Hari ini semuanya terasa begitu melankolik sekali. Airmata dari tadi tidak mahu berhenti mengalir. Aku sendiri tidak tahu kenapa, tapi seolah ada yang membuatkan hati aku jadi sayu semacam. Aku perlu cepat-cepat menghadam rasa sayu ini. Susah kalau terus-terusan mengunyah rasa sayu. Hidup adalah tentang pilihan kan? begitu yang aku percaya. Kalau esok raya, maka sayu ini harus aku buang jauh-jauh.
P/s:Ramadhan Kareem bakal melabuhkan tirai rahmatnya. Moga Panjang umur dan aku berharap sangat Allah masih sudi menjemput aku untuk hadir lagi dalam Ramadhan 1435.
No comments:
Post a Comment