Friday, June 14, 2013

SALAM DUNIA SASTERA...

Salam Dunia Sastera...


Apalah yang ada padaku sehingga aku mahu membicarakan dunia sastera hari ini dengan bekal ilmu mengenai sastera hanya sebanyak  bilangan jari kurang 9 pada tangan manusia.  Aku belum layak sama sekali membicarakan mengenai dunia sastera berbekal dengan ilmu yang sangat kurang, aku ulangi dan aku tegaskan kata "ulangi" itu dengan meminjam kata dari bahasa Arab, iaitu "taukid" bahawa ilmu pengetahuan aku mengenai sastera ini adalah sangat kurang.  

**Taukid = Emphasise

Cuma...

Aku mahu berkongsi pendapat aku, mengenai dunia sastera dan sebab kenapa entri ini aku pilih(taip): lewat pembicaraanku mengenai "sastera" waktu makan di kantin bersama Jihah dan Rosnini di sekolah tadi.

Baik,

Apa yang ingin aku kongsikan, melalui pendapat aku semata-mata malah terbatas, tidak semua novel layak dikategorikan sebagai karya sastera kerana kurangnya atau tidak terdapat nilai estetika terkandung dalamnya. Bagi aku, novel-novel karya Usman Awang, A. Samad Said dan Arena Wati adalah contoh karya sastera yang hebat kerana terkandung nilai estetika yang baik di dalamnya.  

Baik,

Aku tidak bermaksud mengatakan yang dunia penulisan di Malaysia sekarang sudah kurang nilai kesusasteraannya kerana banyak juga penulis baharu yang mampu menulis dengan baik dan menyamai juga menepati kehendak standard untuk diangkat sebagai sebuah karya sastera jika dirujuk dengan: A.  3 asas sastera (1.  Sifat khayali/imajinasi, 2.  Nilai-nilai estetika, 3. Penggunaan bahasa yang khas) serta B. Definisi sastera yang sehingga kini pengertiannya tidak pernah memuaskan hati semua pihak.  Dasar yang terdapat dalam sastera itu menjadikan persoalan 'definisi' tidak pernah selesai kerana sastera bukan hanya sekadar cabang ilmu malah sebagai satu cabang seni.  Seperti maklumnya, seni itu luas sifatnya.  Semangat dan kepercayaan manusia terhadap seni juga berbeza-beza.  Jadi, maafkan aku kalau aku katakan, lambakan novel cinta yang ada di pasaran buku Malaysia, tidak boleh dikira sebagai karya sastera sekalipun ia mungkin menepati salah satu asas sastera.  Ini cuma pendapat aku saja, okey!  Terserah pada penafsiran dan kepercayaan kalian, pada aku ia begitu.

Teringat masa sekolah di SMAI dulu, waktu belajar "Balaghah", aku selalu pening dengan subjek itu.  Tapi kini, bila mengimbas balik, aku dapat mengesan keindahan sastera Arab yang terdapat dalam kitab "Balaghah" itu.  Al-Quran sendiri adalah sastera yang hebat bagi aku.  Lihat saja pada rima ayat Allah itu, sangat berseni dan sangat indah-terutama rima akhir ayat pada semua surah di dalam Al-Quran itu sangat cantik dan halus.  Aku menjadikan Al-Quran sebagai panduan apabila menulis puisi-terutama pada rima akhir puisi aku. (biarpun puisi aku lebih pada subjek percintaan...Astaghfirullah-al Azim).  

Dunia Kesusasteraan Arab lebih bagus aku kira, kerana ramai penulisnya, menulis mengenai nilai kemanusiaan seperti karya Khaled Mohsen bertajuk "A Thousand Splendid Sun" berbanding dengan dunia kesusasteraan-penulisan di Malaysia yang dipenuhi dengan lambakan novel cinta yang semakin memualkan.  

Karya novel, karya puisi, sajak, pantun dan gurindam itu adalah karya SASTERA.  Tapi tetap saja bagi aku, ada antara karya ini tidak boleh dikira sebagai karya sastera-bermaksud yang telah terhasil kerana kurangnya nilai estetika(seperti puisi dan cerpen akulah itu...hehehe, aku tetap tidak mampu menulis karya yang boleh dinagkat sebagai karya sastera).  Ini tafsiran aku, semangat dan kepercayaan aku.  

Konten di dalam entri kali ini mungkin tidak terkait rapat dengan tajuk. Ini sekadar pendapat aku yang masih tidak tahu banyak mengenai sastera.  Pendapat cuma tinggal pendapat apabila sudah ada fakta yang lebih jelas.  Apabila kalian nanti sudah mendapat fakta yang lebih jelas perihal karya sastera, sila abaikan entri ini dan maafkan tulisan mengenai pendapat aku ini.

Semoga Allah memberkati guru Kesusasteraan Melayu aku dulu, aku lupa namanya.  Semoga Allah memberi beliau sebaik-baik pembalasan atas ilmu yang pernah beliau curah pada aku.  

P/s: Kasihan pada karya sastera yang kurang mendapat tempat di hati masyarakat, apalagi remaja.  Padahal karya sastera itu terkandung konotatif yang baik untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup.  Alahai...buku-buku ilmiah yang bersifat denotatif saja tidak mahu dibaca apatah lagi buku-buku karya sastera.  Tahunya, baca novel cinta melulu.  Tiba-tiba teringat, membaca Al-Quran saja malas yang amat, apatah pula pada buku-buku.  Mesej ini untuk diri aku juga.  UNTUK DIRI AKU.

1 comment:

  1. iya btul tu, jadikanlah alquran sbg wadah sastera yg terbaik sbg sumber rujukan utama kta... (-;

    ReplyDelete

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...