Petang ini benar-benar membuatkan aku celaru hati, celaru minda dan celaru rasa. Nasiblah penyakit celaruku ini tidak ada mengena dengan penyakit kecelaruan identiti, kalau tidak mampus aku mendapat laknat Allah dan penampar sulung Abah aku dan Mak aku yang tegas. Sampai macam ni sekali hati, minda dan rasaku bergabung sampai meletup. Syukur ledakan akibat letupan ini tidak terlalu besar sampai boleh meruntuhkan bangunan pencakar langit, nanti tak pasal-pasal aku dituduh sebagai pengganas kerana berjaya meruntuhkan sebuah lagi bangunan pencakar langit berstatus mercu tanda dunia. Belum rela rasanya menjadi tahanan penjara Guantanamo yang sadis itu, apalagi jika memikirkan siri soal-siasat ala2 FBI dan CIA. terbayang di otakku bagaimana si Shah Rukh Khan disoal-siasat gara-gara dia dianggap sebagai pengganas dalam filem MY NAME IS KHAN raya pertama lepas.
Gila, kenapa pada hari ini, semua yang berlaku seperti ada sangkut paut dengan diri dia. Semua orang mahu bercerita pasal dia. Inilah benda yang buat aku celaru. Huh!!! alamat apakah yang dibawa??? harapnya ia bukan sesuatu yang tidak baik. pergghh....mangkuk tingkat betul perasaan aku ini. ni mesti kes sawan perasan menyerang pada tahap skala 10. Ah....sudah....!!!
P/s: Agaknya, aku kena mandi bunga 100 kali baru dia nak tengok aku dengan ikhlas, atau kalau mandi bunga 100 kali aku tu menjadi, dia senyum dan tegur aku balik......errmmmm( tak mungkin la.....)Tolong aku, bantu aku melepaskan semuanya.....
P/s: Agaknya, aku kena mandi bunga 100 kali baru dia nak tengok aku dengan ikhlas, atau kalau mandi bunga 100 kali aku tu menjadi, dia senyum dan tegur aku balik......errmmmm( tak mungkin la.....)Tolong aku, bantu aku melepaskan semuanya.....
No comments:
Post a Comment