Wednesday, February 23, 2011

Mode: :) Ikmal & Gang




Ikmal Budak Kecik Yang Tiut.....
























Aksi Comel Murid Islam Tahun 1 2011....Jagoan dari Kiri( gambar ke-2) Jasmil, Zulkhuzaime, Ikmal, Akmal, Mohd Azrey. Puteri Cantik Dari Kiri (gambar ke-2) Aliana Tasya, Nurezzetty, Zurainnizah, Hasya Farahiah, Nurfazila, Futtery, Sulinah, Fefiana Athirah.
























































Tuesday, February 22, 2011

Keindahan, Kelucuan dan Kesakitan menjadi GURU...

Menjadi seorang guru ada Indah, ada Lucu dan ada Sakitnya...tapi itulah keunikannya...menjadi seorang guru. Aku tidak mahu membahaskan mengenai pendapat sesetengah orang yang mengatakan tugas menjadi guru ini mudah, sebab bagi aku persoalan itu sangat subjektif; lagi pula, aku malas untuk bertekak dengan manusia-manusia yang mempersoalkan betapa mudahnya tugas guru. Bagi aku, adakalanya menjadi guru sangat mudah, selalunya ia sangat susah. Menjadi guru sangat indah tapi adakalanya ia menyakitkan, menjadi guru sangat lucu tapi selalunya ia sangat serius, menjadi guru sangat meruntun hati dan perasaan dan selalunya ia dibalas dengan kebaikan yang berpanjangan. Kesimpulannya, hanya mereka yang menjadi guru, yang tahu menjawab persoalan ini melalui persepsi masing-masing. ( bagi pendapat aku, bagi yang kurang bersetuju, aku mohon maaf). Bagi mereka yang tetap mempersoalkan mengenai tugas guru, biarkanlah mereka dengan pendirian mereka. Wahai golongan guru, kita pekakkan saja telinga dan teruskan dengan tugas penuh cabaran dan mencabar ini dengan dedikasi.
Untuk entriku kali ini, aku mahu ceritakan mengenai seorang anak murid tahun satuku yang bernama Ikmal. Ikmal, mengenang anak muridku ini, aku sering tersenyum sendiri. Keletahnya, perangainya dan cara dia bercakap. Badannya kecil sahaja, tapi kepalanya agak besar sedikit. Melihat kekecilan( sebenarnya kependekan dia...) mengenang aku kepada diriku sendiri...sebab aku juga dari golongan mereka yang ketot...hahaha!!!!
Ikmal....yang pelat
Aku teringat kisah bulan Januari yang lalu, ketika itu aku dan kawanku Jihah mengajar Jawi kelas tahun 1. Setelah mengajar murid2 tersebut menyebut huruf-huruf hijaiyah jawi, kami pun memberikan latihan kepada mereka. Aku dan jihah membimbing mereka membuat latihan tersebut. Aku membimbing Ikmal, entah kenapa aku tertarik untuk membimbingnya. Latihan itu meminta mereka untuk mengira jumlah huruf yang sama dan menulis nombor bagi setiap jumlah huruf yang sama. Aku ingat lagi ketika itu, aku menyuruh Ikmal mengira jumlah huruf "PA". Ikmal mula mengira huruf tersebut...
Aku: Ikmal, kira jumlah huruf "PA".
Ikmal: dalam pelat....Tatu...dua...tiga....tiga ustazah...
Aku: betul...Tiga...sekarang tulis nombor tiga.
Ikmal: (dengan jujur sambil memandang mukaku...)ustazah...taya tidak tau...numbur tatuuuuuu(Ikmal menyebut tuuuu...dengan agak panjang) ja yang taya tau......
Aku: menahan gelak...takut Ikmal lkecil hati dan dalam menahan gelak...aku berkata
" oh...bah mari ustazah pegang jari kau...ikut tangan ustazah aaa Ikmal"....
Sehingga sekarang, jika aku mengenang kembali cerita ini, aku tersenyum sendiri, dan kata-kata Ikmal sering jadi ikutan aku dan kawan2. hahaha....Ikmal2.
Ikmal Sudah Pandai....
Syukur Alhamdulillah...selang tiga minggu (pada perkiraanku) Ikmal sudah pandai menulis nombor dua dan tiga...aku dapat mengesan perubahan Ikmal ketika aku ditugaskan untuk "relief" kelas tahun 1, kawanku suzie yang sudi menemankan aku menjaga kelas tahun 1, memanggil Ikmal dan menyuruhnya untuk menyebut beberapa perkataan dan menulis nombor dua dan tiga...alhamdulillah Ikmal sudah pandai menulis nombor dua tiga. Ikmal menulisnya di udara, dan tulisan di udara itu, memang betul membentuk figure bagi nombor dua dan tiga, aku pasti guru matematiknya telah mencurahkan sepenuh tenaga mengajar Ikmal dan murid sekelasnya yang lain mengenal, menyebut dan menulis nombor. Indahkan...(sila baca perenggan pertama bagi memahami maksud tersirat bagi perkataan..."indahkan"... kalau tidak faham juga, buat2 faham kasi senang hati aku).
Kisah Ikmal...budak kecik yang tiut (ikut sebutan Ikmal)...
Rupanya Ikmal punya masalah pertuturan, begitu kata ibunya lewat pertemuanku dengan ibunya pada sabtu yang lalu (12hb). Dulu Ikmal selalu pergi review bagi menyelesaikan masalah pertuturannya. Tapi sekarang Ikmal sudah tidak lagi perlu review bagi masalah pertuturannya. Mengikut kata ibunya, doktor mengesahkan yang masalah pertuturan Ikmal sudah pulih, sekarang ini Ikmal review bagi masalah perkembangan. kasihan si Ikmal...budak kecil yang tiut. patutlah Ikmal pelat dan kecil....a.k.a pendek(padahal ibunya tidak pendek)
Anak-anak Murid....
Anak-anak murid tidak tahu bagaimana kasihnya kita kepada mereka. bagaimana penat lelah kita mengajar mereka. Seringkali pula mereka membuat kita marah dan kecewa.
Guru-guru....
Kadang-kadang kita sebagai guru pun tidak tahu bagaimana kasihnya murid kita kepada kita. Seringkali juga kita mengabaikan mereka sehingga membuatkan mereka ketinggalan, ada rasa kecewa dan rasa terabai.
Uniknya....G & M
Itulah uniknya menjadi Guru dan Murid....
tidak dapat dipisahkan...
ada Guru maka adalah murid...
ada murid maka adalah guru...

Sunday, February 20, 2011

Di Ruang Rindu

Di ruang rindu
Ada rasa sendu
Ada rasa yang hadir
Ada rasa yang mengalir
Sesak dan mengasak
Seakan ingin berteriak
seakan ingin meraung
Agar rasa itu hilang
Agar ia pergi jauh dari diriku
Membawa segala dukaku...

Misteri Pertemuan

Kelmarin aku meluangkan sedikit masaku menonton filem hindi "Hum Tum"...lakonan Rani Mukherji dan Saif Ali Khan. Sebenarnya bukanlah terlalu meluangkan masa, sebab tanganku ligat menulis RPH penuh(bermula dari Set Induksi hinggalah kepada Penutup) untuk LM. Jalan ceritanya agak menyeronokkan walaupun pada pendapatku ia masih berkisar seperti jalan cerita filem cinta lainnya yang endingnya sudah dapatku agak. Aku suka mengatakannya dengan menggunakan frasa ini, " typical love story". bagaimanapun, aku enjoy mengikuti filem ini. Kisah cinta di dalam filem ini mempunyai kronologi masa yang panjang untuk pasangan ini menyedari cinta mereka dan menemui cinta sejati.
Apa yang aku mahu ceritakan dalam entri kali ini adalah mengenai ayat/dialog Rani di dalam filem ini yang menarik perhatianku...
" kadang-kadang sekali pertemuan sudah mencukupi untuk menemui cinta sejati, kadang-kadang banyak pertemuan diperlukan barulah menemui cinta sejati"....
didasari kata-kata ini, aku suka untuk menulis title bagi entriku kali ini dengan...
"Misteri Pertemuan"
Setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perpisahan dimulai dengan pertemuan dan setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Begitu kata bijak pandai. satu kebenaran yang sangat nyata.
setiap hari kita bertemu dengan manusia atau orang, kadang-kadang tanpa kita duga. Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang sudah lama kita tidak jumpa, ia berlaku kepadaku, bertemu kembali dengan sahabat lamaku, semasa zaman remajaku di mana jarak waktunya adalah 19 tahun. walau di alam maya cuma, kredit harus diberikan kepada FB.
Terkadang kita bertemu dengan orang yang menyakitkan hati, yang menjengkelkan hati dan dan perasaan. Sehinggakan kita cukup muak, cuak dan benci sekali. Terkadang pula, kita bertemu dengan manusia sebaik-baik manusia sehinggakan kita sayang kepadanya, menghormatinya dan cukup menghargainya.
Kadang-kadang kita bertemu dengan manusia yang akan menghancurkan hidup kita, menyusahkan hidup kita sehinggakan kita ingin lari dari manusia itu sejauh mungkin. Kadang-kadang kita akan bertemu dengan manusia yang memudahkan kehidupan kita sehinggakan kita ingin dekat selalu kepadanya.
Sebab itu, aku suka untuk mengatakan ia adalah "misteri pertemuan"....
Jika kita memfokuskan pertemuan dengan soal jodoh dan cinta iaitu dalam erti kata mencari pasangan yang tepat, ayat ini ada kebenarannya yang tersendiri:
"kadang-kadang sekali pertemuan diperlukan untuk menemui cinta sejati, kadang-kadang banyak pertemuan diperlukan barulah menemui cinta sejati...". Aku teringat dengan kata-kata di dalam Filem "Cinta Kita" lakonan Sofea Jane...
" Cinta adalah kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat"
sekali lagi aku merasakan ada kebenaran bagi frasa ini. lalu aku cuba untuk menggabungkan kata-kata ini...
" kadang kala sekali pertemuan diperlukan untuk menemui cinta sejati, kadangkala banyak pertemuan diperlukan barulah kita menemui cinta sejati kerana cinta adalah kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat".(ceh...pandai2 saja aku menggabungkan dua frasa ini sebagai 1 ayat cinta)
Misteri Sungguh Qada dan Qada Allah. Maha Suci Allah yang menetapkan Qada dan Qadar manusia. Yang merancang pertemuan dan perpisahan atas kehendakNya juga...
Qada dan Qadar Allah. Ketetapan satu perkara ke atas manusia sejak azali. Oleh itu, andai pertemuan-pertemuan yang berlaku dalam hidup seringkali gagal dan megecewakan, redha dan bersyukurlah, hadapi dengan sifat Istiqamah dan Qanaah. Yakinlah bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat kita, kerana Dialah yang maha tahu segalanya.
Lalu ketika aku mengenang nasib diri lewat pertemuan-pertemuan yang berlaku dalam diari hidupku, aku tersedar akan kasih sayang Allah kepadaku yang sangat banyak. Bersyukur tidak terhingga aku kepada Allah, tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang. Memang diari pertemuanku, selalunya mengecewakan namun sebenarnya ia menunjukkan kasih-sayang Allah kepadaku, dengan menjauhkan aku dengan pertemuan yang bakal mengecewakan masa depanku. Terima kasih ya Allah. Doaku, agar diari pertemuanku selepas ini adalah pertemuan yang diredhai olehNya...amin.
Kata seorang kawan baruku...(kawan 1 LM dan 1 batch PLUMS, Cuma kos dia sains sukan dan kebetulan dia suami kepada kawanku, kak Ila)lewat bicaraku dengan dia apabila dia membicarakan soal jodohku... katanya, jodoh memang ada, samada cepat atau lambat...ya! aku menbenarkan bicaranya dengan menganggukkan kepalaku tanda setuju, lalu dia menyambung bicaranya dengan berkata begini yang membuatkan aku termanggu tapi disebalik senyuman...."jodoh kau sedang bergerak secara perlahan-lahan untuk menemui kau". aku terus saja meng aminkan kata-katanya dan dia juga turut meng aminkannya....(hahaha). moga saja kata-katanya benar. Aku juga sudah malas memegang title B****G ini (aku lebih suka mengatakannya sebagai my best feature.

Saturday, February 12, 2011

Aku Mahu Lihat pelangi


Tiba2 saja aku jadi sangat rindu untuk melihat pelangi, rindu sangat. Aku mahu melihat pelangi itu agar aku bisa melihat cahaya kerinduan, biasan ingatan dan keindahan persahabatan. Aku mahu lihat pelangi agar aku dapat melihat wajah sahabatku 18 tahun dulu, ketika usia masih belasan tahun. Aku mahu melihat pelangi agar aku dapat mengenang ukhuwah yang terjalin ketika usia mentah itu. Hari ini, aku mahu melihat pelangi agar dapat kutitipkan doa buat sahabatku dan menyatakan yang aku juga pada rindu padanya.

Pelangi2 alangkah indahnya
merah kuning hijau
dilangit yang biru
pelukismu agung siapa gerangan
pelangi2 ciptaan Allah...

tiba2 saja lagu kanak2 ini menari2 di otakku
lagu yang selalu dinyanyikan oleh anak buahku

Monday, February 7, 2011

KaU SaHaBat 1



Inilah kad raya paling lama dalam simpananku...pemberian dari kawanku itu....kad raya ini bertarikh 6.Mac.1993....sudah hampir 19 tahun...dan aku pasti dan yakin...aku tidak akan mendapat kad raya seperti ini lagi...tidak zaman sebelum wujud kecanggihan gadget seperti sekrg dan tidak pula di zaman gadget melulu ini.
teringat kisah bagaimana aku boleh mendapatkan kad raya ini...ia bermula dengan pemberian kad raya kepada kawanku ini....dan aku mendapat balasan kad raya dari dia.
dia menyuruh aku untuk berbangga...kerana aku merupakan orang pertama yang mendapat balasan kad raya dari dia... dalam seluruh SMA(sekolah kami) hanya aku saja yang akan dapat kad seperti ini...so..tidakkah aku patut berbangga....
aku tidak pasti adakah selepas tahun 93 itu...dia sudah mula membalas kad raya kepada kawan2 yg memberinya kad raya....sebab tahun 93 itulah kami tidak lagi pernah berjumpa sehingga sekarang. tapi pada tahun 93 itulah sewaktu usia kami 15 tahun....aku merupakan orang yang pertama menerima pembalasan kad raya dari dia...jadi...sekali lagi...tidakkah aku patut berbangga...setelah dia menyuruhku untuk berbangga....

Kau Sahabat 2

Ini pula Kad Raya yang kawanku titipkan untukku...bertarikh 6 Mac 1993. Sengaja aku upload dalam Versi bersama Sampul....kerana di belakang sampul ini ( aku terlupa untuk mengambil gambarnya) tertulis begini:
" Just open when your start to Smile "....
dan aku tersenyum sebelum dan selepas membacanya....hehehe!!!!

Mohon Pamit Sebentar

Inilah surat "mohon pamit sebentar" dari kawanku itu....sebentar yang tempoh masanya hampir 19 tahun...kerana surat ini bertarikh 25.10.1993...aku pun tidak pasti apakah kawanku itu masih ingat pasal surat ini....yang pasti kalau berpeluang ketemu sama dia...akan ku bawa surat ini supaya kami bisa untuk mengenang kembali kisah lama sambil ketawa....

Kau Sahabat 3



Inilah Kad Hari Jadi yang aku maksudkan...pada entri sebelum ini....pada 11.02.2011, usia kad ini akan genap 18 tahun...aku sangat sayang kad ini...sangat menghargai kata2 yang terdapat dalam kad ini...kerana aku tidak akan dapat kad seperti ini dari kawan2ku...bukan kerana mereka tidak bagus...mereka bagus...dan aku bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti mereka...and for god sake..kalau aku berpeluang berjumpa dengan kawanku ini, akan kuceritakan pasal kawan2ku ini kepada dia...
Tagline: kita tetap kawan...
dan kerana itu...aku merasakan satu kebenaran pada frasa ini:
....Kenangan Itu Kerinduan....

Kenangan Itu Kerinduan...

Aku salute dengan frasa ini...kerana ada kebenaran di situ...


Kemarin ketika aku membuka fb seorang kawan zaman sekolahku dulu...aku ternampak nama seorang kawan yang juga merupakan kawan sekolahku dulu, dengan cepat aku terus membuka profilenya...tp dengan satu tujuan utama...aku mahu mencari seorang kawan lama...tp yang tak pernah aku lupakan...tapi sayang aku tidak jumpa. aku masih tidak puas aku cuba lagi untuk menjejak dia....hinggakan aku terjumpa ramai kawan lama zaman sekolah dulu tapi aku belum cukup berminat untuk menjejak kisah mereka..bukan kerana aku sombong tapi aku benar2 perlu cari dia....kawan lamaku itu...dan setelah banyak FB yang aku buka ( sebenarnya aku check friend list drg...) akhirnya aku jumpa satu nama yang menarik perhatianku....ZUE RAMLEY....hati aku bilang inilah orang yang aku cari tu....tapi setelah aku buka Fb dan baca profile dan dalam masa yang sama melihat gambar2 dia...aku seperti tidak yakin...tapi 1 yang kenal sangat pada wajah kawanku itu...ialah hidungnya....dari dulu aku selalu bilang hidung dia seperti Sofea Jane....meringkaskan journey ku dalam mencari kawanku itu...setelah aku pasti itu adalah dia....akhirnya aku Add dia...dengan harapan dia cepat2 'confirm' dan aku harap aku akan dapat balasan dari...mulanya aku hampa...sebab....bila aku membuka semula fbku pada malam nitu...msh blm ada jawapan....tapi aku masih berprasangka baik....dan akhirnya dia membalasnya dengan sepotong msj..."r u siti saleha...." wah...hilang stress aku setelah beberapa hari ini perasaanku tidak keruan kerana risaukan LM'....terima kasih Ya
Allah kerana mempertemukan kawanku ini sekali lagi....".
Malam ini kami bertanya Khabar masing2....dan aku paling suka sekali bila mengutarakan frasa ini...."tell mewhat i had missed...."terharu aku....sebak ku tahan semahunya....dan banyak perkara yang kami 'missed' kami kongsikan....dan yang pasti dalam msj Fb yang agak panjang... kepingin sekali bertemu dengan dia...memang betul 'too many things we had missed'...
Luar biasa sekali qoda dan qadar Allah...mempertemukan kawanku ini sekali lagi walaupun di dalam fb cuma...teringat tahun 93 dulu...ketika hendak cuti akhir tahun...SRP...aku cuma dapat surat "mohon pamit sebentar"...soalnya masa itu kami berdua tidak berkesempatan untuk berjumpa buat kali yang terakhir....(kerana itulah terakhir aku berjumpa dengan dia) dan hari ini aku terasa satu kebenaran pada kata2 dia yang mohon pamit sebentar, kerana akhirnya setelah tahun 93 di SMAIP (Kg. Buang Sayang Papar)....dan tahun 96 (tidak silap aku...ketika dia menghubungiku melalui telefon rumahnya) akhirnya setelah 18 tahun tidak berjumpa...kami berjumpa semula di FB...wah kecanggihan dunia cyber!!!
Hari ini aku buka kembali peti tempat aku simpan kad raya thn 93...surat mohon
pamit sebentar dan kad harijadiku yg ke17....cuba mengimbas memori persahabatan yang pernah terjalin...dan seperti selalunya setiap kali aku membaca surat, kad raya dan kad harijadi ke17 ku itu...airmata pasti mengalir sebak...kerana ada seorang kawan yang menghargaiku dengan ikhlas dalam usiaku itu....aku simpan surat itu sebagai satu khazanah yang sangat bernilai...dan hari ini ia menjadi begitu bernilai...!!!

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...