Thursday, June 7, 2012

Projek Mural Hari Ke-11



Projek Mural hari ke-11 bermula dengan semangat berkobar-kobar, kenapa??? sebab hari ini nak gantung "Papan Kenyataan" sebagai final touch untuk projek mural fasa 1 kami.   Seawal jam 8 lebih sedikit, aku da gerak bawa kancil buruk aku tu ke RSK, beli sarapan.  Aku beli nasi lemak dan ayam goreng sebab hari ini kami bakal bekerja lebih keras sikit.  Sampai di sekolah aku lihat fatine da sampai, dan aku lihat juga Sirut *tukang kebun sekolah kami dibantu dengan Rosli*satpam(hehehe!!!) sudah mula memotong plywood dan less.  setelah sejam, akhirnya siap juga "Papan Kenyataan".  Tinggal tunggu Oboi bawa paku simen, sambil tunggu aku dan Fatine sarapan dulu.  At-last,  Oboi datang dan dia bagi free je paku simen tu.  Final Touch yang ditunggu akhirnya siap, aku gembira sangat, aku yakin Fatine pun gembira bila melihat "Papan Kenyataan" itu tergantung kemas di dinding.

TQVM Sirut, Rosli & Oboi
Apa yang aku tengok time ne aaa.....ayaks!!!

TQVM Sirut & Rosli......Papan Kenyataan 1....siap!!!

Final-Touch......hasil siap setelah bertungkus-lumus 11 hari...

Hari ini aku dan fatine membuat kerja secara berasingan, fatine meneruskan menulis beberapa tambahan mural, manakala aku pula membuat carta guru2. Tapi, lupa punya pasal....aku tidak dapat mengambil gambar, aku lupa bawa HP...barulah ni kali pasal telupa bawa HP, aku rasa kesal yang amat sangat.  Hari ini hari penting sepanjang 11 hari membuat projek mural ini.  Hari ini sepatutnya aku ambil banyak gambar2 penting.  tapi tidak apalah, aku da minta Fatine tolong ambil gambar untuk entry ini hari.

Carta Guru SKAK....jom kenal2....kepada guru2 SKAK minta maaf sebab ambil gambar kamurang diam2...gambar2 ini sia ambi masa hari raya Aidilfitri 2011, hari guru SKAK 2012 dan Spelling Competition 2010

Hari ini juga ada satu insiden lucu, kes telampau pandai...hahaha!!! hari ini aku cat papan kenyataan tu guna varnish*sepanjang hidup belum pernah aku buat kerja ni.  Masa buat lapisan pertama, hasilnya memang cantik, dan pasal ikut arahan dalam label*luar tin cat varnish, "untuk hasil terbaik, cat sebanyak dua kali"(lebih kurang gitulah arahannya), jadi setelah agak2 lapisan pertama tu da kering, aku dan fatine buat pula lapisan kedua, aku cat bahagian kiri dan fatine cat bahagian kanan, hasilnya, bahagian fatine agak beketul*pekat, mula tu aku ingat, pasal berus fatine sebelum tu basah. jadi fatine berhenti mengecat dan menyurh aku mengecat seorang.  Siap papan kenyataan 1, aku pindah pula pada papan kenyataan 2(papan kenyataan tu ada dua...Ok).  Aku mula proses mengecat pada bahagian kiri dulu, hasilnya agak baik dan cantik, tapi bila aku mula mengecat bahagian kiri, tone varnish jadi gelap, semakin cat semakin gelap tone varnish, kemudian aku terfikir,  alamak...kes belum kering sepenuhnya...hahaha.....sudahnya papan kenyataan 2, ada dua tone warna...da jadi macam lukisan yang mengguna pakai konsep pengcahayaan...hehehe!!! 

Cuba kamurang tingu tu varnish....tone sebelah kanan telampau terang.....hehehe!!!

 Balik rumah, bila aku cerita kat Abah dan Mama, durang bilang kena tunggu lapan jam baru boleh buat lapisan kedua, sedangkan masa aku dan fatine; cat untuk lapisan kedua, tidak sampai pun sejam...hahaha!!! ketara sangat tak tau apa2 pasal bab cat-mengecat.

Tapi...
hari ini aku gembira sangat, projek mural fasa 1 kami sudah siap 98%.  2% akan siap besok setelah proses varnish dan tambahan perkataan "LORONG INFORMASI" siap.  Esok projek mural fasa 1 kami akan siap 100%.  Terima Kasih Ya, Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami sepanjang menjalankan projek ini.  Terima Kasih Ya, Allah kerana menetapkan hati2 kami supaya istiqamah dan ikhlas dalam projek mural ini.  Aku yakin Fatine juga gembira.  Besok kami nak tolong buat mural kat pondok pengawal SKAK...korang tunggu pic besok ya....hehehe!!!

P/s: besok aku akan ambil lebih banyak gambar, untuk malam ini, layan dulu pic2 yang Fatine send via MMS*sebab line broadband yang lambat macam siput babi ini ok!!!...besok projek mural kami akan siap 100%.  Terima Kasih Ya, Allah atas segala berkat dan izin dariMu.
Hari ni kami siap kerja jam 5.15 p.m.....since 8.30(fatine), 9.00(aku)......

P/s: Teen, Well done dear....Kita Berjaya Kasi Siap Projek Mural Kita....TQVM my dear BFF

Lupa Punya Pasal = Projek Mural Hari Ke-11

Yuiii....lupa punya pasal......

Hari ini pasal lupa bawa hp aku tidak dapat mengambil gambar2 untuk entry penting ini.  Hari ini adalah hari paling penting dan kemuncak pada projek mural fasa 1, kami-iaitu aku dan Fatine. Hari ini final-touch untuk projek mural kami.  Hari ini "papan kenyataan" da tergantung dengan kemas, carta guru juga sudah siap.  Tapi, lupa punya pasal aku tidak dapat mengambil gambar.  Nasib ada Fatine, dia yang ambil gambar2 mural hari ini.  Frust sangat tadi, ini kalilah, lupa bawa hp merupakan satu kekesalan.  Apapun, besok aku ambi gambar banyak2, puas2...hehehe!!!

P/s: Fatine Lee, I dapat da MMS u tadi, x pa dear nanti kita beblutut ja bisuk....hehehe...niari best betul kan....tegantung suda "notice-board" kita.....cuma tu Varnish di "notice-board" bahagian kiri tu....terusak tone....hahaha!!! buli kena kira...teknik pengcahayaan kaitu aaa???....ayaks!!!

Projek Mural Hari Ke-10

Projek Mural Hari ke-10.....

Hari ini aku dan Fatine tinggal berdua menyiapkan projek Mural, 3 murid yang setia ada Kem Kerohanian, kelmarin mereka bertiga sudah memaklumkan lebih awal yang mereka tidak dapat membantu kami mulai rabu hingga khamis nanti. 

Hari ini aku dan fatine buat kartun berserta dengan frasa yang aku kira ia sangat 'ngam'* korang tengok besok la ya...*sekali lagi bajet ada readers yang sudi tengok2, jenguk2 dan baca2...hehehe!!! lebih kurang jam 2.40 p.m baru siap dan hari ini kami membeli barang keperluan untuk final touch projek mural ini.  Walaupun isi dompet masing sudah semakin berkurang*malah hampir tidak ada, kami adakan juga barang2 yang sangat diperlukan untuk final touch besok.  Tadi sedaya upaya aku tahan tangis lihat fatine sahabatku yang paling baik, tidak apalah, aku yakin Allah pasti mengurniakan rezeki dalam bentuk yang lain untuk aku dan Fatine. 

Tadi, walaupun isi dompet semakin ciput, aku merasa bahagia bila kami dapat membeli plywood, less, gam kayu dan varnish* rukut2.  Bahagia bila ada sahabat begini.....hehehe!!!

P/s: excited punya pasal, sampai lupa mahu ambil gambar tadi-bermaksud perubahan mural untuk hari ke-10....ada tambahan dalam pelangi senja....besok baru upload pic ya....besok lagi best sebab ada "final-touch"....tidak sabar tunggu besok....hahaha!!!

Malam ni, waktu menaip entry ini, aku tengah siapkan huruf2 dan pic guru2 untuk carta organisasi.  Fatine bilang, carta ni kita kena siapkan sebelum cuti.  Besok aku harap, semua yang kami rancang dapat berjalan dengan lancar.  Ya, Allah...Permudahkan Segala Urusan Kami...


Tuesday, June 5, 2012

Projek Mural Hari Ke-9

Hari Ke-9,  inilah hasil siapnya.  Projek Mural ini tidaklah sehebat mana, tapi ia menampakkan kesungguhan kami.  Itu yang membuatkan projek mural ini mahal harganya.  Esok nak buat papan kenyataan menggunakan plywood dan beberapa bahan lain, tapi itulah kena bergantung dengan kewangan,  sebab projek ini dibiayai sepenuhnya oleh aku dan fatine; sebagai projek perintis*bajet kalau ada peruntukan dari pihak sekolah selepas kejayaan projek mural ini.  Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.


Hari ini lukis bunga kat dinding...cuba tengok dinding semalam...


Practice Makes Perfect....Mural Pertama kami ni mungkin belum sempurna....

Pelangi Senja......kapula???

Pelangi di awan biru.....

Lorong Informasi hari ke-9

Nampak da perubahan pelangi senja ni...sila lihat pelangi ini dalam entry Projek Mural
Hari Ke-8...hehehe!!!


P/s: Fatine Lee.....TQVM belanja Nasi Ayam Honey Sweet tadi......








Monday, June 4, 2012

Projek Mural Hari ke-8

Hari ke-8 buat Mural, inilah hasil siapnya.  Besok kena kerja sikit lagi.  Rasanya hari ini sudah capai 90%.  Bermakna tinggal 10% lagi, projek Mural Part 1 ini akan siap sepenuhnya.  Tidak sabar menanti untuk sentuhan akhir projek Mural ini.  Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Lepas siap Projek Mural Part 1 ini, aku dan Fatine nak tolong buat Mural huruf kat Pondok Pengawal SKAK.  Kelmarin si Rosly (security) minta tolong kami buat Mural di Pondok durang. Wah.....macam ada tempahan pula....hehehe!!! dia bilang lama sudah durang minta tolong buat dengan guru yang mengurus hal keselamatan sekolah, tapi sampai sekarang belum ada tindakan susulan.  Well, bukanlah kami nak menunjuk rajin, tapi demi sekolah dan demi ukhuwah sesama warga sekolah.....are you agree with me Fatine Lee??? setakat menolong membuat Mural Huruf, itukan satu pekerjaan yang senang....gampang aja...ahaks!!!

Rosnani and Shirley.......khusyuk ka takut kena marah kalau lari dari out-line...hehehe!!!

Prisyilla and Fatine.....Penat kaitu geng???

Nie laitu Pelangi Senja.......Stacy Yo!!! belum siap sepenuhnya lagi nie...tunggu besok....!!!

Shirley yang khusyuk....Rajin ni budak.....kamurang tengok perubahan Pelangi Senja nie besok aaa...!!!!

Besok kamurang tengok perubahan dinding ni.....

Shirley......masih khusyuk cat huruf.....takut tekeluar dari out-line nanti kena marah....

Oboi......Check-Point!!! Pemantau ni.....(ada pula My kancil buruk.....hehehe)

Projek ini hampir siap, ada rasa teruja dan terharu sembunyi jauh dalam hati aku sebenarnya.  Besok sambung kerja lagi.......tidak sedar besok masuk hari ke-9......

p/s: Fatine Lee...nanti siap projek kita ni, kita pi makan KFC aaaa.....ayaks!!!

Sunday, June 3, 2012

Projek Mural

Hari ke-7 buat mural...baru ini hasil yang dapat.....Fatine bilang macam lorong TADIKA....hehehe!!! tadi aku bilang.....ini kan sekolah rendah...bukan sekolah menengah, jadi Mural begini masih sesuai....hehehe!!!

Bagi aku tidak kisahlah apa pun bentuk Mural itu, ia tetap sebuah seni, ia tetap sebuah pengorbanan, ia tetap sebuah usaha untuk mencantikkan sekolah.  Tidak kisah kelihatan apa pun juga bentuk dan hasil Mural itu, yang penting kami berdua telah memulakannya.  Kami tidak meminta penghargaan, apa lagi meminta kudrat rakan-rakan lain, siapa mahu bantu ya silakan, kami sentiasa mengalu-alukannya. 

Kami ikhlas melakukannya....

Mural ini belum siap sepenuhnya, masih banyak yang perlu disiapkan.  Tapi aku dan fatine yakin kami dapat menyiapkannya sebelum cuti sekolah berakhir. 

Cadangan kami, mahu jadikan lorong ini, lorong informasi.  rasanya cadangan dan usaha ini sudah menampakkan ia telah direalisasikan 80%.  Ia akan jadi 100% apabila projek ini siap sepenuhnya.  InsyaAllah....Ya Allah, Engkau Permudahkanlah usaha kami ini.

Lorong Marilah Menuju Kejayaan.........

Someday....Someway...Somehow....I Love You...huhuhu!!!!

Kasut buruk aku.......

jaga lorong ini ada bakal ada Pelangi Senja......Stacy Yo!!!

Lorong Tadika......ermmmmm...hehehe!!! Teen....Lorong informasi baini.....


Fatine bilang tadi....."ingatkan buat Mural kijap ja...rupanya take time pula kan Tie".  Memang betul my dear Teen, bukankah setiap pengorbanan dan usaha itu tidak menjanjikan kesenangan, ia memerlukan masa dan menuntut banyak waktu kita, aku bangga bila kau tetap setia dengan projek mural ini yang menuntut masa dan waktu-yang sepatutnya kau luangkan bersama anak-anak masa cuti sekolah ini dengan ikhlas dan semangat.  Semoga Allah membalasmu dengan sebaik-baik pembalasan Teen.

Saturday, June 2, 2012

Segmen Hidup

Ada masanya, dalam berdepan dengan konflik kehidupan, kita akan menentang arus; meruntuh tembok adat dan kebiasaan.  Saat itu, konsikuennya adalah berlaku penerimaan dan penolakan.  Samada mahu atau tidak, berani atau tidak, natijah itulah yang harus kita ambil dan telan; kemudian belajar daripadanya.


P/s: masuk hari ini, sudah 6 hari berturut-turut aku dan fatine dibantu beberapa murid (Nurul, Leyley, fildanis, Prisyilla& the gang[lupa nama murid(tahun 5) kami ni]) buat mural(Pic mural akan diupload mulai besok...hihihi...*bajet ada readers yang mau*sudi tengok2 dan baca2) di sekolah.  Semoga pekerjaan sukarela kami ini diberkati dan rahmati Allah.  Kami ikhlas.....

Aku rasa cuti sekolah kali ini paling bermakna sebab terisi dengan aktiviti yang aku kira ia memang bermanfaat......Ia buat aku lupa pada semua perkara sedih yang berlaku 2 minggu yang lalu......hehehe!!!!
Fatine Lee TQVM my dear BFF&FFL sebab jadikan cuti sekolah kali ini paling bermakna dan bermanfaat.....semoga pengorbanan kita demi sekolah diberkati dan dirahmati Allah.....


Sayang Kamu Selalu Teen.....

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...