Baik,
Untuk dua tolak tiga minggu ini, TV aku bakalan bergelap dan sejuk kaku di atas kabinet kecil tempat ia terletak. Untuk dua tolak tiga minggu ini aku bakalan merenung objek empat segi itu dengan tarik nafas sambil angkat bahu tanda sabar. Untuk dua tolak tiga minggu ini, aku bakalan ketinggalan tengok aksi Piala Malaysia dan Super Series Badminton. Untuk dua tolak tiga minggu ini juga, aku bakalan ketinggalan melihat wajah-wajah lucu kartun-kartun kesayangan aku. Baik, aku antara sejuta manusia yang suka tengok TV tapi aku bukan addict.
FYI...
Sejak Mei lepas, aku hanya menerima 5 siaran tanpa perlu tunggu hujan lebat atau gumpalan awan hitam pekat di langit untuk tidak dapat menonton channel lain yang tertera tulisan "Service Currently Not Available", Julai lalu hingga September ini, aku hanya menerima 3 channel sahaja, pun tanpa perlu tunggu hujan lebat dan gumpalan awan pekat hitam, dan hari Isnin lepas, aku hanya boleh menerima 1 channel sahaja, iaitu C105 dan sejak kelmarin dan hari ini, rekod terburuk, semua channel; Service Currently Not Available, semua channel unvisible. Setakat, kelmarin aku masih bertahan untuk tidak menelefon astro, sebab tidak mahu merungut, tapi atas nasihat seorang rakan, katanya sebab aku bayar servis itu, maka aku menelefon astro untuk cari solusi, pada akhir perbualan dengan bahagian Teknikal Service (seorang perempuan dan asyik ketawa, mungkin mentertawakan aku dengan rakan sekerja yang berada di sebelahnya) aku ambil keputusan ini.
Hari ini aku tamatkan penyambungan Astro, setelah kecewa dengan attitude Astro yang agak demand dan aku rasa macam satu diskriminasi dan tidak wajar. Salah benarkah tidak berminat dengan astro hitam tu? sungguh tidak adil, kalau keengganan aku untuk bertukar kepada astro hitam itu menyebabkan siaran astro aku terganggu sampai begitu sekali. Teringat kata-kata agen rahsia Astro lewat perbualanku dengannya bulan Mac yang lalu, dan bila aku mengatakan tidak berminat, dia berkata ini:
"cik jangan merungut kalau selepas ni, astro cik mengalami gangguan siaran"
katanya, diawal perbualan,
"Kontrak astro cik dah nak tamat, kami nak tawarkan astro beyond kepada cik"...
Padahal tadi, lewat perbualanku dengan cik agen teknikal servis, hal penamatan kontrak itu tidak menjejaskan apa-apa, sebab kontrak boleh disambung, cuma dekoder keluaran lama sudah tidak ada di pasaran, jika rosak dan hendak menukar dekoder. Katanya lagi ketika misi mencari solusi:
"mungkin masalah alignment piring astro"
"saya dah tukar alignment piring astro saya"
"tekan butang menu, dan tekan satelite signal, apa warnanya dan apa AGC dan BER"
"Merah, AGC 61, 100, 0, BER 2"
"mungkin masalah wayar, cuba cabut wayar putih di belakang"
"saya dah cuba cabut, tapi agak ketat"
"kalau ketat takde masalah dengan wayar"
Dan kini, sejak Jun lepas sebenarnya, agen rahsia astro itu menjelaskan kebenaran kata-katanya. Mengotakan ugutannya.
P/s: Aku tau la astro beyond tu satu inovasi canggih, siap boleh rewind, boleh itu dan ini, tinggal tidak boleh bertukar macam transfomer jak...tapi, aku lebih suka astro lama, lebih-lebih lagi yang mula2 keluar dulu. Canggih2 pun bila ada awan hitam di langit, hujan lebat sama juga tu TV bilang..."Services Currently Not Available" nasib nda kena sambung ayat gini..."Please wait untill the rain shade"...alahai astro. Nanti, bila merajuk aku sudah hilang, aku kasi sambung balik, yang pasti sebelum Final Piala Malaysia.
No comments:
Post a Comment