu.  Ada sumpahan kecil terbit dalam hati.  Jam baru menunjukkan tepat pukul 07.20 pagi.  Odah melihat belakang, kanan dan kiri, belum ada rakan-rakan yang muncul.  Waktu Odah berlari anak ke sini tadi, dia sempat melihat satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya baru sampai dan mempakirkan kereta.  Akhirnya, satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya masuk ke dalam pejabat Am, melihat buku biru, satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya  menunjukkan wajah-wajah tidak puas hati; garis merah itu menyebalkan.  Odah dan satu-dua-tiga-empat dan lima rakannya berlalu dengan hati ralat.

“bikin panas”

********
Sehari selepas kejadian bikin panas

            Odah memasang radio, lagu Bara bara Bere bere berkumandang.   Jari-jari Odah bergerak-gerak mengikut rentak muzik.  Jam baru menunjukkan pukul 6.40 pagi waktu dia hampir sampai ke simpang masuk ke Tokong China, kawasan yang dikatakan agak keras pada waktu malam.  Dari jarak 30 meter sebelum sampai simpang ke Tokong China itu, Odah lihat ada sebuah kereta putih dan figura manusia sedang berdiri di tepi keretanya.  Odah kenal kereta itu, Odah kenal figura manusia itu. Figura manusia itu melambai-lambaikan tangannya, jam sudah menunjukkan pukul 6.45 pagi, Odah mula menukar gear 5 dan menekan pedal minyak.  Odah melambai kembali pada figura manusia itu, lambaian Odah sedikit panjang dan menunjukkan thumbs-up.  Odah terus memecut laju.  Terfikir di hati Odah hendak berguru dengan micheal Schumacher, supaya kalau besok-besok dia telat lagi, Odah boleh mempraktikkan kepakaran memecut kereta dengan laju.

Saved by the bell...

            Pagi ini, Odah tidak berlari anak menuju ke Pejabat Am.  Nafas Odah juga tidak mengah seperti kelmarin.  Waktu sampai di kaki Pejabat Am, Odah melirik ke arah buku biru di atas meja.  Jam baru menunjukkan pukul 07.00 pagi.  Odah buka buku biru, senyum Odah lebar.  Ada derap langkah dari luar pintu.  Odah tahu, itu bunyi derap langkah kaki rakan-rakannya.  Waktu Odah lihat belakang, kanan dan kiri, rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya sudah berdiri di tepi Odah, ada juga yang menunggu di belakang.  Mereka melihat buku biru.  Odah lihat senyum lebar rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya.  Tiada garis merah.  Odah pandang wajah rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya.

“saya pecut tadi”, kata rakan satu.

“saya pun laju tadi”, kata rakan dua.

“saya bebubut saja sama si anu tadi”,  kata rakan tiga.

“saya potong ja tu lori sawit tadi”, Kata rakan empat.

“saya pun potong tu lori sawit tadi, sampai dekat tu kedai runcit, tu anjing lagi telampau banyak baring di jalan”, kata rakan lima.

            Odah dan rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya berbual di dalam pejabat Am, suara Odah dan suara rakan satu-dua-tiga-empat dan limanya bersatu.  Riuh dengan gelak tawa dan usikan nakal.  Tiba-tiba...

“Napa kamu semua tidak berenti tadi? Saya lambai kamu minta tumpang sebab kereta saya rosak, tapi satu orang pun tidak mo berenti”.

“Kami takut kena garis merah”, Kata Odah dan rakan satu-dua-tiga-empat dan lima serentak.

Krik...krik...krik...


Wednesday, August 21, 2013

Cukuplah

Payah betul mengikhlaskan hati, tapi bila mengingat budi orang yang kudratnya pernah membantu, aku jadi kalah.  Manusia pelik itu sudah merampas sisi baikku.  Hati aku masih macam dulu, masih mahu membantu; cuma disisi lain, aku mahu berhenti jadi manusia pembantu.  Sungguh, aku tidak mahu lagi dicop manusia suka melebih-melebih daripada GB. Cukuplah manusia pelik itu cuba menjatuhkan aku sejak tahun lalu.  Cukuplah manusia pelik itu melabel aku itu dan ini.  Cukuplah segala kata nista dibelakang aku.  Cukuplah manusia pelik itu berpura-pura baik di depan aku.  Cukuplah selama ini aku menelan saja semua kata nista, label-label karat dan semua kepura-puraan dia atas mintanya satu manusia baik-baik yang sudah tiada lagi disisi aku untuk jadi penguat semangat dan yang selalu sudi menyokong usahaku.  Cukuplah, aku sudah kenyang. Kini, cukup hubungan itu cuma atas dasar kerja, kau pemimpin dan aku orang bawahan. Jangan risau wahai manusia pelik, aku tetap akan menjaga air muka kau dan mengekalkan rasa hormatku kerana agama mengajarkan itu kepada aku.  Cuma, untuk mengikhlaskan hati, itu tidak mampu lagi aku lakukan. Cukuplah...

P/s: atas dasar membalas budi, aku akan bantu untuk buat Perkampungan UPSR 2013. Kertas kerja sudah siap, tinggal diajukan saja pada GB.   Semoga semua berjalan dengan lancar nanti.  

Thursday, August 15, 2013

Raya, pancing : Gembira

Ini gambar-gambar aku dan Issa waktu berada di Alinjiran Fishing Keningau.  Terima kasih banyak-banyak buat Dellon, suami sahabat aku Suzie kerana sudi beritahu kami fasal tempat menarik ini.  Seronok juga waktu mencari jalan ke sini tadi, ya la, aku dan Issa hanya mengikut panduan secara lisan Dellon mengenai tempat ini. Alhamdulillah, akhirnya, setelah melalui beberapa jalan berbukit kami menemui tempat ini.  Yuran memancing di sini RM10 untuk dewasa, tidak silap aku untuk satu joran, aku lupa tengok yuran untuk kanak-kanak. Setiap jenis ikan mempunyai harga yang berbeza-beza, standardlah kan, mana2 pengusaha kolam memancing, rata-rata meletakkan harga yang berbeza untuk setiap jenis ikan...hihihi!!!

P/s: gambar ketika berada di kolam, tempat memancing, tidak diambil; teruja sangat. Gambar ini untuk tayang, keindahan tempat ini, terutama sungainya yang jernih dan sejuk. Bila tengok environment kawasan ni, sesuai juga untuk berkelah bersama keluarga. Tempat memancing ini juga menyediakan restoran dan menu utamanya adalah ikan air tawar yang terdapat di kolam sangkar, pengunjung boleh memilih ikan yang diingini, tapi sekarang restoran ditutup sebab isteri pemilik tempat memancing ini sedang cuti bersalin. Pssst...mengikut kata penjaga kolam ini, encik om yang sangat baik hati dan peramah, restoran ini juga menyediakan acara aramaiti pada waktu malam...hihihi!!!

Aku dengan gaya santai Kiut....
Issa dengan gaya santai Gojes...

Jambatan Gantung Terpendek di Sabah kali ni aaa....hihihi

 Hot and Gojes mama Issa....Sebelum masuk ke Jambatan Gantung

Ada cerita di sebalik ketibaan kami di tempat best ini, tapi aku malas nak cerita dalam entri ini.  Jam 12 lebih sedikit kami bergerak ke destinasi sebenar, ke satu tempat memancing lagi juga di Kampung Keningau, simpang masuk ke tempat memancing ini berdekatan dengan SK. Kampung Keningau.  Mengikut peta lisan Dellon, simpang masuk ke kawasan ini sebelah kanan jika dari Pekan Keningau, dan jalan masuk ke sana adalah bersimen, bukan asfalt atau gravel.  Alhamdulillah, kami akhirnya berjumpa dengan simpang yang dimaksudkan, tempat memancing itu jauh ke dalam, dan perlu melalui jalan berbukit.  Untuk masuk ke kawasan ini, anda akan meredah sungai kecil( sangat kecil okeh, don't worry) dan perlu membuka sendiri pagar yang terdapat di pintu masuk, anda juga perlu menutup kembali pagar tersebut setelah masuk.  Pemilik tempat memancing ini membela lembu, oleh itu; menutup kembali pagar setelah masuk adalah wajib...hihihi!!! (nanti karang lembu durang terlepas, sepa mo ganti rugi...kau mau...aku nda mau...).  Nama tempat memancing ini ialah: Buntiron Fishing Keningau.  Yuran masuk: Dewasa: RM2, Kanak-kanak: RM1.  Ikan timbang RM10-12 sekilo untuk Talapia.  Harga ikan yang lain, aku tidak tahu.  Sebab senarai harga ikan tidak dipamerkan.  Tempat ini pun sangat cantik, dan yang penting ikan-ikannya sangat mesra alam, baru tebar pancing (kami guna pancing bambu[buluh] saja) umpan dah mengena.  Aku dan Issa berjaya juga menaikkan ikan walaupun hanya sebesar tapak tangan...hihihi!!!

P/s: Paling malang, tiada gambar yang diambil waktu di sini, padalah banyak view yang cantik.  Kes teruja gila, bila awal2 lagi, Issa sudah berjaya menaikkan ikan Talapia tidak sampai seminit selepas dia menebar pancing ke kolam.  Nanti, aku mahu ke sini lagi.  

Titik.






Wednesday, August 14, 2013

The Legend

The Legend, 3310

Siapa yang tidak kenal dengan handphone 3310, memiliki handphone ini satu masa dulu dalam awal-awal tahun 2001-2003 adalah satu kemegahan.  Semua orang mahu memiliki handphone ini.  Sekitar tahun 2003-2004, ketika Akademi Fantasia(AF) menjadi kegilaan rakyat Malaysia, hampir semua pemilik handphone 3310, nada deringnya adalah lagu AF dan ketika mula terciptanya logo untuk paparan di skrin, rata-ratanya tertera logo AF...hihihi!!! HP 3310 Memang legend la, satu fenomena dan kegilaan waktu teknologi handphone mula berkembang dulu, siap boleh compose song; dan ketika itu lambakan buku-buku rintone juga jadi satu fenomena.  AF itu sendiri aku kira adalah legend, sebab pernah menjadi satu fenomena lebih-lebih lagi AF 2...

HP 3310, adalah titik tolak kepada perubahan dimensi teknologi berasaskan telekomunikasi. Sekarang, perubahan itu berlaku hampir sekelip mata.  Beli hari ini, esok sudah keluar gadget baharu.

P/s: siapa masih simpan buku compose song Nokia 3310

Baik...

Itu cerita 13 tahun yang lalu,  tau apa fenomena handphone sekarang? aku rasa orang pun tahu, macam lagu si Rem penyanyi dari Sarawak yang pernah popular satu masa dulu, " semua orang tahu", apakah ia?

Handphone Samsung...dan Fenomena pertama dari Samsung adalah:

Samsung SII. 



 
tunggu...

Aku kira 13 tahun dari sekarang, handphone Samsung SII pula akan menjadi "The Legend".

Monday, August 12, 2013

Hati: satu kompromi

Baik...


Bukan semua kehendak hati akan selari dengan kemahuan- realiti-kenyataan-keadaan. Kalaulah apa yang hati kita mahu dilunasi tanpa kompromi oleh satu-dua-tiga hati manusia lain, tentunya kau-kau dan aku tidak akan  berjalan-berlari berlainan arah; satu ke kanan dan satu pula ke kiri, tanpa ada titik pertembungan.  

Hati kita memilih apa yang ia pilih? jadi aku maafkan kau-kau, hidup adalah tentang pilihan kan? aku percaya begitu.  Hati itu Hidup kita.  Hati yang bersih.

Takdir itu tentuan Tuhan kan. Percaya kepada Qada dan Qadar.


P/s: Pernahkah hati aku selari dengan hati kau-kau...krik krik krik!!!

Raya kami: Part 2

Ini raya kami...

seperti entri raya kami part 1, dalam part 2 ini juga tiada karangan-tulisan panjang-panjang untuk menceritakan kisah raya kami.  Raya kami: part 2 ini dipost pun sebab aku ambil gambar ini guna HP Sony aku yang sudah tua kerepot itu, gambar-gambar dalam raya kami part 1 itu, aku ambil dari HP adik aku guna USB( uiinaa...macam jabatan penerangan sudah ini to').  Jom layan gambar2 yang aku ambil sendiri...


Sile jangan memarahi kite pun...kite tengah melaparkan diri pun...itu pasal kite nak makan biskut tunjuk pun...sile melihatkan mate kite pun...kite tak curi pun...

Name kite Husna...Kite comelkan...kalah kak Ton

Anak buah aku yang comel ni nama dia...Icha

Aku dan Husna...anak buah aku yang paling kecik

Siapa lebih tinggi?

Sia panat sudah ni...rilek2 dulu...chill

kamurang tidak rapal kaini?

tengah tunggu photographer...

Kak Ton comel kan...

Gwiyomi la kunun tu si adik....

Kak Long: Ermm....sini pun mo tidur ka adik..
Kakak Icha; tu la tu...kin panas si adik ni
Kak Ngah: Adik sini mana boleh tidur
Husna: sukati la...ada atu tecah...adik mo tidur juga

P/s: Ini bahagia kami, ini gembira kami, ini momen kami, ini cerita raya kami, ini kisah raya kami...sederhana tapi meriah.  Jumpa lagi raya kami 2015...tahun giliran beraya di Keningau.

Sunday, August 11, 2013

Raya kami: Part 1

Baik...


Tiada naratif panjang berjela untuk menceritakan kesyukuran dan kegembiraan kami. Cukup gambar-gambar ini sebagai jalan cerita.

Rumah siapa ni?

Rumah Kami...

Kak Long Aza, Kak Ngah, Kakak Icha

Husna & Kak Ngah...

Husna & Kak Ngah

Meme & Angah a.k.a Adeq


Kak Ngah & Ibu

Ros & her daughter

Adik Ipar aku, adik aku dan anak-anak buah aku....

hey ladies...

Aku, adik2 dan anak buah aku...

Kami baini...

Tahun ni...kami ada biskut tunjuk

Ni je la makanan yang kami ada...

lagi posing kiut by Husna...cuba2 buat gaya gwiyomi

Anak sepa ni aaa...kiutnye....

Saja nak buat post kiut2...

Aku dan dua adik aku...kepala kecik di siring tu...Husna...time ni kami sebenarnya mo bergambar 3 orang ja...

Aku, Ros dan Len

Anak2 perempuan Abah & Mama....

Meme & Husna

Ros and Family

Kak Long Aza & Kakak Icha

Kumpul duit raya...hohoho...kami paw duit raya....

masa budak2 dulu...dapat duit raya adalah perkara paling menggembirakan...aku antara budak2 itu dulu

Gembira dengan duit raya...paling manang ni 6 orang budak di pagi raya

Icha with her Nenek and Makcik

Weya, Mama & Ateh

Weya, Mama, Aku dan Meme

Meme & Ateh

tangisan di Aidilfitri...


Icha si cengeng....main ayunan sambil tunggu si tukang gambar....sebahagian daripada peserta boria raya

menunggu photographer from Best Photo...

Adeq-Beradeq

Abang Long Adib & Kak Ngah a.k.a Adeq

Adam & Meme...Tahniah Adam, berjaya puasa selama 1 bulan...

Boria raya...

Time ni photographer tu bilang...candid!!!

P/s: Ini bahagia kami, ini gembira kami, ini momen kami, ini cerita raya kami, ini kisah raya kami...sederhana tapi meriah.

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...