Wednesday, February 29, 2012

TAHUN LOMPAT

Mode: Mahu Melompat.....
Jam: 8:19 pm
Kondisi Perut: Minta Nasi berlaukkan telur + Kicap


Tahun Lompat.....29022012 Rabu.....4 tahun dari sekarang barulah kita berjumpa semula dengan tarikh 29.02....bagi yang meraikan Harijadi pada tarikh lompat ini,  selamat hari jadi buat kamu semua. 

Hari ini hari terakhir dalam bulan FEBUARI. 

Dan....

sesuatu yang aku tunggu bakalan terjadi sejak tahun lalu dalam bulan ini nampaknya tidak berlaku.  Aku redha dan qanaah dengan ketentuan Allah.  Aku sangat yakin Allah hanya postpone dulu perkara itu. 

Tentang Cinta

Mode: Rindu Setengah Mati*again and again
Jam: 7:45 pm
Kondisi Perut: Mau Makan Cheesy Wedges*ada yang mau belanja saya?

Malam ini aku rindu sangat dengan seseorang.  Sejak aku tahu sesuatu tentang dia*dia dah ada gf doe, aku selalu mengelak daripada terjumpa, terserempak dan apa juga klausa yang merujuk kepada keadaan melihat dia secara sengaja mahupun tidak sengaja*hari2 terpaksa berpura-pura tidak rasa itu dan ini, apalagi jika terjumpa dia*itu natijahnya jika punya cinta rahsia.  Untuk mengubat rasa rindu, aku postkan entry ini. 

Kata-kata ini telah mengubat resah dalam hati aku.  Terima kasih cik Tiq *copy and Paste dari blog cik Tiq si Budak AwesomeKata cik Tiq dalam blognya*dia memetik kata-kata ini dari sebuah buku yang berunsurkan islamic.

"Kalau kita cintakan seseorang, jangan bagi tahu orang itu yang kita cintakan dia, tapi bagi tahu Allah swt tentang cinta itu, insyaAllah Allah swt akan tambahkan lagi rasa cinta kita pada si dia, dan jika Allah menjodohkan kita dengan si dia bermakna cinta kita pada si dia adalah cinta yang Allah redha"........

Entry Khas Untuk en. Mencari Kepastian

Mode: Happy tapi masih rindu
Jam: 4:07 pm
Kondisi Perut: Mau makan Aiskrim magnum(sampai sekarang hajat tak sampai)
 
waa...Alhamdulillah...hari ini waktu buka blog kesayanganku si Ruang Rindu, aku dapat follower baru. 

Rasa happy lu pulok....hehehe....apapun....



TQVM...


En. mencari kepastian.......

Sudi singgah dan melekat di blog saya....


salam ukhuwah.....


TQVM*sekali lagi jadi Follower ke 9 saya....


Monday, February 27, 2012

Makbul

Mode: Bersedia ke sekolah
Jam: 6:34 am
Kondisi Perut: Sakit nak berak

Ingat tak entry aku yang lepas....pasal kepercayaan arwah nenda sahabat cantikku si Luna Zura.  Rasanya Allah telah memakbulkan doa aku.  Dia singgah dan jumpa aku di traffic udara kering waktu blogwalking.  Walaupun bukan secara F2F tapi titik pertemuan itu bagiku signifikan sekali.  Sebab waktu pertama kali jumpa dia pun melalui medium maya juga.  Allah itu maha adil dan sangat berseni juga misteri dalam percaturan takdir untuk hamba-hambanya.  Nampaknya aku harus praktikkan cara ini kalau aku rindu dengan kawan2 lama.

Laptop off....blog off...harus menapak ke kereta dan driving ke SKAK.  Apalagi yang bakalan berlaku di perhimpunan Isnin??? minggu sebelum minggu lalu....magic wordnya ialah "SAIZ SD", minggu lalu pula "BIJI", minggu ini apa ya??? hehehe......tunggu!!!!

hari ini hari terakhir latihan nasyid...jihah bilang kelmarin " besok kita full-blass latihan sampai ke malam....ndapalah sampai solat maghrib di sekolah, boleh solat sama2..."

Apapun ceritanya....

Semoga hari ini kita semua dirahmati dan diberkati Allah,  dijaga oleh para Malaikat dan diampuni segala dosa juga diberi rezeki dan keberkatan rezeki.

Adios...harus ke kereta....

blog off...laptop off...*ne kali betul2 sudah

Sunday, February 26, 2012

Entry Khas Untuk Sahabat Pulau Saya

Mode: Tengah bayangkan kejadian baju nasyid MTQ PZP
Jam: 9:57 pm
Kondisi Perut: Mau makan Aiskrim Magnum
 
Untuk Sahabat Pulau Aku Yang Unik....Hari ini Hari Jadi Budak Pulau ne.....


Untuk Itu.....


Selamat Hari Jadi

Happy Birthday To You

Sanah Helwa ya Akhi...iii...iii....iii (add-lips)

Selamat Hari Jadi.....



TQVM jadi Follower Saya Yang Ke-8....nah Kek untuk ko....cizkek Luna Biru
(psssttt...sy pun jd follower ko da...tp anonymous...ahaks!!!)

Saturday, February 25, 2012

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow

Jom Blogwalking sambil berjoging di traffic udara kering sampai pening.

 

F n F Lagi.....

Mode: Frust
Jam: 1022 pm
Kondisi Perut: Teringin makan KIPCI....<---dulu ada orang pernah mahu belanja aku dan BFFku makan ini tapi....xda pun...
 
Kata Budak TeeQ *Tiq, Dalam Word Vomit By The Owner.....

...You never know how strong you are...untill being strong is the ONLY choice you have......

Aku percaya pada frasa ini.  Aku pegang utuh pada frasa ini.  Aku memang perlukan frasa ini sekarang. Ada kebenaran pada frasa ini.  Ya, untuk hari ini dan hari seterusnya selepas ini,  aku perlukan KEKUATAN.  Bukan setakat perlu tapi sangat perlu.  Nyatanya impian dan angan yang aku ingin sangat capai bukan milikku.  belum pernah jadi milik aku sebenarnya.  Nampaknya aku F lagi.  Betullah F itu dengan diriku macam badi. Melekat dengan ketat sampai aku selalu tersekat. Aku sudah penat. Biarlah terus begini.  Aku juga percaya, ada hikmahnya. Hikmah itu subjektif.

Waktu Aku Tahu

Mode: Sedar Diri Tapi Masih Rindu
Jam: 7:31pm
Kondisi Perut: Lapar KIPCI


waktu aku buka FB hari ini tiba2 hati aku jadi sedih.  tiba2 air mata rasa bergenang di tubir mata. panas dan hangat masa rasanya. 

waktu aku buka FB petang ini, hilang dan terbang semuanya rasa gembiraku.  Senyumku terus mati. 

Waktu aku buka FB petang ini ada rasa yang menyentak-nyentak dalam hati hingga aku merasa sakit.

Benarlah kata orang, bila kita banyak ketawa maka nanti kita akan menangis.

Khamis lepas aku banyak ketawa dan hari ini aku menangis.  Sedih sangat.

Hari aku sudah tahu. Maka aku harus akur.

Friday, February 24, 2012

Rasa Yang Salah

Mode: Redha: Dia benci dan tidak suka aku
Jam: 7:27 pm
Kondisi Perut: Lapar KIPCI

Waktu aku sedang nanar
ada rasa sayang tersasar liar
menanah dalam daging hati kasar
busungnya sudah membusar
ada pusar berputar-putar
menerbit bau langsi dan hanyir yang tekar
aku gagal menjadi nakhoda pintar
antenaku salah mengesan radar
aku mendarat salah litar

Gila angkuh sungguh rasa itu
Benci aku bila begitu
Tolong hati bebaskan aku dari situ.....

........................................................................bila salah meletak rasa sayang...240212-jumaat-

Thursday, February 23, 2012

Latihan Nasyid MTQ PZP

Mode: mahu Tapi Malu...
Jam: 09:22 pm
Kondisi Perut: Senak dan Sakit

  Hari masuk hari ke 6 latihan nasyid dan bercerita untuk MTQ PZP yang bakal berlangsung 28.Feb.2012 ini.  Pasukan nasyid kami merupakan penampilan sulung SKAK di pentas MTQ Zon Pegalan(sebenarnya baru 2 kali diadakan), jadi kami sebolehnya cuba menampilkan persembahan yang baik.  Ustazah Ain merupakan peneraju utama pasukan ini, aku cuma bertindak sebagai pembantu sahaja. 

Ustazah Ain cipta sendiri lagu nasyid ini.  bagi aku lagu ini menarik dari segi senikata dan liriknya.  Aku harap pasukan kami dapat memberikan persembahan terbaik mereka nanti.  Semoga mereka dapat menterjemahkan segala penat lelah kami berlatih selama seminggu lebih ini.  Semoga Allah merahmati dan memberkati kami semua.  Bukan kemenangan yang kami cari cuma mahu memberikan penampilan dan persembahan terbaik.

Senikata dan Lirik: Ustazah Ain....

Lagu Assalamualaikum.....ciptaan siapa aku pun tidak tahu, pilihan anak2 murid kami

Sunday, February 19, 2012

Pelangi Cinta

Mode: Rindu2
Jam: 5:44 pm
Kondisi Perut: Sebu

Untuk Cinta Rahsia Saya....
 
"Cinta saya pada awak, bagaikan pelangi petang! Indah dengan warnanya.  Kita sentiasa mengharap agar panas sampai ke petang tapi kadangkala gerimis melanda di tengah hari.  biarpun demikian, pelangi tidak pernah lupa untuk menjelmakan dirinya setiap kali gerimis mengundang.  Begitulah cinta saya pada awak ______.  biarpun terluka tapi cinta saya tetap ada untuk awak.  Sampai bila-bila!"....

Laskar pelangi

Mode: Rindu Setengah Mati
Jam: 12:17am
Kondisi Perut: Teringin makan Big Apple Donut

Malam ini aku tonton lagi filem yang kuangkat sebagai filem hebat dan paling berkesan dalam hati aku.  Setiap kali menonton filem ini, ia banyak menerbitkan kesedaran dan membangkitkan semangat adiwira dalam diriku yang selalu lemah dan lesu.

Aku ingin sekali anak2 muridku seteguh dan sekental hati si Lintang dalam mencari dan mencintai ilmu, sekalipun dialah murid yang paling miskin di kalangan murid2 msikin di sekolahnya.  Kemiskinan bukan penghalang mereka untuk belajar mencari ilmu. Justeru, kemiskinan itulah penguat azam mereka untuk terus belajar. 

"kita suka jadi miskin"....

"Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya"

"Kejar pelangimu sehingga ke hujung duniamu nak"....

Aku suka pada dialog2 berunsur sastera dalam filem ini.  sangat berkesan dan mengujakan.  Ia juga banyak memberi pengajaran kepadaku-berkaitan dunia kerjaku.

Aku suka pada laut Belitung yang indah dan cantik itu.

Aku suka pada semangat yang ada dalam filem ini.

Filem ini terkandung erti pengorbanan...

Seorang Bapa
Seorang Ibu
Seorang Guru
Seorang Sahabat
Seorang Anak

Betapa setiap watak dan perwatakan dalam filem ini sebenarnya adalah cerminan sebenar kehidupan.

Kejar Pelangi
Kerana ia tidak selalu di situ
Di langit juga ia tidak lama

justeru,

Lari laju
kejar cepat
si pelangi cantik
gapai cermat
jangan terlepas




Saturday, February 18, 2012

MP JAWI: Aktiviti Murid

Ini hasil kerja murid tahun 2 aku masa mengajar MP Jawi.  Aku harap ilmu yang aku sampaikan dapat melekat ketat dalam otak mereka.  Aku harap minggu depan-kalau aku tanya mereka ejaan kumbang, rama2 dan bunga dalam Jawi mereka akan dapat menjawab dengan betul.  Risau juga aku-nantinya mereka lebih ingat cara buat bunga, kumbang dan rama2-bukan ejaan seperti apa yang aku harapkan-tapi kalau ilmu PSV yang mereka dapat-sekurang-kurangnya aku dapat juga memberi ilmukan??? walaupun objektif aku tak tercapai *kalau aku guru pelatih dan kena observe, sure gagal punya aktiviti P&P aku untuk hari itu*

Add caption















 








Sunday, February 12, 2012

Ayat Selusuh untuk Hazirah

Petang sebelum maghrib menjenguk dan memanggil kita untuk melunaskan perkara wajib dilaksanakan ini, aku teringat kat kawan aku, Zirah yang masih lagi belum bersalin padahal duenya sudah telat 5 hari.  Kasihan pula aku dengan dia. Jadi aku cuba google sendiri ayat2 selusuh yang boleh bantu dia untuk cepat2 rasa sakit melahirkan anak. 

Ya, Allah kau permudahkanlah urusan kawanku ini.  Permudahkanlah dia untuk melahirkan anaknya dan semoga engkau memberinya anak perempuan seperti yang dia impikan selama ini.  Kau perkenankanlah hajatnya Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar, yang Maha Memberi dan Maha mengasihani, 


Ayat-Ayat Selusuh


Ikhtiar untuk mudah bersalin dan betulkan kedudukan janin yang songsang:

Ayat-ayat ini dibaca kepada:

Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut

Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 - (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 - (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)

Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).

Dipetik dari:

http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

TQVM...blogger INFINITY

Wordless Sunday

Mode: Wordless Sunday
Jam: 1:32 pm
Kondisi Perut: Teringin nak makan Cheesy Wedges


Haish...giliran aku pula yang wordless.....

Hajat hati mahu menyiapkan lukisan adik aku-assignment OUM dia-yang menggabungkan 3 teknik menggambar dalam asas seni visual tapi kertas pula salah size.  Aku perlukan saiz A2 bersamaan 58cm x 42cm. 


Teknik Mozek(biru=laut), Teknik Titik(kepala Obor2), Teknik Kolaj(ekor Obor2, batu karang).

Saturday, February 11, 2012

Cizkek

Mode: Cari2 Fulus
Jam: 8:20 pm
Kondisi Perut: Mengidam Cizkek....<---besok nak buat la....




Nak tempah cizkek.....??? let me know....hehehe!!! ble tempah dari saya.....

Friday, February 10, 2012

MAULIDUR RASUL SKAK 1433h: RAHMAT HUJAN

Nikmat Allah selalu indah, Rahmat Allah selalu berkat....itu kesenian yang maha Agung....

Malam ini, perancangan yang sudah dibuat sejak minggu lalu sudah terlaksana,  sungguhpun pagi tadi acara perarakan tidak dapat kami jalankan kerana hujan gerimis.  Jauh di dalam hati, aku merasa sedikit terkilan, tapi aku yakin pasti Allah menggantikannya dengan rahmat dan nikmat yang lain. 

Petang tadi, walau agak telat sampai ke sekolah-bermaksud tidak mengikut perancangan asal untuk datang seawal jam 5 pm ke sekolah-malah kelewatan itu disebabkan oleh aku-aku berdebar-debar sebenarnya memikirkan mengenai sambutan daripada semua pihak yang dijemput hadir untuk mengimarahkan surau SKAK.  Hujan mengiringi perjalanan kami berempat.  kata sahabatku Jihah, "hujan rahmat ni".  Aku mengakuinya.  Saat sampai di sekolah, kelihatan agak lengang. kelibat ibubapa tidak kelihatan, tapi aku berusaha memujuk hati-kalaupun ibubapa tidak dapat datang, aku yakin anak2 muridku akan datang.  

Riuh suara anak2 muridku mengubat rasa resahku.  Waktu aku dan Suzie tersembul di depan pintu, anak2 murid semua meluru ke arah aku dan Suzie, menyalam tanganku dan Suzie.

Resahku terubat bila nenek salah seorang anak muridku pula tersembul pada pintu yang sebenarnya menunggu kehadiran mereka.   Resahku hilang semuanya bila wajah rakan sekerja tersembul di pintu surau, resahku bertukar gembira bila semakin ramai ibu-ibu, bekas anak2 murid datang mengimarahkan surau dan meramaikan majlis.  betapalah rahmat dan nikmat Allah itu selalunya indah.

Malam ini aku gembira sangat, benar maha benar, bahawa nikmat Allah itu selalu indah....

kesimpulannya,

Malam ini aku gembira sebab dapat berjemaah bersama sahabatku Suzie, rakan sekerja, anak2 murid dan ibubapa.

Malam ini kami solat Maghrib bersama-sama
Malam ini kami solat Isya bersama-sama
Malam ini kami solat sunat Hajat bersama-sama
Malam ini kami baca Yaasiin bersama-sama
Malam ini kami bersolawat bersama-sama
Malam ini kami berdoa bersama-sama
Malam ini kami menyambut Maulidur-Rasul bersama-sama
Malam ini kami makan malam bersama-sama

Ada senyuman pada semua wajah yang hadir
Ada iman terpancar pada wajah-wajah mereka

Terima Kasih Ya, Allah...
Terima Kasih Rasulullah, Selamat Harijadi Untukmu.
Terima kasih Jihah, kau pencetus kepada kejayaan hari ini.
Terima kasih Suzie, kerana setiamu
Terima kasih Ain, kerana pertolonganmu
Terima kasih cikgu Justar, kerana sudi hadir dan  sudi membantu
Terima kasih cikgu Azmi, kerana sudi hadir dan sudi membantu
Terima kasih Guru2 pelatih kerana sudi hadir
Terima kasih Ibubapa kerana hadir dan membawa juadah
Terima kasih anak2 muridku kerana hadir

Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua
Semoga Kita mendapat Syafaat Rasulullah
Sepanduk Tahun lalu, guna-pakai....

Mode: gantung2 sepanduk

Anak-anak murid tahun 6, Amy, Nurul, Awi

Anak2 muridku yang selalu setia dan rajin membantu

Mural separuh siap

Galeri kenangan

Galeri lukisan yang belum banyak lukisannya

Mode: Aku paling suka Bunga Tulip


Sesi P&P Ain bersama anak murid tahun 1

TQVM Sirut, tolong *burr


kerjasama anak murid dan ustazah mereka


Quote dari HP Ain

Ain yang ayu

Paling *terer pasang langsir, Mode: bagai menyambut petang raya 7 bulan lebih awal.
Raya di bulan Rabiul-Awal

Wajah Pencetus kejayaan SMR SKAK 1433h

Khusyuk, Mode: Lukis2 & warna2


Belum pasang....Mode: sebelum dan selepas

Julia Jay, TQVM dermakan Langsir biru yang cantik ne....

Mural baru Bilik Agama a.k.a Surau SKAK

Para Ibu2 yang hadir...terima kasih banyak2...semoga Allah merahmati kalian semua

Jihah & Ain, Mode gambar2....

BFFku yang setia, sempat update *fesbuk sambil tunggu slot seterusnya

Mode: bersedia untuk slot seterusnya
Semoga hati2 kita selalu bersih....

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...