Monday, January 9, 2012

FORMAT LAPORAN BULANAN PANITIA DAN UNIT KURIKULUM 2012

1. TAJUK - Font 12 , Bold , Tahoma.
2. Tulisan - Font 11, Tahoma.
3. Line Spacing - 1.5
4. Guna nombor - 1.
                            1.1
                            1.2


5. Sila guna letterhead sekolah.

ISI KANDUNGAN LAPORAN
JANUARI

  1. Cover 
  2. Isi Kandungan
  3. Prakata
  • Visi , Misi, Moto, 
  • Pendahuluan, 
  • Objektif, 
  • Rasional, 
  • Rumusan, 
  • Carta Organisasi, 
  • Senarai nama guru panitia, 
  • Takwim Panitia/Unit, 
  • Jadual Pengubal ujian & peperiksaan, 
  • Jadual Pencerapan Guru Panitia, 
  • Pelan Strategik Panitia, 
  • Pelan Taktikal & Operasi Panitia, 
  • Carta Gantt Pelaksanaan Program, 
  • Analisis Ujian /Diagnostik/peperiksaan, 
  • Maklum balas laporan analisis / aktiviti. 
  • Lampiran ( gambar, borang,bahan ,minit mesyuarat/taklimat,surat) 
Februari hingga Oktober 2010
  1. Cover 
  2. Isi kandungan 
  3. Prakata 
  4. Visi, Misi, Moto 
  5. Pendahuluan 
  6. Objektif 
  7. Rasional 
  8. Rumusan 
  9. Analisis Ujian Diagnostik / ujian bulanan / peperiksaan 
  10. Maklum Balas analisis 
  11. Maklum Balas Aktiviti / Program bulanan 
  12. Lampiran ( gambar, borang,bahan ,minit mesyuarat,Taklimat,surat ) 

Laporan Akhir Tahun ( November )

  1. Cover , 
  2. Isi Kandungan, 
  3. Prakata, 
  4. Visi , Misi, Moto, 
  5. Pendahuluan, 
  6. Objektif, 
  7. Rasional, 
  8. Rumusan, 
  9. Laporan Maklum Balas Keberkesan Program/Aktiviti 2010. 
  10. Takwim Panitia / Unit 2011, 
  11. Pelan Strategik Panitia, 
  12. Pelan Taktikal, 
  13. Pelan Operasi, 
  14. Sediakan Pelan Strategik , Pelan Taktikal, Pelan Operasi Akademik Khas Untuk Tahun 6 2011( M/P Teras ) 
  15. Lampiran ( gambar, borang,bahan ,minit mesyuarat,Taklimat,surat )

Tolong

Tolong....

Tuliskan namaku atas layang-layang

Nanti aku taburkan hurufnya di langit biru

Biar berserakan hingga dibilang orang

Terbitkah rasa haru?

Penggoda Jeruk Rasa

Jeruk rasa sudah hampirku mulai

bekasnya juga sudah ada di pantai

tapi bagaimana ini

kau datang dengan gemalai

menebar figuramu dengan santai



lalu senyum itu menyiksaku

sapa itu mengejutku

hati jadi bingung

simpulan rindu bergulung-gulung



kenapa kau datang

sedang jeruk rasaku menanti untuk dimulai

apa aku perlu bilang

kalau aku sudah goyah

dengan lakumu yang menggoda

atau akukah yang bego

kerana tidak mampu menyah godaan itu

sungguh ampuhku belum tepu


Hilangkan dirimu dalam bayang

pergi ke kaki langit di pantai manis

tebar figuramu di horizon jingga

tapi...

bisakah aku lupa bila langit jadi jingga?



atie...04012012...cinta selalu jadi rahsia bila hati pernah tersia....

Wednesday, January 4, 2012

Gift PalinG BesT: bebe.....

Saat menulis entry ini aku sedang tunggu Jue call, sebab berjanji mahu keluar jam 3pm nanti.  Aku patutnya bersiap2 tapi tidak sabar mahu menulis tentang rasaku.  Aku rasa happy sangat,  tiada material apa pun di dunia kala ini,  yang dapat menggambarkan rasa gembiraku.  tiada metafora mahupun frasa indah untuk membandingkan raksaku.  hari ini bahagia itu milikku.  walau ia mungkin dengan caraku sendiri.

kata luna zura,  "bahagia itu subjektif"....nah...kalian takrifkan sendiri frasa itu.....agak melankolik bagiku....

Hari ini aku menerima hadiah dari sahabat baikku,  Julia.  Kata Jue,  hadiah untuk harijadiku dan juga hari graduasiku yang lalu juga sebagai penghargaan kepadaku kerana membantu Jue dalam assignment TITAS. Aku sama sekali tidak pernah mengharapkan balasan dari pertolonganku itu,  demi tuhan aku benar2 ikhlas. Masa dia beri hadiah itu, sambil memelukku hatiku rasa tersentuh sekali,  terharu dengan pemberian yang tidak disangka itu.  Katanya dia pura-pura lupa harijadiku itu, tapi aku tahu dia ingat dan mendapat ucapan "selamat harijadi" saja dari dia pun sudah cukup bermakna.  Hari ini aku merasa istimewa sekali...ya mungkin saja bagi yang ulahnya agak sarkastik,  cuma menganggap ia satu kebiasaan bila menerima hadiah semasa harijadi.  Tapi bagiku ia istimewa, kerana pemberian itu dari sahabat baikku, jadi ia begitu bermakna sekali bagiku.  Apalagi seumur hidupku,  belum pernah aku menerima hadiah minyak wangi yang mahal harganya.  aku sama sekali tidak pernah mengharapkan mendapat hadiah2 mahal begitu,  kerana ia sikit pun tidak semahal  dengan harga sebuah persahabatan yang ikhlas.  bukankah aku patut merasa gembira.  

Memang aku tidak bertuah dalam soal cinta,  tapi aku rasa aku bertuah dalam soal persahabatan,  buktinya Allah selalu memberiku sabahat2 yang baik.  untuk itu,  aku merasa sangat bersyukur.  bukankah Rasulullah juga begitu menyayangi sahabat2nya, sangat menjaga kebajikan mereka.  Semoga Allah merahmati semua sahabat2 baikku. Semoga Allah merahmati persahabatan yang terbina ini....

Julia Jay....Love u so StronG....




Ada apa dengan Persahabatan
saat dia hadir
aku malah bisa saja memilih
apa mahu menerima apa tidak

Ada apa dengan persahabatan
saat dia hadir
aku memang memerlukannya
apa huluran tangannya
harus ku sambut
atau aku buang saja mukaku ke dada langit
biar dia sakit
hingga marahnya melangit

ah..sahabat hadirnya kadang silih berganti
cuma harus pandai pilih
agar tiada sakit hati
apa lagi rasa risih
saat huluran tangan bersambut lembut
penuh harap tiada kabut
di akhir garisan nanti


Saturday, December 31, 2011

WeLCome 2012.....

Perjalanan selama 365 hari dalam 2011 akhirnya akan berakhir hari ini.  Banyak kisah suka dan duka berlangsung sepanjang eksplorasi 365 hari ini.  Ternyata perjalanan tahun ini banyak merakam cerita indah dan hebat terjadi dalam setiap scene pada perkiraanku.  Aku bersyukur pada Allah di atas kurniaanNya kepadaku yang kerdil ini.  Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepadaku,  padahal aku banyak berdosa malah selalu menzalimi diriku sendiri.  Astaghfirullah al-Azim.....Ampunilah segala dosaku Ya Allah.

tidak kunafikan ada juga scene2 sedih malah menjengkelkan berlaku dalam perjalanan 365 hari ini.  Namun,  scene2 kurang bagus itu kuanggap sebagai segmen kehidupan, dan bila ada klausa 'kehidupan' maka aku harus menjalani, mengharungi dan berada dalam segmen hidup itu dengan rasa istiqamah dan qanaah.  Aku akur bahawa setiap perkara yang berlaku pada diriku tahun ini adalah "Qada dan Qadar" yang telah ditetapkan untukku.  Subhanallah walhamdulillah walaila ha illallah.....

bercerita pada hari ke 365,  membuatkan aku banyak bersyukur kerana diberi peluang berada dalam tahun hebat buat diriku.  pada hari-hari akhir tahun 2011 ini  aku dapat satu hobi baru yang sangat menjentik minatku yang dari dalu memang sukakan apa saja karya kreatif.  kali ini,  aku mempelajari "sulaman Riben".  melalui buku yang ditulis oleh Halina Abdul Hadi dan Marlina Rahmat.  memang sangat menarik untuk mempelajari sulaman riben ini.  sebenarnya,  aku memang tidak pernah terniat untuk membeli buku ini, malah seumur hidupku aku belum pernah tahu yang sulaman riben ini wujud,  ingatkan cuma ada cross-sticth saja.  ssebelum mempelajari teknik2 dalam buku,  aku belajar dari sebuah blog(lupa nama blog itu) untuk belajar buat bunga dari riben dan aku sudah menguasainya....ceh!!!


Buku Sulaman Riben Siri 1
berbalik kepada sulaman riben,  ya..memang aku tidak pernah terniat untuk membeli buku ini.  waktu itu aku dan suzie berada di evergreen untuk membeli barang2 keperluan Panitiaku,  sebenarnya mahu menghabiskan duit PCG atas arahan PT kewangan sekolah.  Dalam pada menunggu invois di print keluar,  aku membelek2 buku yang diletakkan di atas rak cermin,  masa itulah aku terlihat buku sulaman riben ini.   setelah membelek2 buku ini dan dengan tawaran harga yang sesuai,  aku ambil keputusan untuk membeli buku ini tanpa ragu-ragu.  tak sabar rasanya pulang ke rumah dan mencuba teknik sulaman riben ini.  menurut buku ini, teknik sulaman riben di Malaysia masih baru,  oleh itu alat2 kelengkapan untuk membuat sulaman riben ini terutama jarum, memang susah untuk dapat.  bagusnya buku ini,  penulis memberi cadangan menggunakan jarum kasut.  aku awal2 lagi sudah bercadang untuk pergi ke kedai "Classic" yang banyak banyak menjual peralatan untuk membuat "cross-sticth".  Aku beli jarum "cross-stitch" yang paling besar dan sederhana serta suku meter kain "cross-sticth".  petang itu, sampai saja di rumah....aku terus mencuba teknik sulaman riben ini,  quite tough...but quite intresting juga untuk mencubanya.....mari lihat hasil pertamaku.....

Sulama Riben bunga Tulip dan Rama-rama.
Selamat Tinggal 2011....Kenanganmu Kekal Bersamaku...
Selamat Datang 2012....Aku Bersedia Menempuhmu...

Tuesday, December 27, 2011

Lama betul tak tulis ceita baru kat blog kesayanganku ini.  tiba-tiba rasa rindu pula.  tanpa sedar cuti pun dah nak habis,  hitung punya hitung tinggal 8 hari saja lagi baki cuti sekolah akhir tahun.  tanpa sedar juga,  kita sudah hampir pada penghujung tahun 2011.  mengimbas kembali tahun 2011 ini,  aku akui ia tahun yang paling indah untuk dikenang.  banyak memori indah dan bermakna terukir dalam tahun ini.  banyak perkara baik yang berlaku dalam tahun ini.  salah satunya adalah hari konvokesyenku yang berlangsung 29 Nov lepas.  Rasa syukur tidak terhingga kupanjatkan pada ILAHI Ya Rabbi di atas kurniaan tahun yang indah ini.  sesungguhnya semua kenangan indah dan takdir yang baik ini adalah atas kurniaanNya juga.


sekarang ne kan...aku jadi pengikut setia kepada seorang blogger bebas dan penyanyi dalam youtube.  Encik Mimpi, begitu dia menggelarkan dirinya baik di dalam blog,  FB dan juga Youtube.  satu lagi yang buat aku tertarik adalah lukisannya yang comel itu.  selalu saja buat aku tersenyum sendiri malah tergelak.  Encik mimpi misteri sangat orangnya.  aku paling suka lukisan yang dia selalu post dalam Fb. sebelum terkenal encik mimpi melalui video nyanyian dia dalam Youtube,  aku juga pengikut setia blog sahabat cantikku si Luna Zura a.k.a Luna Bru.  Dua manusia ini punya nilai seni yang tersendiri.  apapun aku harap mereka akan terus sukses selalu.

aku pula....untuk penghujung tahun ini,  kutanam satu azam dan nekad untuk menyiapkan Novelku yang entah layak atau tidak ia digelar sebagai novel.  aku juga berniat untuk menghantar karyaku itu pada FAJAR PAKEER SDN. BHD.  aku tidak mengharapkan manuskripku itu diterima oleh pihak mereka.  Hanya sekadar mencuba dan kalaupun manuskripku itu tidak diterima aku sudah cukup bersyukur kerana sudah ada dua orang pembaca pada karyaku itu.  Malah sahabatku si Luna Zura mengiktiraf ia adalah sebuah novel.  itu sudah cukup sekalipun kalau di pihak profesional mereka hanya menganggap karya sulungku itu adalah sebuah novel picisan serupa sampah.

semoga Allah memberi ruang dan mempermudahkan jalanku. Amin Ya Rabbal Aalamin

Tuesday, December 6, 2011

WaWi DaLam KenanGan

hari ini dapat perkhabaran kurang baik yang sebenarnya sangat menyentuh hatiku.  hari ini dapat perkhabaran yang sepupu pertamaku Allahyarham Mohd Jawawi Jahamin kritikal dan selang beberapa minit dia dikhabarkan sudah meninggal dunia.  tersentuh sangat hati aku mendengar berita ini.  banyak memori indah dan lucu bersama arwah yang ku kenal dari zaman kecilku lagi.  waktu mendengar khabar dia kritikal bersungguh2 aku mendoakan agar dia diselamatkan dan meminta agar Allah memanjangkan umurnya,  namun Allah lebih menyayangi dia.  Ya Allah,  Kau ampunilah segala dosa arwah sepupuku,  Kau tempatkanlah dia bersama roh orang2 yang beriman.  tak sampai hati aku melihat makcikku tadi.  sudah dua kali dia kehilangan anak kandungnya.  Wawi....semoga kau tenang di sana. 

waktu zaman kecil dulu,  arwah Wawi paling lucu.  aku teringat waktu dia baru mula hendak bercakap.  seingatku dia macam agak lambat dapat bercakap,  kalau dia bercakap yang kedengaran dari mulutnya hanyalah perkataan yang rrrrrrrrrrrrrr...lebih kurang rererreereeerreeee.....hahaha...dan itulah yang dia maksudkan bahawa dia sedang bercakap dengan kita,  padahal tiada satu butiran percakapannya yang dapat difahami.  Aku teringat lagi,  waktu kami masih kami kecil,  aku tunjukkan pada dia telur separuh masak yang aku dapat dari mama,  aku sembunyikan dalam kain baju ku dan mengunjukkan pada dia....

"Wawi...tengtengteng...na..cuba kau teka apa ini?"
"apa itu...." tanya wawi sambil memicit telur itu sampai pecah dan perbuatan arwah buat aku maraj dan menangis.  masih aku ingat betapa cuaknya arwah waktu itu sampai2 dia pulang ke rumahnya....

betapa kenangan itu terasa macam sedih bila diingat semula setelah pemergian arwah.....

RIP Wawi....Semoga Allah merahmati kau selalu....
Bismillahirrahmaanirrahiim

ALhamdulillah hi Rabbil Aalamiin
Ar-Rahmaanirrahiim
Maalikiyau Mid diin
Iyya kana' bubu wa iy yaa Kanas taiin
Ihdinas si roo Tol Mustaqiim
Siroo Tol Laziina an am Ta alaihim
Goiril maghduubi alaihim
Walad dooooool liin
Aamiiin........
Ku hadiahkan al-Fatihah ini buat arwah Jawawi Jahamin dan Kepada seluruh ahli keluargaku....

Dimeja kopimu

Aku ingin menutup semua gerbang inderamu menghalangmu dari setiap sudut di balik pintu biar tak ada cahaya yang menembusi hingga kau tenggel...