Monday, June 17, 2013

Hak Cipta Terpelihara

Baik...

Koma


Aku sebenarnya bukan tidak mahu lagu nasyid yang aku cipta hari itu dirakam atau apa-apa saja berkaitan dengan penyiaran.  Bukan juga bermaksud untuk kedekut.  Cuma, aku belum bersedia untuk berkongsi lagu nasyid aku itu.  Aku masih mahu mempertaruhkan lagu itu dalam MTQ Zon Pegalan tahun depan.  Aku juga mahu memasukkan muzik dulu pada dua buah lagu nasyid milik aku itu sebelum lagu itu mungkin diketengahkan oleh mana-mana pihak.  Aku bukannya pandai menggubah lagu, belum tahu, tahun depan; aku mampu cipta lagu nasyid lagi.  Ilham bukan selalu datang, syukur Allah memberi peluang dan rezeki ilham waktu aku tercari-cari lirik dan lagu nasyid Febuari lepas.  Itu pun selepas diasak dengan cakap-cakap: kami menggunakan nasyid ciplak waktu MTQ Zon Pegalan.  Aku tidak tahu bagaimana mahu memberitahu dia tentang ini.  Takut nanti mengecilkan hati dia. Soalnya, dia begitu beria-ia dan sejak minggu lepas sudah menyampaikan hajat ini melalui anak murid tahun enam aku yang menjadi peserta nasyid waktu MTQSS 9 Mac lepas, dan tadi; dia menyampaikan hajat itu sendiri, tapi aku terkesan itu lebih kepada memaklumkan bukan meminta kebenaran dan kerelaan aku.  Sedarkah dia, bahawa lagu nasyid aku itu, Hak Cipta Terpelihara aku.  Tadi dia bilang, ada orang akan datang untuk merakam lagu nasyid aku itu.  Tadi dia bilang mahu menukarkan lirik itu ke dalam bahasa Murut.  Kononnya ada royalti untuk lagu itu sebanyak RM 1K.  Bukan imbuhan yang aku kejarkan.  Sipi dari hati aku, merelakan atas dasar kawan dan menjaga ukhwah, juga sebagai satu cara dakwah kalau layak dikategorikan dakwah.  Separuh dari hati aku, belum merelakan sebenarnya dan itu titik.  Aku cuma mahu menyimpan lagu nasyid aku itu untuk dijeruk sampai tahun depan. Demi Tuhan, aku cuma mahu menyimpan dulu lagu nasyid itu sampai tahun depan untuk bekalan ke MTQ Zon Pegalan 2014.

Noktah.

P/s: lagu nasyidku itu buruk benar liriknya, lagunya juga; tapi aku sayang sangat. SayaSayangNasyidSaya.  Hak Cipta terpelihara sampai MTQ Zon Pegalan 2014.

No comments:

Post a Comment

Cerpen Lama

Selasa lepas, saya dan sobat, Inawati flash back cerita lama fasal secret admire zaman sekolah menengah. Habislah segala kisah bikin malu d...