Aku tidak tahu kalau entri ini berguna untuk Luna Zura. Sejak dua hari yang lalu, dia dalam kebimbangan yang dahsyat. Mizan sakit. Doaku, agar Allah memberi kesembuhan yang baik untuk anak ini. Dari post terkini, Mizan terkena Hydrocele, demi membaca perkataan dari terma perubatan aku jadi penuh tanda tanya, curiosity. Lalu, aku juga membuat pencarian sedikit melalui ensaiklopedia maya trafik paling cool, si en. Google.
Hydrocele, bermaksud angin pasang atau kalau di sabah, kita gelar ia sebagai penyakit Burut. Tidak banyak yang aku tahu dan dapat dari encik google yang selalu cool. Tapi, hasil dari pencarianku, aku menemukan satu blog yang aku kira berguna(bagi aku). Aku juga tidak tahu kalau, Hydrocele yang berkemungkinan dihidapi Mizan adalah penyakit sama yang aku google kurang sejam sebelum entry ini aku taip. Melalui blog yang aku baca, ibu ini menggunakan ubat Pembersih XY untuk menyembuhkan penyakit Hydrocele yang dihidapi anaknya sejak berumur 2 setengah bulan. Diakhir usahanya setelah penyakit Hydrocele anaknya kambuh lagi, dia menggunakan pembersih XY ini dan Alhamdulillah atas rahmat Allah, anaknya kini sudah sihat tanpa perlu membuat satu lagi pembedahan minor. (FYI: entri berkaitan penyakit Hydrocele anaknya ditaip pada: Sabtu, 9 Julai, 2011).
Untuk bacaan lanjut:
http://khadijahgani.blogspot.com/2011/07/hydrocele-fathi-part-2.html.
Apapun, maafkan aku Zue, kalau aku lagi salah menebak apalagi jadi penyibuk dalam urusan anakmu. Asal kau tahu, aku tidak bermaksud yang tidak-tidak.
Untuk bacaan lanjut:
http://khadijahgani.blogspot.com/2011/07/hydrocele-fathi-part-2.html.
Apapun, maafkan aku Zue, kalau aku lagi salah menebak apalagi jadi penyibuk dalam urusan anakmu. Asal kau tahu, aku tidak bermaksud yang tidak-tidak.
Kredit to: Pn. Khadijah Ghani Pembersih XY, sapu dan urut pada paha dan tundun selepas mandi. Ambil kapur dan buat tanda pangkah dibahagian tundun. Baca Solawat Syifa |
P/s: Semoga Mizan cepat sihat.
No comments:
Post a Comment