Salam...
Hari ini berlangsung Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Sabah bertempat di SMKA Mempikit, Keningau. Pagi tadi aku bertugas sebagai Juru Kira, Nik sebagai Penjaga Masa, Ustaz Halim Sebagai Juru Acara dan Jihah sebagai Hakim Kuiz Bahasa Arab. Sejak Khamis lepas, aku, Jihah, Nik, Farra, Ustaz Halim dan PK HEM dan Jumaat lepas bersama dengan Jihah dan Rosnini, kami: SK. Ansip, telah ditugaskan oleh PPD Keningau untuk menyiapkan tempat pertandingan bagi acara Tahfiz Al-Quran. Aku tidak mengambil gambar-gambar masa kami set-up bilik pertandingan, semua gambar-gambar Jihah yang ambil. Kalau ada kerajinan, nanti aku minta Jihah dan entri ini akan aku update dengan gambar-gambar masa kami set-up bilik pertandingan untuk acara Tahfiz Al-Quran...in shaa Allah.
Yang Tadi...
|
Juru Kira yang mengantuk plus lapar...siap menguap lagi...hihihi |
Masa pertandingan berlangsung aku diserang mengantuk yang amat, perut pula lapar. Nasib baik aku cuma bertugas sebagai Juru Kira, jadi aku tidak perlu fokus sangat pada bacaan peserta. Nanti para hakim dah siap bagi markah barulah tugas aku bermula.
Bagi menghilangkan dua rasa yang menyiksa perasaan, aku buat ini:
|
Akibat Mengantuk..... |
|
Kita minum dulu...Teh yang sangat manis...Diabetes Melitus la kalau selalu minum manis macam ni |
|
Ini Speaker Okeh!...Maafkan kepakaran melukis tahap budak Tadika Kemas Kg. Ansip aku ini...Sekali tengok macam bangunan masa Zaman Purba, bangunan Zaman Purba pun teda rupa macam ini...ya kaitu? |
|
Ini Kalkulator...sia bikin kira markah peserta...Kalkulator ni PPD Beli masa MTQSS 2013 9 Mac lepas, jika mengikut apa yang tertulis di atas skrin... |
|
Ini borang hakim...Markah yang tertera tu markah betul okeh...Ni untuk Menengah Atas. Masa aku lukis borang ni, peserta ke-4 sedang memperdengarkan hafazannya... |
|
Ini gambar Ketua Hakim, wajah ala-ala suci gitu...innocent sangat. Senyuman bentuk mangkuk tidak berapa jadi. Yang hidung agak kembang tu adalah: Peserta Tahfiz Al-Quran. Hidung kembang bukan sebab hidung durang betul2 kembang okeh...tapi untuk menampakkan dan mendedahkan keyakinan durang kepada readers bah. |
|
Ini peserta perempuan...Permulaan yang baik, Surah Al-Fatihah dibaca dengan tarannum yang sangat merdu...kamurang pernah tengok dan dengar ka di You-tube pasal Bacaan Al-Quran paling merdu di dunia tu? hah...ni student guna tarannum ni la... tapi sayang...she's.... |
|
Bila dengar bacaan Al-Quran, hati memang terasa sayu...tapi tenang, damai dan indah... |
|
Ilustrasi Penuh lukisan cikai aku... |
Sebenarnya malam ini ada acara perasmian penutupan, masa aku menaip entri ini majlis itu sedang berlangsung. Semoga majlis itu berjalan dengan lancar...in shaa Allah.
No comments:
Post a Comment