Mampukah Malaysia mencipta hattrick untuk memenangi pingat emas bolasepak dalam temasya Sukan Sea 2013? Apapun, Malaysia harus menang dalam separuh akhir 19.Disember.2013 menentang Indonesia. Aku positif Malaysia mampu memenangi perlawanan ini, seterusnya menempatkan diri untuk beraksi dalam pentas final sekali lagi. Doa aku, semoga nasib menyebelahi Malaysia.
Tahniah, Malaysia. Tahniah para pemain bolasepak Malaysia, tahniah OKS kerana layak ke separuh akhir. Aku harap kelekaan dua minit terakhir sebelum wisel penamat tadi tidak diulangi oleh para pemain terutama pertahanan Malaysia. Aku juga mengharapkan agar OKS menurun ke-sebelasan utama yang paling kukuh, mampu bertahan dan mampu melakukan serangan berganda untuk meledakkan gol-gol penting negara demi satu maruah.
P/s: aku terlebih emosional, tanda sayang dan sokongan aku untuk bolasepak Malaysia. Sengaja aku menaip entri ini, sebagai kenangan untuk Sukan Sea 2013, apabila Malaysia layak ke separuh akhir. Ibu segala pingat kot...ini misi Malaysia mencipta hattrick dan mempertahankan ibu emas segala pingat. Cuma aku harap, kali ini Malaysia mampu menghasilkan gol paling cantik untuk menang bergaya kalau layak ke pentas final nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment