Lama betul tak tulis ceita baru kat blog kesayanganku ini. tiba-tiba rasa rindu pula. tanpa sedar cuti pun dah nak habis, hitung punya hitung tinggal 8 hari saja lagi baki cuti sekolah akhir tahun. tanpa sedar juga, kita sudah hampir pada penghujung tahun 2011. mengimbas kembali tahun 2011 ini, aku akui ia tahun yang paling indah untuk dikenang. banyak memori indah dan bermakna terukir dalam tahun ini. banyak perkara baik yang berlaku dalam tahun ini. salah satunya adalah hari konvokesyenku yang berlangsung 29 Nov lepas. Rasa syukur tidak terhingga kupanjatkan pada ILAHI Ya Rabbi di atas kurniaan tahun yang indah ini. sesungguhnya semua kenangan indah dan takdir yang baik ini adalah atas kurniaanNya juga.
sekarang ne kan...aku jadi pengikut setia kepada seorang blogger bebas dan penyanyi dalam youtube. Encik Mimpi, begitu dia menggelarkan dirinya baik di dalam blog, FB dan juga Youtube. satu lagi yang buat aku tertarik adalah lukisannya yang comel itu. selalu saja buat aku tersenyum sendiri malah tergelak. Encik mimpi misteri sangat orangnya. aku paling suka lukisan yang dia selalu post dalam Fb. sebelum terkenal encik mimpi melalui video nyanyian dia dalam Youtube, aku juga pengikut setia blog sahabat cantikku si Luna Zura a.k.a Luna Bru. Dua manusia ini punya nilai seni yang tersendiri. apapun aku harap mereka akan terus sukses selalu.
aku pula....untuk penghujung tahun ini, kutanam satu azam dan nekad untuk menyiapkan Novelku yang entah layak atau tidak ia digelar sebagai novel. aku juga berniat untuk menghantar karyaku itu pada FAJAR PAKEER SDN. BHD. aku tidak mengharapkan manuskripku itu diterima oleh pihak mereka. Hanya sekadar mencuba dan kalaupun manuskripku itu tidak diterima aku sudah cukup bersyukur kerana sudah ada dua orang pembaca pada karyaku itu. Malah sahabatku si Luna Zura mengiktiraf ia adalah sebuah novel. itu sudah cukup sekalipun kalau di pihak profesional mereka hanya menganggap karya sulungku itu adalah sebuah novel picisan serupa sampah.
semoga Allah memberi ruang dan mempermudahkan jalanku. Amin Ya Rabbal Aalamin
No comments:
Post a Comment