hari ini dapat perkhabaran kurang baik yang sebenarnya sangat menyentuh hatiku. hari ini dapat perkhabaran yang sepupu pertamaku Allahyarham Mohd Jawawi Jahamin kritikal dan selang beberapa minit dia dikhabarkan sudah meninggal dunia. tersentuh sangat hati aku mendengar berita ini. banyak memori indah dan lucu bersama arwah yang ku kenal dari zaman kecilku lagi. waktu mendengar khabar dia kritikal bersungguh2 aku mendoakan agar dia diselamatkan dan meminta agar Allah memanjangkan umurnya, namun Allah lebih menyayangi dia. Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa arwah sepupuku, Kau tempatkanlah dia bersama roh orang2 yang beriman. tak sampai hati aku melihat makcikku tadi. sudah dua kali dia kehilangan anak kandungnya. Wawi....semoga kau tenang di sana.
waktu zaman kecil dulu, arwah Wawi paling lucu. aku teringat waktu dia baru mula hendak bercakap. seingatku dia macam agak lambat dapat bercakap, kalau dia bercakap yang kedengaran dari mulutnya hanyalah perkataan yang rrrrrrrrrrrrrr...lebih kurang rererreereeerreeee.....hahaha...dan itulah yang dia maksudkan bahawa dia sedang bercakap dengan kita, padahal tiada satu butiran percakapannya yang dapat difahami. Aku teringat lagi, waktu kami masih kami kecil, aku tunjukkan pada dia telur separuh masak yang aku dapat dari mama, aku sembunyikan dalam kain baju ku dan mengunjukkan pada dia....
"Wawi...tengtengteng...na..cuba kau teka apa ini?"
"apa itu...." tanya wawi sambil memicit telur itu sampai pecah dan perbuatan arwah buat aku maraj dan menangis. masih aku ingat betapa cuaknya arwah waktu itu sampai2 dia pulang ke rumahnya....
betapa kenangan itu terasa macam sedih bila diingat semula setelah pemergian arwah.....
RIP Wawi....Semoga Allah merahmati kau selalu....
Bismillahirrahmaanirrahiim
ALhamdulillah hi Rabbil Aalamiin
Ar-Rahmaanirrahiim
Maalikiyau Mid diin
Iyya kana' bubu wa iy yaa Kanas taiin
Ihdinas si roo Tol Mustaqiim
Siroo Tol Laziina an am Ta alaihim
Goiril maghduubi alaihim
Walad dooooool liin
Aamiiin........
Ku hadiahkan al-Fatihah ini buat arwah Jawawi Jahamin dan Kepada seluruh ahli keluargaku....
No comments:
Post a Comment