Friday, December 6, 2013

Tangguh: novel

Satu keluhan berat terhela dari mulut dan hidung, bila aku mengemas katilku kelmarin, membuang habuk pada novel-novel yang berada di tepi katilku, ada rasa sedih melihat 4 buah novel melayu yang masih tertangguh untuk dibaca, 1 daripadanya adalah sebuah novel alih bahasa, yang bertajuk: A Thousand Splendid Sun, selebihnya adalah novel lama yang satu daripadanya adalah novel yang paling aku hargai kerana ia tulisan Arena Wati. Aku pula punya kebiasaan-tabiat tidak suka-tidak mahu skip novel yang aku beli-sudah mula baca.  Senak bila melihat 3 buah novel yang diberi pinjam oleh kawan-kawan yang tahu mengenai minatku ini.  Ada 3 buah novel inggeris yang diberi oleh Miss Liz sebagai dorongan untuk aku yang menggagahkan diri untuk membaca novel bahasa inggeris. Apapun, aku kira ada hikmahnya aku belum menghabiskan novel-novel ini, ianya adalah: aku tidak perlu membeli novel dalam masa terdekat ini.  Aku memang sudah memasang azam, yang aku tidak akan membeli sebarang novel sehinggalah aku berjaya menghabiskan novel-novel yang tertangguh ini.  kasihan pada semua novel-novel aku itu, termasuk novel pinjam atas ihsan kawan-kawan yang punya minat yang sama.

P/s: Sekarang ini, aku tengah membaca novel inggeris bertajuk: Mine To Poses, kerana ia berbahasa inggeris maka, aku terpaksa mengambil durasi pembacaan yang agak panjang, gear 1.

6 comments:

  1. salam ustazah,, jalan2 dialam maya lalu singgah disini. :)

    Apa khabar ustazah? harap2 sihat aje. hehe

    Alhadulillah saya dan rakan2 sudah tamat pengajian di IPG Kampus Keningau dan saya sudah ditemuduga oleh SPP pada 2 dec 2013 lalu di Putrajaya. Syafiqah dan Afiqah akan ditemuduga khamis depan di KK.

    Ustazah sekarang Big Bad Wolf. Novel yang ustazah sedang baca tue Mine to Posses hanya RM8 sahaja. hehe. Tapi saya masih lagi belum berkesempatan untuk ke BBW tue mungkin bila kelapangan baru saya ke sana.

    p/s: Jika ada majlis Walimatus Urus haruslah jemput2 saya disini. :) kirim salam dengan guru-guru SK Ansip dan doakan saya dapat penempatan awal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zulieqah...

      Saya sihat, alhamdulillah. Harapnya Zul pun sihat saja. Tahniah, sudah ditemuduga, macammana? temuduga itu berjalan lancar saja kan? saya yakin sangat Zul lulus temuduga dan akan dapat penempatan awal.

      Bahasa dalam Mine to Poses itu agak berat sedikit bagi saya, banyak gunakan simile, satera...(betulkah??)...berbanding dengan Heartbreaker.

      Teringin sangat hendak ke BBW, saya lihat dalam FB Bahruddin Bekri, ada banyak novel yang bagus2. Rasa macam mahu terbang ke sana.

      Doa saya, semoga Zul akan dapat penempatan awal paling lewat pun hujung januari.

      P/s: rasanya walimatulurus itu macam jauh betul dengan saya, tapi Zul tolonglah doakan untuk saya ya, hehehe...nanti kalau Zul ada majlis makan nasi minyak, sila jemput saya, melalui kiriman sms pun tidak apa.

      Delete
    2. Salam ustazah..

      terima kasih atas doanya.. moga2 dapat saya dan rakan2 penempatan awal. Interview saya, saya rasa ok walaupun terblack out didalam bilik temuduga. tidak tahulah penemuduga beri markah yang baik atau sebaliknya. hehe. tapi saya sudah cuba yang terbaik masa tersebut. hopefully it's enough for me to be a teacher.

      Tulisan2 Nalini Singh bagi saya agak ringan berbanding dengan penulisan Julie Garwood dalam HeartBreak. Bahasa Nalini Singh sedap dibaca dan membuaikan perasaan orang yang membacanya.

      Banyak menggunakan perumpaan-perumpaan yang cantik untuk menggambarkan sesuatu dan seseorang. Novel2 Nalini Singh menjadi "escapism" daripada kehidupan yang hectic. Tapi untuk mengimpikan kehidupan macam watak mereka memang tidak boleh, realitinya bukan begiru. Tapi great series it think. yang paling syok novel ke-12 Heart of Obsidian. boleh download di TUEBL, plot yang lebih kompleks.

      Kalau ustazah rajin boleh baca dari 1st novel to 12nd novel. download aje. :)

      Macam lama lagi baru saya mau kawin lagi. hehe. calonnya belum jumpa dan malas mahu mencari lagi. Ustazah ada idea dimana boleh mencari jodoh? hehe :) Tapi kalau saya berkahwin Insya-ALLAH akan dimaklumkan kepada ustazah. mari sama-sama kita berdoa. :)

      p/s: ramai ustaz2 yang popular yang POLIGAMI. terbaru ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofrie kahwin kali ke-2 dengan Salima Habibi (AF-4). Emmm.. betul jangkaan saya sekarang ni EPIDEMIC POLIGAMI melanda. Perlu tambah ilmu dalam bidang tersebut secara serius bagi mempersiapkan diri.

      Delete
  2. Salam Zulieqha...

    Harapnya soal Zul ter-black-out dalam temuduga itu tidak menjejaskan apa2. Moga saja penemuduga Zul waktu itu seorang yang bertimbang rasa dan memahami. Kita sama2 doa supaya penemuduga itu memudahkan perjalanan zul untuk menjadi pendidik. Apapun semuanya Allah telah takdirkan lebih awal lagi kan? tapi saya sangat berkeyakinan Zul dan rakan2 terutama Afiqa dan Syafiqa akan dapat penempatan awal.

    Ya, semakin banyak bab yang saya baca, semakin membuat saya senyum sendiri. Walau ada banyak juga perkataan yang saya tidak tahu, kamuslah yang jadi teman saya. Meja saya saja sekarang ini hampir penuh dengan perkataan yang baru bagi saya. Saya suka macamana Nalini membuat perumpamaan2 dalam novel ini. sebab itu, saya baca dengan lambat supaya benar2 dapat memahami dan menghayati novel ini, saya mungkin ambil masa untuk dapat merasai nikmat ""escapism" itu. Harapnya, dalam sikit masa lagi saya dapat merasai 'escapism' itu seperti saya membaca novel hlovate.

    Tidak apa Zul masih muda tapi jangan malas mencari. Saya tiada cadangan, tapi suka saya ingatkan(teringat entri zul dalam blog), kalau Zul ada sukakan seseorang, jangan sesekali takut meluahkan rasa, pedulikan dulu soal malu, apalagi soal "perigi mencari timba", syariat membenarkan. Soal penerimaan dan penolakan, persetankan...sebab itulah natijah yang terpaksa kita ambil dan telan. Kata Cikgu fatine, sekurang-kurangnya dia pernah tahu perasaan kita dari tidak tahu-tidak cuba langsung.

    Teringat kata seorang ustaz hari itu di TV, bahawa orang2 yang berpoligami ini sebenarnya telah ditakdirkan mereka menjalaninya. jadi, samada takdir Zul berpoligami atau tidak, sama-sama kita nantikan. Apapun, saya akan doakan semoga Zul mendapat Imam yang terbaik.

    terus-terang, saya agak lucu sedikit melihat gambar perkahwinan mereka, tidak sedondon dan itu gambar perkahwinan pertama seumur hidup saya melihat pasangan pengantin berpakaian tidak sedondon. Memang sempoi.

    P/s: entah kenapa, saya seakan yakin Zul akan menjalani hidup berpoligami nanti. Tapi, akan setujukah kedua ibubapa zul nanti? ayaks...>______<. Apapun, kalau zul betul-betul mahu mencari redha Allah melalui poligami, saya yakin zul akan mendapatkannya.

    ReplyDelete
  3. Salam Ustazah..

    Harap2 penemuduga saya baik hati dan memberikan markah yang bail. Tapi apa2, ALLAH yang beri rezeki. Jika ada Alhamdulillah, jika tiada Masya-ALLAH mungkin ada kerja lain yang lebih baik untuk saya.

    Perkahwinan Salima dan Ustaz Syed tue kira ok daripada perkahwinan pertama ustaz Syed. Lagi sempoi tiada majlis seperti perkahwinan dengan salima, sangat sederhana. baju pengantin isteri pertama pun baju jubah biasa tetapi bagi saya sangat luar biasa dan sangat sempoi. Isteri pertamanya tinggal di Singapura dan ada anak 3 orang.

    Orang melihat ustaz dan artis tidak sepadan,, saya juga pada mulanya tidak senang dengan pasangan ini, tapi bila difikir2kan,, ini yang terbaik buat mereka yang telah diaturkan oleh ALLAH. biarpun orang tidak senang tapi ustaz tersebut yakin bahawa wanita yang dinikahi itu adalah sebaik-baik wanita yang layak menjadi isterinya untuk dibimbing. lagipun jika dilihat daripada profil salima, beliau mempunyai latar belakang agama yang kuat, pandai baca al-quran dan terlibat dalam sukarelawan sehingga ke palestin.Ini juga mengingatkan saya pada Aa Gym penceramah dari Indon berkahwin kali ke2 dengan artis juga dan menceraikan isteri pertama 2 kali tapi akhirnya rujuk semula dan hidup tenang2 saja.

    untuk saya pula, jika telah ditakdirkan dan dijodohkan untuk hidup dalam poligami, Insya-ALLAH akan diterima. penerimaan ibubapa boleh dipujuk2 dengan berhikmah bila tiba masanya nanti. cuma buat masa sekarang belajar untuk tambah ilmu dalam perkara yang berat pada wanita.

    P/S: Insya-ALLAH saya ke BBW hari selasa ini selepas menghadiri Seminar Bahasa Kebangsaan di KL. hehe. Proaktifkan cuti saya?
    Ustazah nanti mahu FB untuk connect2 di FB. hehe


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zulieqah...

      Kadang-kadang jodoh ini terkesan pelik kan? kadang-kadang sukar untuk dijangka, datang pula pada saat yang tidak disangka. Saya ada buat satu cerpen pasal jodoh yang datang pada saat yang sukar dijangka dan pada saat yang tidak disangka...hehehe!!!

      Jodoh Salima dengan ustaz Syed itu memang sudah tertulis di Luh Mahfuz, ya la, saya yakin Salima perempuan yang baik2,begitu juga ustaz Syed, apalagi dia seorang berstatus ustaz. Lagipun, perempuan baik untuk lelaki baik, dan lelaki baik untuk perempuan yang baik kan?

      Bila tiba masanya, jodoh akan datang. Zul usahalah dengan proaktif juga? hehehe....sarcasm. Betul, hati ibubapa ini, kalau kena dengan gaya pujukan berhikmah, akan lembut juga kan? Ibu mana, bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. In Shaa Allah Zul akan dapat yang paling terbaik, kedengaran macam klise betul ayat tu kan? dalam satu novel Ubaidillah, ada menyebut: kalau kita berusaha jadi baik(perempuan) jodoh kita juga akan berusaha menjadi baik. Jadi??? tinggal tunggu bagaimana langkah proaktif kita lah jawabnya...>________<

      Seminar Bahasa Kebangsaan? Seronoknya Zul. Memanng sangat proaktif. Saya teringin hendak sangat menghadiri bengkel penulisan atau malam penghayatan puisi.

      P/s: wah dengkinya, saya nak sangat ke BBW. Hairan juga keningau ini tidak pernah ada pesta buku besar-besaran. Saya rasa, di keningau ini banyak juga pecinta buku...huhuhu..

      Delete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...