Wednesday, December 11, 2013

BBW

Melihat novel-novel yang tersusun kemas di dalam almari dan di tepi katil sudah membuat saya tersenyum kerana merasa senang, apatah lagi kalau saya berada di BBW. Tentunya, senyuman saya melebar sampai ke telinga.

P/s: Saya sangat dengki dengan saudara/saudari yang berpeluang ke Big Bad Wolf...

2 comments:

  1. Salam usazah,,

    Saya sudah selesai mengikuti Persidangan Ideologi Bahasa dan ke BIG BAD WOLF!! :D (hehehehehe)

    Dengki tak? Insya-ALLAH tahun depan ada lagi dianjurkan dan bolehlah ustazah kemari untuk ke sana. :)

    Saya dapat membeli 24 buah buku novel fiction english dengan hanya RM184 sahaja. Memang berbaloi. Sampai ditempat berkenaan pukul 2 pagi, orang ramai masih lagi berlegar-legar mencari dan membeli buku. setelah selesai membeli pada pukul 4 pagi masih ada lagi orang baru sampai ke sana untuk shopping buku.

    Memang puas hati habiskan masa mengganggur ini dengan membaca buku yang telah dibeli.

    Persidangan Ideologi Bahasa pula banyak menyingkap tentang kedaulatan bahasa melayu. tokoh2 besar yang selama ini saya jumpa di buku semasa buat tugasan ada dihadapan mata. agak teruja juga bila nik safiah karim, abdullah hassan dan awang sariyan berdiri dihadapan saya untuk membentangkan kertas kerja. bukan alang2 yang membentang yang mereka terdiri daripada tokoh2 pejuang bahasa dan profesor2 di universiti. agak berat pengisiannya, 11 pembentangan kertas kerja dan saya hanya mampu menyerap setakat mana tahap ilmu yang saya ada. persidangan ini dianjurkan oleh DBP. Mungkin ustazah boleh berhubung dengan DBP Sabah jika mereka ada program2 atau seminar2 yang boleh diikuti oleh ustazah. rasanya Serembaya Puisi selalu dianjurkan oleh DBP.

    P/S: Prof Emiratus Dato' Dr Abdullah Hassan berpesan "Tulislah buku ilmu dalam bahasa melayu untuk mengisi bahasa melayu dengan ilmu. Jika tiada penerbit hantar pada kami, kami akan bantu untuk terbitkan."

    Ustazahkan menulis novel, bolehlah dihantar manuskripnya pada PTS. Prof Abdullah Hassan orang atas/tuan empunya PTS. Mungkin boleh terbit buku ustazah. :)

    Ustazah mau FB,, boleh contact2 dengan mudah. hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Zulieqah...

    Wah...nampaknya dengki saya sudah berganda, cuti-cuti begini selain dari membalas hari-hari sibuk sesi persekolahan 2013 dengan kesenggangan dan tidur yang puas, pergi menghadiri majlis ilmu berkaitan bahasa pastinya sangat mengujakan dan menyeronokkan, apatah lagi kalau berpeluang ke pesta buku yang banyak dan pastinya murah-murah belaka. Dengki sangat tahu...

    BBW itu buka 24 jam kah? memang sangat berbaloi...sangat murah. Seorang rakan FB saya juga yang berkesempatan ke sana, memborong banyak novel yang bagus2. Dalam banyak2 novel di BBW, saya sangat mahukan novel Bahruddin Bekri yang berjudul: Doa Seorang Aku, kalau tidak silap saya. Novel si Hlovate pun mesti ada kan?

    Nama-nama besar yang Zul sebut dalam komen ini, saya kurang kenal, sejak kecil sampai sekarang, saya dibesarkan dengan novel-novel mama yang berunsur sastera karya Arena Wati, dan waktu di sekolah, buku-buku tulisan Usman Awang serta puisi2nya. tapi saya dengki Zul dapat bertemu dengan manusia2 kaya ilmu bahasa seperti mereka. Pastinya banyak kalau pun tidak sedikit ilmu sudah meresap masuk dalam dada. Dengki sangat tahu?

    Mungkin saya yang kurang tahu tentang kewujudan sayembara PUISI di Sabah, kurang promosi atau salah saya kerana kurang mengambil tahu, padahal saya teringin sangat hendak menghadirinya. Alangkah bagusnya, kalau di Keningau ini ada dibuat malam penghayatan puisi kan? hehehe....

    saya harus ingat nama besar itu, Prof. Emiratus Dato' Dr. Abdullah Hassan, dia rupanya big bos PTS. Ermm..novel saya itu masih perlu penambahbaikan dari segi bahasa. Maklum saya menulis novel itu semasa saya berumur 17 tahun dan terlalu banyak kesalahan bahasa yang fatal. Rasanya, saya perlu belajar lebih banyak lagi sebelum saya berani menghantar satu-satunya karya hasil tulisan saya itu...hehehe

    Sebenarnya, saya sudah menghantar mesej di dalam Fb Zul. mungkin masuk dalam ruangan "other" sebab saya belum menjadi kawan FB Zul...hehehe...

    Apapun, ambil ini: Puteri Katak Froggy...hehehe...dapat cari tak makna simbolik di sebalik pemilihan nama FB saya ini?

    ReplyDelete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...