Friday, June 9, 2017

Bulan Buku: Jun 2017

Lagi dan lagi. Tadi memandu ke Tung Ma ambil buku. Syukur, jalan tidak sesak. Akan baca selepas Srengenge. Ini kisah tentang ayah. Rasanya, sejak sebulan lebih sedikit berhajat mahu beli, cuma asyik tangguh sebab mahu beli buku lain dulu...(etceceh alasan makcik bikin ruwet saja...ping). Review daripada seorang pembaca lelaki buat aku nekad beli. Pembaca itu suruh sediakan sapu tangan kalau lagi membaca buku ini. Jadi, semalam lepas sungkai aku terus PM penulis untuk urusan beli buku. Lagi pula, mahu sokong penulis dari kelahiran daerah sendiri. Aku harap alasan ini boleh pakai.



P/s: Sekarang tengah tunggu buku Totto Chan Gadis Cilik Di Jendela. Aku rasa lama lagi baru sampai. Buku ini juga aku nekad beli hasil review pembaca. Sinopsisnya mengurat aku. Tapi alasan paling ampuh, kerana tajuknya yang menggamit itu. Comel bunyinya. Totto Chan, Gadis Cilik Di Jendela. Lalu jatuh cinta lagi. Kata Najiha buku ini mahal. Kerana cinta, aku buka saja dompet yang kian menipis. Keehoi!

Salam untuk jun yang cun.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...