Tuesday, December 10, 2013

S.H.J, B. A

Selamat Hari Jadi, buat aku.

Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang luas dan umur yang panjang.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kesihatan yang baik buat Mama dan Abah dan juga rezeki yang luas untuk mereka.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kebahagian adik-beradik aku, ipar duai dan anak-anak buah aku yang tersayang.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain daripada kebahagian sahabat-sahabat baik aku.  Tiada yang aku mahukan pada hari jadi aku ini selain dari kebahagian orang-orang yang aku sayang.

Bahagia itu subjektif.

Buat aku,

Teruslah tabah Atie.  Teruslah jadi teguh walau kau sebenarnya tidak pernah seteguh besi itu.  

Mama...
Terima Kasih, kerana melahirkan Atie ke dunia ini.  


Ini hadiah daripada anak buah aku, sangat sempoi tapi aku paling suka...


2 comments:

  1. Akak,Happy Belated Birthday.Semoga dipanjangkan
    umur,dimurahkan rezeki,serta diberkati selalu.Dan semoga
    bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TYSM....Maya...semoga Maya juga akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik-baik pada masa yang tepat...hehehe

      Delete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...