Saturday, July 23, 2011

PenDam

PenDam RinDu
PenDam SaYang
PenDam Cinta
PenDam RaSa
Aku Diam-Sebab-Itu Lebih Baik

CouPle


True Love From True Soul
"The couple that fights the most is the one most in love. It shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fighting it means you stopped caring."

(quoted from somewhere)

PeSan LuQmaNul HaKim

 ♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥ "Wahai anakku, bila mana engkau mau mencari kawan (bersaudara), maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam keadaan marah itu dia bertindak bijak (bersabar) dan berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan, jika tidak demikian maka berhati-hatilah" (Luqman Hakim) ♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥

Friday, July 22, 2011

SENTAP PAGI; LaMbaT, KoMeN, NiTraT

late entry.....
Kejadian: Lambat datang & Koyak Minit Mesyuarat
Masa: Awal Pagi dan Masa Rehat
Tempat: SK UnSaVed

1 jam sebelum kejadian sentap:

Aku memulakan hari ini dengan penuh Antusias sekali.Tidak sabar hendak berjumpa dengan sahabat2 baikku di sekolah.  mahu berkongsi rasa gembira tentang keputusan sem akhirku dengan fatine,  suzie,  Jue,  dan jihah.  tidak sabar hendak memberikan 'big apple' pada fatine.  tidak sabar untuk bercerita dengan  mereka tentang pengalaman mistik di kimanis, tidak sabar bercerita dengan jue dan juga melihat anklenya yang injured.  Yang penting pagi ini,  aku bangun dengan perasaan Antusias sekali.

Sampai di Sekolah......(memang sudah lewat....7.40---.aku akui!!! No Doubt!!!)

Sk Ansip,  21. Julai.2011,  satu kejadian sentap terjadi di sekolah ketika awal pagi dan meleret-leret sehingga ke waktu rehat.   Tidak perlu ku ceritakan secara detail kejadian sebenarnya-dan apa yang berlaku sebenarnya-kerana ia melibatkan beberapa orang rakanku-kejadian ini sebenarnya masih boleh dielakkan andai manusia beretika itu mengambil sikap berlebih kurang-atau tidak dengan ego-menggunakan kuasa veto-dalam menjalankan tugasnya.   konsikuen dari tindakan manusia yang mendakwa dirinya beretika itu-yang aku kira-tidak adil-malah bersifat membabi buta-dan ada unsur balas dendam-khianat- maka kejadian yang boleh dielak-dan masih boleh berdiplomasi-tercemar dengan insiden yang kurang baik.   ia menghancurkan satu ukhuwah yang selama ini masih dipertahankan.

aku adalah salah satu daripada manusia yang terlibat secara langsung dalam kejadian sentap ini.   padahal aku tidak sama sekali menyangka bahawa hal ini bisa terjadi.   mungkin kerana aku sudah lama mengekalkan rasa hormatku pada manusia beretika itu-sudah lama bertahan dengan sikap dan sifatnya.  aku masih memegang konsep 'Hablum Minan-nas' ketika berhubung dengan dia.  kerana aku tahu,  dalam dunia kerjaku-aku akan selalu berhadapan dengan dia-malah akan bekerjasama dengan dia-sesuatu yang memang tidak boleh dielakkan-kerana di dunia kerjaku-setiap kami adalah satu pasukan-dan saling punya link dalam menggerakkan sesuatu kerja-di sekolah,  iaitu dunia kerjaku.  atas dasar itu,  maka aku terus mengingatkan diriku-supaya aku tetap saja mengekalkan rasa hormatku-walaupun ada satu masa satu saat-aku benar-benar rasa benci dengan cara dia.   Tapi,  kejadian hari ini,  benar2 membuatkan aku tersentap,  dan membuatkan aku tidak berdaya lagi mengekalkan rasa hormatku.   hari ini aku rasa maruah diriku tercalar dan dipijak2.  apatah lagi setelah manusia beretika itu mengatakan aku kaki komen(bukan aku seorang,  tetapi beberapa rakan lain) dan menghantar minit mesyuarat bertarikh 28.12.2009-dan meng 'highlight' namaku serta beberapa rakan-dengan merujuk bahawa aku dan 4 lagi rakanku-adalah kumpulan kuat komen dan komplen.   konklusi daripada tindakan kurang rasional itu,  aku balas dengan tindakan yang juga kurang rasional dariku-aku mengoyakkan minit mesyuarat itu-dan menghantarnya kembali di bilik pentadbiran.   klimaks daripada insiden-insiden kurang menarik itu-dan setelah aku tidak berdaya untuk membalas tuduhannnya mengatakan aku ini kuat komen/komplen- aku  menangis di PS.   aku menangis bukan sebab kalah atau takut pada dia-cuma aku geram sangat.   oleh kerana aku tidak dapat melampiaskan rasa geram itu-ia terluah melalui tangis marah.

kemudian aku terfikir,  dia sendiri tidak punya etika itu.   sekalipun dia mendakwa bahawa dia menjalankan 'etika'.   dan untuk memenangkan dirinya,  memenangkan kenyataannya bahawa dia kononya beretika dalam menjalankan tugasnya dengan penuh antusias,  dia telah meminta "Pembantu Tadbir' menaip satu surat,  surat itu namanya "Surat Kebenaran Keluar".  Maka di dalam surat itu,  dia telah mengisytiharkan dalam bentuk jadual tentang masa keluar dan sebabnya.   dan alasan2 itu,  bukanlah hebat sangat sehingga membolehkan dia keluar dengan mudah dan yang paling penting alasan balik awal itu,  sama sahaja dengan alasan2 yang pernah kami berikan sekiranya perlu keluar lebih awal dari sekolah-tidak lebih dan tidak kurang-walau satu ayat.  aku terfikir juga,  kalau kami(guru2) hendak dan perlu keluar awal,  kami tidak keluar secara sulit,  diam2-kami meminta keizinan dan kebenaran-seperti dia(manusia beretika)-kami juga dapat kebenaran.   aku rasa lucu bila melihat surat kebenaran keluar itu,  ku kira surat kebenaran keluar itu berupa satu surat khas secara rasmi-siap dengan cop rasmi sekolah-cop rasmi pejabat(PPD)-di tandantangani oleh GB dan Pegawai PPD En. Raisin-dengan ada kepala surat-mengikut format surat rasmi-dan menggunakan retorik bahasa yang penuh protokol-dan aku terus lucu melihat apa yang didakwanya sebagai "surat kebenaran" tidak lebih dari satu kertas A4 putih bersih-dan satu table-yang klausa2 di dalamnya hanya menjelaskan butiran2-   pada sekian haribulan-sebab keluar-hanya itu dan table itu juga kelihatan lucu-dan seperti baru pandai menggunakan MCWORD XP-entah PT sek- itu menggunakan perisian apa-2003/2007/Windows 7/Vista-sangat tidak mengesankan.   itulah natijahnya-kalau cuba menegakkan benang yang basah-setelah ketahuan-dia juga tidak mengamalkan kod etika-yang kononnya-dia amalkan.   Helah-bela-diri...yang ketara amat!!!

yang paling melucukan adalah...apabila dia merujuk minit 2009-  yang aku rasa kebetulan dia ada menghadirinya-dan aku pula tidak hadir-tapi kalau di rujuk pada kehadiran meeting-aku rasa aku masih menang-sebab dalam meeting sekolah-Staff,  Kurikulum,  KOKUM-dia jarang sekali menghadirinya-ada saja alasan yang dia berikan-malah pernah 1 hari GB mengatakan ini kepadaku-" Sepatutnya cikgu .........(tidak mahu mencemar blogku dengan namanya) kena hadir bah,  mana boleh dia tidak datang mesyuarat, sebab ada juga yang kita mau bincang pasal itu ......."-dan ketika itu aku hanya membalas kata-kata luahan GB begini- "biarlah bah cikgu,  mungkin dia ada hal"-dan perkara itu berakhir begitu saja tanpa penyelesaian-dan sehingga staff meeting baru2 ini-manusia beretika itu tetap juga tidak hadir meeting-apatah lagi meeting2 lain selain staff meeting.

kalau hendak diikutkan,  mahu saja aku bertukar menjadi apa saja,  asalkan punya kuku panjang supaya aku dapat mencakar mulutnya dan mukanya.   senang2 saja menjatuhkan maruah orang lain.  dan bila dia merasakan maruah dia tercabar,  nah...dia yang melatah menunjukkan kurang profesionalnya cara dia mendepani masalah yang dia sendiri cipta-sudahnya aku juga menjadi kurang profesional-sebenarnya kemarin aku boleh saja terus berjumpa dengan dia-dan bertanya pada dia secara diplomasi dan rasa hormatku pada dia-tapi dia telah lebih awal menginjak maruahku dan bertindak kurang wajar-lalu ku balas dengan cara kurang wajar-kerana kadang2 kesombongan perlu di balas dengan kesombongan.  aku jarang sekali mempraktikkan cara ini dalam kehidupanku-kerana aku masih percaya yang kesombongan dan kejahatan harus di balas dengan kebaikan-tapi setelah apa yang berlaku pada judith dan jue-maka aku tau bahawa untuk mendepani manusia dari jenis manusia beretika ini-aku perlu mempraktikkan cara jarang2 ini-kerana kalau aku bertindak wajar-maka dia akan makin menekan dan menginjak maruahku kerana dia akan merasakan kemenangan berpihak kepadanya-  itu yang aku terkesan pada sikap manusia beretika ini.  padahal,  adakah dia tahu...bahawa ramai manusia(guru) di Nabawan-masih mengata dan mengeji dia-masih mengingat kejahatan dia-kelancangan mulutnya-perangainya- dan macam2 lagi fiil atau ulahnya-yang bukan baik untuk dijadikan halwa telinga-tetapi menyentap hati bila mendengarnya.   sebab itu,  sebagai manusia,  tinggalkanlah kenangan yang baik agar-supaya bila masa kita pergi nanti-orang akan mengenang kebaikan kita-dan apabila mendengar cerita tentang kita-ia adalah perkara yang menjadi halwa pada telinga-dan mendamaikan hati.  

dan tadi....11.10am

aku dan Jue dipanggil oleh cikgu Raginah-sedari awal-riak muka-sudah ku tahu tujuannya memanggil kami berdua-dan yang buat aku kekal salute dengan cikgu Raginah adalah cara diplomasinya itu-membuatkan aku kasihan pada dia-dan itu lebih membuatkan aku semakin menghormatinya-dan katanya-dia menyampaikan amanat GB-sebab manusia beretika itu telah berjumpa dengan GB-manusia beretika itu mahu memanjangkan hal ini ke pejabat-(puii)-dan sudah semestinya GB mahupun cikgu Raginah tidak mahu memanjang-manjangkan hal ini ke pejabat-malah kelmarin-lewat perbualan telefon-antara manusia beretika itu dengan cikgu Raginah-dia dengan tegas menetapkan pendiriannya mahu melaporkan kejadian ini ke pejabat,   tapi bagiku ia lebih kepada egonya sebagai manusia yang lagaknya tak ubah seperti makcik yang melatah apabila diusik sergah-membuka langkah latahnya sampai tidak keruan-kasihan sungguh bila ego itu dicampur pula dengan rasa dendam membara dan marah yang membuak.   macam dalam drama "Pembalasan si Pitung" la pulok.......

manusia beretika itu telah meletakkan satu syarat kepada pendiriannya untuk tidak memanjangkan perkara ini ke pejabat-iaitu-Aku dan Jue-harus meminta maaf-dan Cikgu Raginah serta GB meminta agar aku dan Jue melakukan hal ini-satu keadaan yang tidak adil-cuma saja aku menghormati cikgu Raginah-tersepit juga-antara egoku dan permintaan cikgu Raginah yang ku anggap sebenarnya sebagai permintaan seorang ibu-demi Allah aku berasa tersepit-namun-untuk manusia seperti manusia yang mengakun dia beretika-aku sukar sekali menuturkan kata maaf-dan keputusanku-juga keputusan jue-lewat pertemuan enam mata tadi berakhir-dengan satu keputusan kurang menyenangkan- Maaf-Kami tidak dapat melakukannya-dan yang buat aku hampir menangis tadi-cikgu Raginah dengan lagak keibuannya-yang menyentuh hatiku-memelukku dengan erat-memeluk jue dengan erat jua. 

kalaupun nanti aku harus juga meminta maaf pada manusia beretika itu  demi menyelamatkan maruah GB dan Sekolahku-seperti kata cikgu Raginah tadi  bahawa masalah ini akhirnya akan berbalik kepada GB-demi Allah aku tidak berniat untuk menjatuhkan maruah GB- akanku  laungkan dengan selantang2ya-bahawa permohonan maafku bukanlah kerana aku takut dan aku kalah-dan sama sekali bukan kerana ia adalah syarat total kau  untuk tidak memanjangkan  perkara ini ke pejabat-demi  Allah saya sama sekali tidak takut berhadapan dengan Pegawai PPD-tetapi  kerana ia adalah permintaan Cikgu Raginah yang ku anggap sebagai permintaan seorang ibu.

Daftar kata:
1.   Nitrat= Minit Mesyuarat
2.   Manusia Beretika= Maksud tersirat,  Maksud berlawanan

---Kadang2.....
Kejahatan perlu dibalas dengan Kejahatan
Kesombongan perlu dibalas dengan Kesombongan
---Bahawa Yang Paling Mulia.....
---Adalah.....
Kejahatan dibalas dengan Kebaikan
---Selalunya.....
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali......

Wednesday, July 20, 2011

Akhirnya...Kini Pasti

Alhamdulillah....tiada kata yang lebih agung selain mengucapkan rasa syukurku kepadaMu Ya,  Allah.  

Akhirnya,  aku lulus dan layak bergraduat November nanti.  Alhamdulillah......

Terima Kasih Mama....Terima Kasih Mama...Terima Kasih Mama....Doa dan Redhamu mengiringi kejayaan ini.....

Terima Kasih Abah.....Terima Kasih Abah....Terima Kasih Abah.....Doa dan redhamu mengiringi kejayaan ini......

Terima Kasih teman seperjuanganku.....Yup,  Kate,  Puspa,  Azline,  Mar,  Kak Zainab,   Kak Sariah,  Rita,  Pelo, Azah,  Cip Joe,  Stephen,  Sani,  Ishak,  Jalal,  Rafian,  Paidin......kalian adalah sumber  inspirasiku meneruskan perjuangan ini....kita sudah berjaya melakukannya....Tahniah!!! 

Terima Kasih Sahabat baikku....Fatine,, Suzie,  Jihah,  Jue, Yup....sokongan kalian penguat semangatku.....

kejayaan ini begitu berharga.....

 

apapun...rasanya aku layak untuk TersenYum Lebar...dan berbangga dengan diriku.....

Tuesday, July 19, 2011

DiH & Ra

hari ini di sekolah awal pagi lagi dah rasa sedih.   nasiblah aku dapat mengawalnya dan berpura-pura happy di depan kawan2.   terubat rasa sedih dengan telatah kawan2 dan anak murid.  happy bila dah dapat muat saiz 36.   dan yang paling best,  aku dah ada koleksi Jubah Moden.   tadi dah merancang nak pakai baju jubah tu khamis nanti......

Monday, July 18, 2011

Wahai Sahabat, Apa Niat?: Sentap

PaDa KaTa
PaDa NaDa
DaLaM GuRau
Ada SenTaK
SamPai SesaK
AkU DiaM
TaPi SenYuM
DaN
KaU SenYuM...
Hari ini aku rasa tersentap sikit pada kata gurauan seorang kawan.   aku cuba tahan hati dan sedaya mungkin menyembunyikan rasa sentap itu.   syukur aku berjaya melakukannya dengan cemerlang.  Sempat juga otak syaitanku kefikiran yang mungkin dia merasa kemenangan sebab berjaya membuatkan aku perasan,  tapi cepat-cepat aku buang perasaan itu sebab aku masih menghargai dia sebagai kawanku.   Malah ukhuwah antara kami sudah terjalin lama.  Aku tidak tau setakat mana dia menghargainya.   Entah apa point dia menuturkan kata-kata itu tadi.   biarlah,  dan apa pun niat dan tujuannya,  aku memaafkan dia sebab dia adalah kawanku.....
wahai sahabat,  apa niat!

Thursday, July 14, 2011

MoHon KaSiH....

semalam aku tengok cerita "Laila Isabella",  lakonan Rosyam Nor dan Nasha Aziz.  sebenarnya secara kebetulan saja,  dan waktu itu...Dato SM SaLim nyanyi lagu ini.......rasa seronok pula,  lama tidak dengar lagu ne...sedap jadi halwa pada telinga.  Dato SM Salim cuma nyanyi sikit saja lagu ini,  cuma pada rangkap awal....maklumlah dia nyanyi dalam filem,  takkanlah nak habiskan lagu tu pulakkan....ini bukan konsert Dato.   jadinya,  terpaksalah aku mencari dalam Youtube.....

ku bermohon kasih
ku bermohon sayang
padamu wahai kembang
dalam rindu kasih
hamba tak berdaya
menempuh jiwa siksa

kasihanailah hamba
merayu sehingga merana
harummu menawan
hingga tertawan
menjadi igauan

duhai puspa sari
bunga kembang suci
menimbulkan berahi
hamba mohon kasih
harapan nan bersih
ku puja dikau saja

kasihanilah hamba
merindu balasan darimu
hatiku tertawan
tak dapat kutahan
engkaulah idaman

Komen Yang Gila dan Sadis

hari ini macam sial pula bila aku buka blog kesayanganku ini.   ada komen yang kuterima dari "Anonymous".   bagi aku orang yang menggunakan 'Anonymous' adalah manusia pengecut.   yang aku agak hangen sikit,  siap tanya "what have u done? u ada affair ngan 'orang pya'.   gila betul.   kalau boleh mahu saja aku tenyeh tangan ngan mulut si 'Anonymous' ne dengan lada- atau aku-lenyek saja manusia ini dengan Bulldozer,  biar mulut dan tangan dia tidak senang2 saja bercakap ikut suka hati,  Annoying betul si Anonymous yang komen pada entry aku,  'Mood tercalar'.  bukan bererti aku tidak dapat menerima kritikan atau pertanyaan gila macam tu,  cuma kalau hendak bertanya...agak2 la.   baca betul2 entry itu.   sungguh ne,  kalau aku jumpa si Anonymous ne-aku tumbuk muka dia.  dia ingat aku ne perempuan s****l  ka?  aku belum s****l untuk buat affair dengan 'org pya'.   bukan cara aku-merampas-buat affair dengan 'org pya'.   wahai si Anonymous,  aku mahu kau tarik balik apa yang kau tulis.....!   terasa mo tumbuk muka kau sampai lebam.....! Aku betul2 benci ngn komen kau dan aku tak boleh terima...hal lain aku sanggup terima,  kutuk aku sekali pun aku terima...tapi bila kau tulis komen macam tu,  aku memang tak boleh terima.......aku memang betul mo tumbuk kau!!!

Mood Yang Tercalar

semalam tidak dapat tidur,  jam 4.30 baru aku dapat tidur dan terbangun semula jam 5.15.  pastu,  langsung tidak dapat tidur.   syukurlah tidak mengantuk,  tapi tidak tau la kat sekolah nanti.   terbang kali semangat happy-cool-ceria aku sebab hal semalam.   Jiwa kacau,  Mood Yang Tercalar tiba2.   mungkin ada betul juga kali kata2 orang, kononnya kalau kita banyak ketawa maka kita akan menangis.   kenapalah jadi macam ne bah....

aku harap pagi ne,  bila bersama rakan2 dan sahabat2 'mood yang tercalar' itu akan hilang,  dan aku bisa happy semula  tapi aku kan selalu menipu tentang perasaanku.   nasib aku bijak menyembunyikan segala rasa gundah-gulana-sedih-dalam hati.   lagipun,  hal peribadi mana boleh dibawa ke tempat kerja.  nanti ku ceritakan pada fatine,  sahabatku yang paling baik dan mengerti aku.

kala taip luahan rasa di diary-Blog-Di Ruang Rindu ini pun,  aku menangis.  kata-kata lewat sms semalam buat aku hilang punca.  aku delete kata-kata sms yang berbaur rasa marah-cembura buta-dan berupa amaran.   aku faham sekali kenapa 'si pengirim-sms' tekad sent kata-kata itu.  aku pun perempuan-jadi aku faham apa yang dia rasa-dan aku telah meletakkan-diriku pada tempatnya-dan aku sangat faham-dia bertindak seperti itu.   cuma,  aku rasa sedih sangat-terasa yang aku ini perempuan tiada harga diri-padahal-aku masih-dan selalu cuba mengekalkan harga diriku.

Wahai Sedih-cepatlah hilang-aku mahu happy!!!
                               

Wednesday, July 13, 2011

S.M Salim -Mohon Kasih



Susah....

susah untuk bercakap dengan Hati....
baik lupakan saja
sebelum aku yang mati
baik diam saja....


Jiwa Kacau,  Mood Cool yang tercalar tiba-tiba....


cukup

Sedih.   Terkilan.   Sentap.   Mood 'cool' tadi hilang tanpa radar.   aduiyai...kenapalah jadi macam ni pula.  tolonglah aku malas fikir hal2 macam ni dah.   buat hilang selera saja.   cukup sekali tu saja.  doaku,  agar kau bahagia.  jaga diri kau baik-baik!  terima kasih......

My Plan 140711

My Plan.....besok 140711

SaRung BanTaL....
besok aku nak gi beli kain untuk buat sarung bantal.   saja nak tukar sarung bantal,   aku ingat nak beli saja sarung bantal yang da siap,  tapi corak kain sarung bantal yang pasang-siap,  kurang cantik pada pandangan mata aku la.   lagi pula-bantal aku tu-agak kecil sedikit dan sarung bantal yang ada di kedai tidak fit dengan saiz bantal tu.  satu hal lagi,  takkan la hendak membuat sarung bantal pun aku tak mampu.  well,  aku rasa ini masa yang tepat untuk membuat sarung bantal baru.   hand-made gitu.  baru terasa puas hati yang amat.

MaNik...
selain nak beli kain untuk buat sarung bantal,  aku nak beli manik.   sudah lama tak  memanik baju.  tapi bukan memanik untuk baju aku.   kalau untuk baju aku, emm....malas sudah!  kali ini aku buat sebab kawan kepada adik aku meminta aku untuk memanikkan bajunya.   well...hendak menolak tapi tak sampai hati pula,  lagi pula kawan dia cakap,  " dua tahun sudah si Atie tidak kasi manik baju saya"....so...itu yang buat aku tak sampai hati.   untuk senangkan hati dia,  aku terima saja permintaannya,  lagipun dia bayar upah...hehehe!

NoVel Twilight Siri SAGA: Cinta baru
"Besok nak beli novel ini la".....hari tu aku da usha novel Twilight ni,  hajat hati nak beli cuma waktu itu duit aku tidak cukup untuk membelinya.  jadinya aku beli 1 saja dulu,  Twilight : Senjakala.  Siri Saga Novel Twilight ne ada 4,  dan aku bercadang untuk beli semua Siri Saga novel ini untuk koleksi.  satu novel yang aku mahu cari,  "Egois".  dulu aku ada novel ni,  tapi ada orang pinjam dan dia tidak memulangkannya kepadaku.  aku pula jenis yang tak reti untuk minta balik,  tak apalah nanti aku akan berusaha untuk cari juga novel ini.  mana tau ada di "Popular"(KK).   sejak habis belajar,  aku kembali kepada minat dan kegilaanku pada novel,   time belajar dulu aku terpaksa melupakan minat,  kegilaan dan keterujaanku pada novel.  aku akan merasa sangat bersalah jika membaca novel sedangkan aku tidak membaca buku2 ilmiah sejarah dan geografi dan juga nota-nota pensyarah.   so,  it's my time...revenge....!


                      aku harap semua berjalan lancar esok.....

Ada Syarat Ja ba: Saya Isytihar Maaf!!!

hehehe....hari ne makan KFC lagi,  ada orang belanja.  namanya juga kena belanja,  so itu offer baek punya.   sungguh pun aku bukan peminat tegar KFC,  tapi dah ada orang nak belanja,  aku rembat je la.   lagi pun,  sekali-sekala hang out dengan kawan2 seronok sebenarnya.   sebab,  bukan selalu dapat lepak sama2,  memang jumpa di sekolah tapi lain la bah...kalau lepak di luar.  

                      hang-out wif Jue,  Ami and   Budaq yang datang lambat....en Sives

hari ini,  aku menulis bagi mengisytiharkan permohonan maaf,  pada mamat sorang ne.   akhir2 ini selalu sangat minta belanja dengan dia...hahaha.   padahal aku bukan serius pun cuma bergurau saja.  da macam membuli pun ada.   at the 1st time aku minta belanja dengan mamat tu kat kantin,  ia adalah konsikuen dari mesej (inbox) yang dia send pada sorang kawanku,  jadi aku cuba untuk menterbalikkan keadaan itu,  so sebagai feed-back dari mesej itu,  aku approach dia dulu dengan meminta dia membayar harga makananku. since that moment,  kejadian 'minta belanja' ne menjadi2 la pulok...hahaha......kesian pula dengar cakap mamat tu tadi,  ....."ada syarat ja" hahaha....

Pada mamat berkenaan,  saya minta maaf banyak2.  langsung tiada niat meletak apa2 syarat.  bergurau saja bah....sebenarnya saya ikhlas tolong,  da namanya pun kawan.   but,  since..ada klausa "belanja" pada butiran ayat...bah..itukan satu offer yang baik...hehehe!..bah....lepas ini,  tiada lagi istilah 'minta belanja' sebagai syarat aa....huhuhu!!! siou kio...! apa pun,  saya minta maaf ya....saya secara rasmi mengisytiharkan permohonan maaf (>__<)....nanti saya belanja satey rahmat and bakso/soto t***l plus Rojak....sebagai tanda minta maaf.

p/s....kalau mo minta belanja,  jgn in4m or inbox sama org lain...trs in4m/inbox pada yg empunya diri...ahaks!!!

Tuesday, July 12, 2011

Friendship: Never end....

Hari ini waktu akhir persekolahan,  aku menalipon Jue,  kawanku yang cantik gorgeous.  waktu itu dia berada di kelas tahun 1.   aku minta tolong dari dia supaya bertanya pada hubbynya pasal office hour CIMB.   oleh kerana masih ramai guru + guru pelatih di staff-room,  maka aku terpaksa menggunakan bahasa 'P' untuk mengelak dari ketahuan urusanku dengan Jue.  Aku malu dan aku rasa orang lain tidak perlu tahu.   yang buat aku gembira,  Jue sudi menemankan aku ke CIMB.  padahal jue tidak suka ke sana,  sebab tempat itu boleh buat dia rasa canggung.  Kebetulan dia mahu lunch dengan hubbynya.  so,  aku tidaklah merasa terlalu bersalah.   hehehe......

sebenarnya,  antara aku dengan Jue baru saja mula terbiasa,  namun persahabatan itu terjalin dengan baik secara natural,   malah kami sudah berkongsi sikit-banyak-kisah-lepas,  malah cerita-cerita yang terkandung rahsia sulit.

kemudian aku terfikir yang aku beruntung sebenarnya,  sebab aku selalu dikurniakan dengan kawan2 yang baik,  fatin,  Suzie,  Jihah,  Zue (Sk Surati) dan latest Jue.   cuma saja (pada akula....) aku kurang ada lucky dalam  cinta....cis....hehehe!!! buktinya sangat mudah....since 2006-2011...andu bah...."F" saja.

apa pun aku berharap agar persahabatan antara aku,  fatin,  Suzie,  Jihah,  Zue  dan Jue...akan kekal selamanya....dan aku mahu kalian tahu yang aku sangat berterima kasih punya sahabat seperti kamu....Aku tabik spring sama korang!!!!



Bahawa persahabatan itu
punya nilai material yang mahal
tidak terbeli oleh kuasa mana pun


Monday, July 11, 2011

KaLau Aku


Kalau cupid itu milikku


maka dengan gagahku


akan ku panah saja pada sang Rajul itu


kalau sakti itu milikku


maka dengan senangku


ku berbuat semahuku

tapi aku bukan


lantas


jangan pernah kau ajukan


tanya penuh bias


sudahku katakan


itu bukan mahuku


bukan....

Sunday, July 10, 2011

Kenangan Itu Kerinduan


Kenangan Itu ada di situ
kekal
di situ
jauh
mekar
di situ
biar
kekal
mengakar
tekal
 jangan diganggu....


New Gadget For Arah Qiblat: Hati

hari ini ketika aku 'blog walking' konon-konon cuba menjejak cerita baru 'orang itu' dan mahu melihat kelainan dan cerita yang ditonjolkan oleh para bloggers dalam blog mereka,  tiba2 je aku sangkut sekejap pada satu blog " Ini Kisah aku",  nice blog...penulisnya masih muda tapi aku suka pada cara dia menulis setiap kisahnya.   aku tertarik pada satu entrynya yang bertajuk " cara baru tunjuk arah kiblat".   wah...aku berkata dalam hatiku...  "ada gadget baru kali ne tau" dan aku meneruskan bacaanku dan....hahaha....cerita yang ditulisnya membuatkan aku gelak habis.  lucu sangat....dan korang nak tau apa gadget baru dalam menentukan arah kiblat seperti yang diceritakan oleh penulis blog itu.....dengan menggunakan "piring Astro"....hahaha.....aku kira apalah cara baru itu,  sampai-sampai aku ingat sudah ada gadget baru yang lebih canggih hasil inovasi dari gadget yang ada sekarang....dan kononnya aku kira,  kalau betul ada,  aku mahu membelinya tapi lain kejadian....konsikuennya....'jangan tunjuk pandai kalau tidak tau'...katakan saja begini,  "maaf ya bang...saya tidak tahu....tapi nanti saya tolong tanyakan pada tuan rumah....".   rasa aku la,  jawapan itu lebih mulia dari berpura-pura tahu sedangkan tidak tahu.  akibatnya,  hanya memalukan diri sendiri.  padahal...(yang betul2 buat aku ketawa) si bloggers tu sampai jatuh minat pada gadis bertudung labuh ( tempat si bloggers tanya arah kiblat) siap ada hati nak jadikan gadis bertudung labuh itu sebagai calon isteri....sebab apa??...kepandaian dia(gadis) dalam menentukan arah kiblat dengan hanya memandang ke atas....dan pada perkiraan (hati) si bloggers itu...."wah...hebatnya...dia pandai tentu arah kiblat berdasarkan arah matahari...boleh jadi calon isteri ne".....padahal yang sebenarnya.....gadis itu merujuk (dongak atas) kepada piring Astro.....dan ketika itu,  si bloggres itu masih tidak faham.....sempat bertanya...."adik...boleh saya tau macammana adik tau....??? (gadis)....." tu piring Astro".....hahaha.....sampai saat ini aku masih senyum.

oh ya...berbalik pada tujuan utama aku 'blog walking' hari ini...aku sebenarnya cuba untuk menjejak semula 'orang itu'...cuma mahu tahu perkhabaran baharu tentang dia.  sudah sebulan lebih selepas pernikahan dia.  entah2 sudah ada khabar gembira(wink).  cis...kenapalah aku mahu menyibukkan diri.  entahlah...tiba2 hari ini aku teringat tentang dia.  kata nenek kepada sahabat cantikku....Zue...kalau kita tiba2 teringatkan seseorang,  maka orang itu sedang rindu dengan kita....(apa-apaan kau ni atie...ko cari nahas dengan memikirkan dia...well kawan2 jangan salah sangka,  aku bukan wanita gila yang kejam mahu merampas kebahagian kaum sejenisku...aku belum senekad,  segila apalagi sekejam itu).  cuma satu masa dulu, dia pernah jadi kawan aku...malah aku yang membuang persahabatan kami.  jadi aku cuma mahu tahu khabar dia dari jauh dan cuma untuk sekali ini saja...itu pun kalau aku betul2 berani membuka blog dia...).

ternyata ketika aku cuba menjejak dia semula dalam fb,  aku gagal.  malah ketika aku cuba mencari namanya dalam friend list kawan2 dia pun,  aku gagal...(ke mana sudah dia)...tapi aku bersyukur sebab aku tidak menemukan dia di Fb...sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan aku dari rasa sedih yang aku cari sendiri...mungkin dia sudah menukar namanya dengan nama lain... bagus untuk aku...supaya tanganku tidak gatal...cuba menjejak dia lagi.....ceh....!!!

aku tertanya2 juga,  blog dia masih aktifkah?? ternyata....aku belum cukup berani...mungkin rentetan dari kegagalan mencari dia fb menyebabkan aku tidak berani untuk menjejak dia dalam blog.   apa pun hari ini adalah penyaksian yang mungkin saja belum cukup kuat,  bahawa aku sudah makin pulih dari rasa "F"...(puiiii)...hehehe...i hope.....semoga saja aku bisa menemukan kebahagian,  dan kalau pun aku tidak menemukannya di sini,  aku tahu Allah telah menetap qada dan qadar yang terbaik untukku....maka aku harus lebih tabah dan yakin....

Wednesday, July 6, 2011

TanDa TanYa....

kadang-kadang kita terlupa betapa perlunya kita bertanya pada seseorang pada sesetengah perkara.   apatah lagi kalau kita sangsi pada jawapan yang bakal diterima sebelum membuat keputusan untuk bertanya.   mungkin disebabkan ego maka kita selalu membiarkan sebuah pertanyaan tanpa mendapat jawapan yang benar-benar pasti.  akhirnya,  kita terus tertanya-tanya.  padahal kalau kita punya sedikit kekuatan dan membuang sedikit saja ego dalam diri,  mungkin kita akan menemukan jawapan pada pertanyaan kita sendiri.   jawapan yang bakal diterima mungkin saja membuatkan kita gembira dan mungkin saja tidak.   apa saja jawapannya,  ia tetap akan meninggalkan kesan pada diri kita.  Beranikan diri,  belajar untuk mengekspresikan diri tentang apa yang kita rasa dengan cara diplomasi.   Belajar untuk menghargai kerana kita mungkin akan kehilangan detik-detik indah dan bahagia dalam hidup.   jangan biarkan pertanyaan terus dalam misteri.....

Saturday, July 2, 2011

Sk. Ansip: LaRian 1M1S1M

Terlaksana sudah Larian 1Murid 1Sukan....1Malaysia....cuma aku kelewatan sedikit dan agak kusengajakan...hehehe...tapi rasa rugi pula sebab tidak sempat ikut member2 dan murid2ku berlari......ceh...aku yakin sangat yang member2ku bukannya lari tapi jalan2 sambil santai2..hihihi.   Sebenarnya kelewatan yang kusengajakana itu,  bukanlah bermakna aku tidak mahu ikut berlari...cuma aku ingat aku boleh sampai ke sekolah sebelum 7.45...

tadi....di sekolah....

emm...agak seronok juga...melihat anak2 murid happy dan menari2 di pentas dewan.  malu2 tapi masih bersemangat....aku rasa kalau latihan tarian itu dibuat dengan sungguh2 pasti lebih hebat....hehehe!!! sebelum acara tarian,  ada seorang anak muridku yang namanya Al-Mudith yang selalu ku panggil Awi saja sedang rancak menari shuffle....hebat jugak tarian dia....dengan music rancak dia tanpa segan menggoyangkan badan bershuffle mengikut rentak music.  selain Awi,  si Bob juga tidak ketinggalan tunjuk bakat....lucu tengok dia menari....sampaikan Gb sendiri pun merasa tertarik...

Ku lihat muka GB ada senyuman dan wajah dia ada riak bangga.   Sejauh mana senyuman itu adalah senyuman bangga dan sejauhmana dia bangga dengan kejayaan melaksanakan larian itu dan tarian itu seperti mana kehendak dan mahunya dia(GB) aku tidak pasti.  atau mungkin aku saja yang ada firasat itu....

lucu sangat masa ucapan GB....
lucu sangat masa sesi liputan GB bersama Judith....

oh ya...sekolah lain di daerah lain....mungkin saja tiada acara tarian segala....tapi banyak yang buat senam-'robik....Poco2...kesimpulannya....bagiku...lain sekolah lain cara pengisiannnya....dan walau apapun...jauh di sudut hati...aku tetap bangga dengan apa saja cara pengisian acara larian 1murid 1sukan 1 malaysia di sekolahku...biarpun aku rasa lucu!!!

apapun yang terjadi hari ini.....

Semua sekolah rendah di Keningau telah melaksanakakan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu dengan jayanya dan dengan cara tersendiri...samada banyak atau sikit semua guru telah menujukkan komitmen dengan menghadirkan diri dan bersusah payah mengawal murid menjaga keselamatan murid sepanjang larian itu berlangsung....tidak dilupa pada ibubapa yang turut hadir dan lari bersama anak2....

rasanya....hasrat KPM dan PM telah terlaksana....berjaya?? signifikan??berbaloi??
bagiku...ia berjaya.....Penyatuan kepada satu Komuniti Sekolah (Guru dan Ibubapa)....dan NGO....entah di sekolah lain....tapi di sekolahku....ia berjaya menyatukan kami...maksudku....penyatuan bersama ibubapa...malah ada RELA....sudah lama ukhuwah itu tidak terjalin.....jarang!!!


Friday, July 1, 2011

2 Julai: Mari Lari2 dan Jalan2....

Hai Julai....kau datang lagi dalam tahun ini.....

besok....2 Julai.....Larian 1 Malaysia.....

maka semua sekolah sibuk menyempurnakan hasrat KPM dan PM itu.....
maka akan ada hari ke enam dalam waktu bekerja.....
maka ada yang akan berlari anak atau berjalan santai.....
gembira bersama rakan.....
sembang sakan sambil lari-lari atau jalan-jalan.....
tertanya pengisian acara itu di sekolah lain di Zon Pegalan??
di daerah lain?? malah di Sarawak dan Semenanjung sana??
samakah seperti sekolahku ini??
ada acara tarian selepas larian....
atau mungkinkah sekolahku saja...
terlebih semangat....
terlebih kreatif...
terlebih aktif...
tapi itulah hasrat GBku...
itu kemahuannya...
maka kami guru2 sk Ansip
sedaya kuat
tunai hasrat...
.........kurang siok ingat esok......!!!

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...