Agak lama juga menunggu buku ini sampai. Bacaan yang aku agak akan sedikit berat. Buku ini berkaitan sejarah falsafah.
Pada awalnya, aku tidak sangka ia sebuah novel sejarah falsafah. Jujur, aku terpikat dengan sinopsisnya.
Demi cinta, akan aku habisi. Aku tiada masalah dengan cerita sejarah. Tetap saja aku suka. Cuma, akhir ini, dunia kerjaku sedikit menekan. Jadi, aku mahu buku yang ringan untuk otak dan hati yang sakit. Tapi, itulah. Demi cinta; aku tidak boleh memberi alasan. Alasan itu cuma menerbit kejengkelan. Baik diri aku, diri orang banyak juga.
Semoga saja aku turut ada dalam misteri pencarian Sophia yang comel. Biar aneh merasuk diri. Kitakan, punya keanehan masing-masing. Ayuh! Mengaku.
No comments:
Post a Comment